Thursday 22 March 2012

DEMOGRAFI SABAH, KEJUTAN BUAT DUNIA



KETIKA berlaku ledakan penduduk di Eropah sekitar 1950-an hingga 1960-an, ramai ilmuan menjustifikasikannya sebagai impak Perang Dunia Ke-2. Bagaimana pun apabila berlaku ledakan penduduk di Sabah sekitar tahun 1980-an hingga 1990-an, wujud percanggahan pendapat di kalangan ilmuan. Pelbagai teori dikemukakan dan isu ini dieksploitasi semaksima mungkin oleh pihak tertentu.

Ikuti pandangan Ketua Bahagian Parti Bersatu Sabah (PBS) Kemabong, Sabini Binti Ansumor, merangkap Exco Wanita PBS Sabah dan Ahli Majlis Daerah Tenom berkaitan isu berkenaan semasa ditemu ramah oleh Koresponden Sabahkini.net (KSK) di Kemabong.

KSK: Isu ledakan penduduk menjadi isu hangat baru-baru, apa pandangan Puan?

Sabini: Sebenarnya isu ledakan penduduk ini telah lama disedari dan diperkatakan namun menjelang pilihanraya, isu ini kembali hangat. Memang tidak ada mana-mana negeri di Malaysia yang mengalami pertumbuhan luar biasa dalam tempoh yang sama. Ini sememangnya mengundang pelbagai andaian dan dieksploitasi sepenuhnya oleh pihak tertentu. Pengeksploitasian ini mempunyai kesan baik dan buruk.

Sebagai warganegara dan penduduk asal Malaysia dari Sabah, saya merasa bimbang. Ini kerana pertambahan penduduk sebegini bukan hanya memberikan saingan kepada penduduk asal, malah mampu memudaratkan keselamatan dan keutuhan perlembagaan negara. Sudah tentulah saya mahu pertambahan penduduk Sabah berlaku secara semula jadi dan bebas dari anasir-anasir subversif.

KSK: Bagaimana respon Parti Bersatu Sabah berkaitan isu ini?

Sabini: PBS memang komited menolak pertambahan penduduk luar biasa seperti ini. PBS mahu satu kajian dan tindakan yang sesuai dengan perlembagaan negara dibuat. Kami dalam PBS bertindak sedemikian, bukan kerana sikap kedaerahan atau perkauman yang sempit. Kami berpendirian, sebagai warganegara Malaysia, wujud keperluan untuk mempertahankan kepentingan warganegara tulen dan menegakkan keutuhan perlembagaan negara.

KSK: Adakah Puan syak wujudnya anasir subversif seperti yang digembar-gemburkan selama ini?

Sabini: Saya tidak berani terus menuduh atau mengakui kewujudan senario seumpama itu. Justeru itu, kita mahu satu Suruhanjaya Siasatan Di-Raja (RCI) dilaksanakan segera. Saya berharap menerusi mekanisma ini, persoalan akan terbongkar dan kebenaran akan ditegakkan.

KSK: Ada spekulasi mengatakan bahawa pertambahan penduduk ini hasil daripada kemasukan warga asing menerusi pintu belakang. Apa pandangan Puan?

Sabini: Ya. Penduduk negara jiran seperti Filipina dan Indonesia masuk ke Malaysia khususnya Sabah dengan mudah. Ini berpunca akibat panjangnya sempadan dan luasnya perairan negara. Negara kita kekurangan tenaga dan sumber penguatkuasa untuk mengawal perairan negara. Ini ditambah dengan tarikan ekonomi dan kestabilan politik di Malaysia yang lebih baik dari negara asal mereka.

Sebahagian pendatang asing ini pula hadir dengan status pelarian. Mereka datang ke Sabah dan memohon suaka politik. Kerajaan kita prihatin dan berperikemanusiaan. Mereka dilayan dengan baik dan diberikan Borang IMM13 Ini melayakkan mereka mendapat status pemastautin tetap (PR).

KSK: Apa kaitan Borang IMM13 ini dengan kewarganegaraan?

Sabini: Kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI) sememangnya mencabuli kedaulatan Malaysia. Mereka yang datang tanpa dokumen yang sah seperti pasport atau visa boleh ditahan dan dihantar semula ke negara asal. Malangnya bagi mereka yang memegang IMM13, mereka dianggap mempunyai dokumen yang sah dan senang bergerak, hidup seperti warganegara.

