Sunday 11 March 2012

DAP DESAK AG LETAK JAWATAN, PINDA SLO

DAP Sabah mendesak agar Peguam Besar Sabah, Datuk Roderic Fernandez meletak jawatan kerana mendakwa tiada lagi 'Tanah Hak Adat Negeri' (NCR) di Sabah selepas 1930.

Roderic juga mendakwa tidak ada masyarakat pribumi di dunia ini yang menuntut hak adat bagi mewujudkan tanah adat yang baru. Di samping itu beliau juga mengatakan tidak ada kerajaan dalam dunia ini yang mengiktiraf hak tanah adat.

Justeru, Setiausaha DAP Sabah Dr Edwin Bosi berkata bahawa oleh kerana Roderic sebagai seorang pakar undang-undang telah menghina kaum Bumiputera Sabah, beliau sepatutnya melepaskan jawatan sebagai Peguam Besar Sabah dengan serta-merta.

“Roderic patut sedar bahawa banyak pihak telah mempertikaikan kenyataannya, malah satu laporan polis telah dibuat terhadapnya oleh masyarakat Murut di Tenom,” katanya dalam satu kenyataan.

Sehubungan itu juga, DAP Sabah mahu Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman dan kerajaan negeri menyokong usaha meminda Ordinan Tanah Negeri Sabah (SLO) bagi menjamin hak petani Bumiputera dalam sidang DUN pada bulan depan.

Katanya, DAP menuntut supaya Seksyen 9, SLO dipinda kerana ia memberi kuasa penuh kepada kabinet negeri dan Pengarah Tanah dan Ukur Sabah untuk menentukan status tanah.

Dr Bosi menjelaskan, tanpa pindaan, SLO membolehkan syarikat-syarikat korporat besar mendapat tanah di Sabah dengan mudah sedangkan anak negeri yang mahu membangunkan tanah telah dipinggirkan.

Menurutnya, jika mana-mana Bumiputera mencabar keputusan atau kelulusan tanah kepada korporat besar, Seksyen 9 SLO boleh digunakan untuk menolak tuntutan kerana ia memberi 'budi bicara' kepada pihak yang berkuasa.

“Sebagai contoh, Ariffin Abdullah yang berusia 70 tahun dari Kampung Masanopi, Kemabong di Tenom telah mengerjakan tanah yang dijanjikan kepadanya selama 30 tahun.

“Tetapi beliau diberitahu kemudian bahawa tanah itu telah dijual dan pemilik baru kini menggunakan proses undang-undang untuk menghalau Ariffin keluar dari tanah yang dikerjakannya sejak 30 tahun lalu,” ujarnya.

Beliau mempersoalkan kerajaan negeri Sabah tentang ketidakadilan itu yang mana 'sukar' bagi Pengarah Tanah dan Ukur untuk mengurniakan tanah kepada anak negeri tetapi 'mudah' meluluskan tanah kepada korporat besar dan para jutawan.

Menurutnya, Pengerusi DAP Sabah Jimmy Wong yang juga Adun Sri Tanjung akan membentangkan usul pindaan Seksyen 9, SLO itu yang turut akan memastikan sama ada status NCR masih kekal atau tidak selepas 1930.

“Rakyat juga ingin tahu sama ada UMNO dan BN akan menyokong usul pindaan ini kerana jika gagal, ia bererti kerajaan UMNO-BN tidak mempedulikan nasib rakyat, sebaliknya hanya pentingkan diri, keluarga dan kroni,” katanya.

8 comments:

  1. pernyataan Roderic mengenai NCR mendapat tentangan dari pelbagai pihak. Roderic lain kali kena berhati-hati semasa membuat kenyataan. sebaiknya SLO dikaji semula bagi memastikan ia benar2 dpt melindungi tanah2 di Sabah.

    ReplyDelete
  2. Kenyataan Roderik Fernandez hanya pendapat beliau sendiri sahaja dan tidak mewakli mana-mana pihak yang lain. Tersilap cakap tidak perlulah meletak jawatan.

    ReplyDelete
  3. Diharapkan undang-undang untuk membela hak tanah adat dapat dijelaskan oleh kerajaan supaya rakyat lebih jelas.

    ReplyDelete
  4. Kenyataan AG itu mungkin terlalu menyinggung perasaan penduduk Sabah. Namun yang pasti itu adalah kenyataan peribadi beliau sendiri.

    ReplyDelete
  5. the govt seriously and will look for the best solution which results in a win-win situation for all.

    ReplyDelete
  6. memang patut beliau letak jawatan kerana dikhuatiri beliau akan mengganggu sebarang proses perbicaraan berkenaan dengan tanah NCR..

    ReplyDelete
  7. amat pelik bila peguam besar Sabah membuat kenyataan seperti itu setelah beberapa kes tuntutan tanah adat yang dibawa ke mahkamah memihak kepada penduduk kampung..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Beliau tidak memahami tentang hak tanah adat penduduk tempatan Sabah. Mungkin belaiu perlu belajar lebih banyak lagi tentang undang2 di Sabah ini.

      Delete