Friday 23 March 2012

DASAR UPAH MINIMA BERI KESAN MARGINAL



DASAR upah yang minimum hanya memberikan kesan yang marginal ke atas ekonomi dalam jangka panjang, kata Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Dr Sukhdave Singh.

Sukhdave berkata ia bukan sahaja baik untuk ekonomi dan memastikan Malaysia mencapai matlamat negara berpendapatan tinggi tetapi turut meningkatkan produktiviti buruh.

"Jika daya saing kita berdasarkan kepada menyediakan upah yang amat rendah, maka ia adalah struktur ekonomi yang salah. Jika agenda kita ditentukan oleh industri nilai tambah yang rendah membayar upah yang sedikit, kita tidak akan mencapai objektif menjadi negara berpendapatan tinggi," kata beliau pada sesi soal dan jawab di seminar Ucap Tama Gabenor BNM mengenai Ekonomi Malaysia dan Perbincangan Panel di Kuala Lumpur, Khamis.

Beliau berkata pekerja yang mendapat bayaran yang lebih boleh menikmati standard kehidupan yang tinggi dan sekali gus lebih produktif.

"Ada orang kata upah yang minimum mungkin mewujudkan pengangguran tetapi saya ia percaya ia adalah sebaliknya. Jika kita mempunyai upah yang minimum, ia mungkin boleh mewujudkan peluang pekerjaan yang lebih banyak," kata beliau. (BERNAMA)

No comments:

Post a Comment