Menurut perlembagaan Malaysia, seseorang yang bermastautin dalam tempoh 7 hingga 10 tahun di Malaysia, boleh berbahasa Melayu dan Inggeris dan berkelakuan baik layak memohon Kewarganegaraan. Maknanya pendatang yang tiba ke Malaysia selepas Hari Merdeka berpeluang menjadi warganegara menerusi 'Kewarganegaraan Secara Pendaftaran' atau 10 hingga 12 tahun bagi 'Kewarganegaraan Secara Masukan (Naturalisasi)'.

KSK: Dari penerangan Puan, kelihatan seolah-olah proses permohonan kewarganegaraan itu mempunyai kelemahan. Apakah kita perlu mengkaji perlembagaan negara?

Sabini: Ya. Kita nampak ketirisan ini menguntungkan pihak pendatang asing. Asal sahaja mereka memperolehi dokumen yang merekodkan tempoh permastautin mereka, asal sahaja mereka mengaku akan taat-setia kepada Seri Paduka Baginda, boleh berkomunikasi dalam Bahasa Melayu serta tiada rekod jenayah, mereka sudah berada di ambang pintu menjadi warganegara.

KSK: Apakah langkah yang mungkin Puan ingin syorkan dalam membendung ketirisan ini?

Sabini: Kita letakkan syarat tambahan. Kita masukkan klausa yang memberikan lebih tapisan kepada para pemohon. Tidak ada peraturan mengatakan bahawa perlembagaan tidak boleh dipinda. Ini tentunya terletak di bahu pengubal dasar yakni para YB.

Kita berpendapat kita mesti mengkaji semula dasar negara berkaitan pelarian politik dari negara jiran. Bukan semua kita boleh beri IMM13. Kalau pelarian dari Vietnam kita boleh hantar ke negara ke tiga; kenapa pelarian dari Filipina atau Indonesia kita berlembut? Adakah kerana pelarian ini serumpun atau seagama maka layanan jadi istimewa? Sepatutnya kita tidak boleh berkompromi dengan isu kebajikan, keselamatan dan hak warganegara Malaysia.

KSK: Difahamkan terdapat kesangsian akan status pendaftaran lewat secara bergerak di pedalaman khususnya kawasan sempadan. Bagaimana pandangan Puan?

Sabini: Banyak keluhan penduduk mengatakan pendaftaran lewat secara bergerak meragukan. Menurut mereka wujud warganegara jiran dari kawasan sempadan turut serta mendaftar. Mereka mengatakan faktor pengangkutan dan perhubungan menyebabkan mereka mendaftar lewat. Mereka menggunakan penduduk tempatan berstatus warganegara menyokong permohonan mereka. Saya berpendapat keluhan ini wajar diselidik.

Kita tidak mahu ada individu mengambil kesempatan atas faktor ketidak-sampaian untuk memohon kewarganegaraan kerana faktor perhubungan. Masa ini tidak masuk akal lagi pendaftaran bergerak dibuat. Contohnya, wajarkah lagi pendaftaran bergerak dibuat di Kemabong sedangkan jaraknya dengan JPN Tenom hanya 32 km, apatah lagi jalannya berturap? Lagi pula logikkah wujud penduduk berumur dua puluhan belum mempunyai kad pengenalan atau sijil lahir dalam lingkungan jarak sedemikian? Yang hairannya, kononnya wujud individu mengaku dari kampung sekian tetapi orang kampung berkenaan sendiri tidak mengenalinya.

KSK: Kononnya wujud sindikit mengambil surat beranak orang yang sudah meninggal dan diberi kepada orang asing untuk tujuan mendapatkan kewarganegaraan. Bolehkah senario ini berlaku?

Sabini: Tidak mustahil. Baru-baru ini kononnya seorang pemohon guru didapati menggunakan surat beranak orang yang telah meninggal untuk memohon kad pengenalan sedangkan dia berasal dari negara jiran. Nasib baik kedapatan lebih awal. Persoalannya, bukankah setiap kematian wajib dilaporkan kepada JPN. Di sini kita dapati wujud sikap jahil atau tamak individu tertentu sehingga kepentingan warganegara asal diabaikan.

KSK: Kononnya ada Projek IC yang didalangi pemimpin tinggi tertentu. Apa pandangan Puan?

Sabini: Jika benar, pemimpin itu perlu dihukum seberat-beratnya. Begitu juga jika ada penjawat awam dalam JPN atau mana-mana badan kerajaan yang bersubahat memberikan kewarganegaraan kepada pendatang asing tanpa melalui saluran dan proses yang sah dan boleh dipercayai; mereka tidak boleh diberi pengecualian. Keadilan mesti ditegakkan supaya rakyat mendapat pengajaran dan sikap ini ditolak dari menjadi amalan.

Bagaimanapun kita tidak boleh menuduh, bertindak apatah lagi melatah jika tanpa bukti yang kukuh. Jika benar ada pemimpin berhirarki tinggi terlibat, individu ini tentu boleh menyembunyikan kebenaran. Namun sepandai-pandai tupai melompat akhirnya akan jatuh juga. Justeru itu, kita tidak boleh menghalang proses siasatan dari agensi berkaitan. Saya masih yakin dengan perundangan Malaysia dan saya masih yakin dengan integriti dan kemahiran pihak berkuasa. Tidak semua penjawat awam buta mata atau buta hati. Pasti ada yang baik dan cintakan tanah air.

KSK: Apakah sebab agensi kerajaan masih gagal membendung kedatangan PATI?

Sabini: Seperti yang saya katakan, sempadan Malaysia contohnya di Sabah bukan pendek. Perlu banyak sumber didedikasikan untuk mengawal sempadan. Di bandar maupun pelusuk kampung, rantaian order pembasmian PATI mesti dihayati, diamalkan dan dirasai oleh semua pihak termasuk oleh PATI sendiri.

Kewujudan individu yang melindungi atau menjadi broker PATI mesti dikenalpasti dan diawasi serta dicerkup bila sampai masanya. Ini akan mewujudkan faktor tolakan kepada PATI untuk datang ke Malaysia.

KSK: Bagaimana dengan individu atau syarikat yang menyimpan atau menyembunyikan PATI?

Sabini: Kuatkuasakan akta sedia ada. Mereka yang menyimpan atau melindungi atau menyewakan premis untuk didiami PATI perlu dikenalpasti dan dibawa kemuka pengadilan. Jangan beri muka walaupun saudara sendiri.

Memang ada kecenderungan penduduk memberikan peluang kepada pendatang asing membuat kontrak membina rumah atau bekerja secara haram. Kita tahu kenapa ini berlaku. Puncanya kerana ingin meminimumkan kos. Tapi rekod menunjukkan bahawa banyak kontrak terbengkalai atau tuan rumah lebih rugi akibat sikap pendatang yang lari. Tidak ada peraturan atau perjanjian yang boleh mengikat pendatang asing dan ini perlu diketahui oleh penduduk. Sesungguhnya mereka sedang bermain dengan risiko.

KSK: Kenapa warganegara Malaysia khususnya dari Sabah perlu menolak PATI?

Sabini: Jika kita membenarkan PATI datang ke Sabah, bekerja di Sabah, hidup sebebas dan selancar orang Sabah, kita sudah membuka kebajikan, keselamatan dan hak kita untuk dinikmati dan dipegang oleh PATI.

Jika mereka diberi kebebasan, kita akan terpaksa bersaing pekerjaan dengan mereka. Mereka kurang mempunyai tanggungan, mereka datang ke sini salah satu sebab adalah untuk ekonomi dan asal hidup. Ini menyebabkan mereka hidup asal ada, maka mereka tidak menuntut upah yang tinggi.

Yang menjadi masalah ialah kita. Kita tidak boleh hidup sembrono seperti mereka, kita perlu membayar itu dan ini demi untuk mendapatkan keselesaan sama seperti warga yang lain. Ini menyebabkan kita tidak mampu menerima upah kecil. Percaya atau tidak, ramai penduduk kita memilih kerja, ini kerana kita menjaga taraf atau nama baik di kalangan kita, tapi bagi pendatang, status ini tidak penting. Apa yang penting, kerja jadi duit. Jadi siapa yang akan menerima penduduk tempatan sebagai pekerja. Jika anda tauke, anda mahu yang bergaji mahal atau murah?

Selain itu, pendatang tidak rasa terikat dengan peraturan atau perjanjian. Mereka seumpama manusia yang 'ada tetapi tidak ada'. Jika mereka tidak tahan atau buat salah, mereka akan lari. Jadi siapa yang susah? Di mana kita mahu mengadu? Kerana kelonggaran ini juga mereka lebih cenderung membuat kesalahan seperti mencuri harta jiran atau tauke.

Mereka juga sesungguhnya tidak mempunyai rasa sayang dan setia akan persekitaran. Mereka mungkin sayang dan setia kepada negara mereka atau tanah nenek moyang mereka tetapi bukannya Malaysia yang tidak lebih daripada tempat mencari makan.

PATI yang baru datang tidak mudah untuk menjiwai kehidupan, budaya dan adat resam masyarakat tempatan kita. Mereka memerlukan masa. Keselekehan mereka menyebabkan mereka melakukan apa yang mereka fikir betul dan paling mudah pada masa itu. Contohnya jika mereka selesa berkahwin tanpa nikah, mereka akan buat demikian. Jika mereka tinggal di tepi pantai atau sungai dan hendak buang sampah, mereka buang sampah. Adakah mereka akan fikirkan tentang keindahan alam sekitar?

Jadi kalau mereka jadi warganegera, adakah mereka akan berubah? Tidak mudah. Lainlah jika mereka menetap di sesuatu tempat, bercampur-baur dengan penduduk atau berkahwin dengan penduduk tempatan. Malangnya perkahwinan biasanya didominasi oleh keegoan lelaki biarpun dia PATI. Jadi bukan suami yang mengikut aturan isteri, sebaliknya isteri yang mengikuti aturan suami. Maka berlakulah penerapan budaya 'simple' pendatang dalam budaya kita.

Sering kita mendengar juga berkaitan pendatang yang sudah mendapat keistimewaan seperti warganegera asal. Mereka kononnya dapat SPBT di sekolah, dapat BR1M dan sebagainya. Benar atau tidak, Tuhan sahaja yang tahu. Namun kemungkinan tetap ada seumpama peribahasa, 'masakan daun bergoyang kalau tidak ditiup angin'.

KSK: Apakah pesanan akhir Puan berkaitan isu ini?

Sabini: Segerakan RCI dan pastikan pelaksanaannya telus dan mengutamakan rakyat. Saya mahu kerajaan BN cuba sebaik mungkin untuk bersifat transperan dan menyangkal dakwaan pihak tertentu. Sebagai warga Malaysia, saya mahukan kepentingan warganegara Malaysia terpelihara dan keadilan ditegakkan dengan mencantas apa jua salah laku dan anasir yang boleh memudaratkan Malaysia. Saya yakin, hasrat murni 'Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan' bukan hanya menjadi slogan malah perlu dijiwai dan dijadikan amalan para penjawat awam dan pemimpin.

42 comments:

  1. PBS has been very consistent in voicing out the abnormal 'increase of population' that has been the norm here in Sabah. It might be best that the state government to utilize the resources and expertize from our local tertiary institute such as The School of Social Science, UMS as well as UiTM that houses intellects and expert on this subject.

    ReplyDelete
    Replies
    1. This independent research can be done whilst the finalization of the Term of Reference for RCI on Illegal immigrant is being carried out by the Federal Government. The Independent research too will serve as a preliminary data gathering that can be done ahead of the RCI. This will save a lot of time once the RCI is in full swing in the future.

      Delete
    2. Coming back to the matter of citizenship, nationality law is mentioned in the Constitution of Malaysia. A Malaysian citizen born to a Sabah resident would have Sabah residency, regardless of where the person was born. Birth in Sabah or Sarawak alone does not make a person a resident unless one of his/her parents is a resident.

      Delete
    3. A person may become a Sabah resident by obtaining Permanent Residence (PR) status issued by the state immigration department. The residency status of a person is indicated by a letter on his/her MyKad below the photo, with, H for Sabahans In all accounts, the MyPR holders are not subjected to vote as other citizens of Malaysia .

      Delete
    4. As for the IMM13, the Sabah government has not issued the IMM13 document to Philippine nationals living as refugees in the state since 1984, said Sabah Chief Minister Musa Aman.

      Delete
    5. However, Musa said that the children of existing IMM13 document holders could apply for the same document to enable them to stay with their parents in Sabah.

      Delete
    6. Yeah, PBS has been very vocal in this.

      Delete
  2. Sebaiknya kerajaan mengetatkan lagi syarat untuk warga asing ini mendapat status PR. Jangan terlalu bertolak ansur dengan mereka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syarat tu harus diperketatkan supaya orang yang mendapat status PR adalah benar2 layak

      Delete
    2. Jangan pula ada pihak menyalah guna kuasa untuk memberi kepada mereka yang tidak layak.

      Delete
  3. The Federal Government must resolve the issues pertaining to the Project IC and IMM13 holders once and for all. We can’t be calling for the RCI on Project IC and not on cleaning up of the electoral roll.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Everyone screaming for RCI, whether or not RCI workable to resolve PATI issue still need more effort from everyone.

      Delete
  4. Project IC is not a new issue in Sabah, it continues to be debated by many who express concern as the matter is related to the issue of illegal immigrants in Sabah which is perceived as the mother of all social woes in the state.

    ReplyDelete
  5. It is generally believed that the sudden increase of the number of MyKad holders is due to the granting of identity cards by the Registration department to illegal immigrants. The RCI is set up to look into this general perception.

    Congratulations to the Chief Minister, Datuk Seri Musa Haji Aman of UMNO, Sabah, Tan Sri Bernard Dompok of UPKO, and Tan Sri Joseph Pairin Kitingan of PBS and the many other leaders from both sides of the political divide for getting the "nod" from the Federal Cabinet for the setting up of the RCI to enquire in particular the reasons for the sudden increase of Sabah's population and the sudden increase of MyKad Malaysian card holders.

    ReplyDelete
  6. The National Registration Department (NRD) is awaiting the State Government's approval before implementing a new ruling requiring all burials and cremations to require a certificate.

    This is to aim at eliminating the likelihood of unscrupulous quarters making use of a deceased's MyKad if unsurrendered. The procedure has already been implemented in the peninsular.

    ReplyDelete
    Replies
    1. NRD harus mengkaji kaedah yang betul2 boleh mengurangkan penyalahguna mykad untuk tujuan politik.

      Delete
  7. each year the problem of illegal immigrants are becoming more common ... hope the federal government really give serious attention to the problem faced by Sabah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Diharapkan dengan penubuhan RCI dapat menyelesaikan masalah2 yang berbangkit.

      Delete
    2. Sabah demography is indeed a mess but I believe the state government is capable to make something out of the blue.

      Delete
  8. all Sabahans must stand united and do not let the PATI to intimidate our people anymore!

    ReplyDelete
    Replies
    1. The problem is, the number of PTI in Sabah is getting higher and higher.

      Delete
  9. jangan membiarkan PATI di Sabah menjadi penentu masa depan di negeri ini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah susah menyelesaikan masalah ini, hanya masa dapat menunjukkan perbezaan.

      Delete
  10. meanwhile, the government should not let the State's sovereignty and its people interest become their secondary priority

    ReplyDelete
  11. walau bagaimanapun, penubuhan RCI harus dibuat dengan pertimbangan dan perlaksanaan yang wajar

    ReplyDelete
  12. It has been hard for Sabahans to live in such a complicated place, changes must take place.

    ReplyDelete
  13. Projek IC yang menyebabkan masalah ini ditimbul, janganlah membuat kesilapan ini lagi.

    ReplyDelete
  14. sudah pelbagai cara dilakukan oleh kerajaan, namun jika rakyat sabah sendiri enggan memainkan peranan mereka atau bekerjasama dengan pihak berkuasa, masalah ini tidak akan selesai sampai bila..

    ReplyDelete
  15. rasanya tanpa RCI pun masalah ini boleh selesai jika agensi penguatkuasa dapat meningkatkan kawalan sempadan negeri serta menghapuskan amalan rasuah di semua pintu masuk negeri..

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasuah harus dihapuskan...selain itu, jumlah kakitangan harus ditambah yang bermaksud kos operasi juga meningkat selain daripada kos pembayaran gaji...jika kerajaan sanggup mengeluarkan peruntukkan yang lebih besar, mungkin kemasukkan PATI ke negeri sabah dapat dikawal..

      Delete
    2. Agensi penguatkuasa yang harus bertanggung jawab untuk memastikan yang masuk adalah mengikuti dokumen yang 100% sah.

      Delete
  16. Pertubuhan RCI harus ditubuhkan serta merta untuk mengenalpasti masalah.

    ReplyDelete
  17. Imigresen memainkan peranan yang amat penting sebagai fungsi kawalan.

    ReplyDelete
  18. Perbincangan untuk menubuhkan RCI seharus mencapai persetujuan.

    ReplyDelete
  19. Status PR will create more issue if the respective department didn't work professionally.

    ReplyDelete
  20. Kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI) sememangnya mencabuli kedaulatan Malaysia. Mereka yang datang tanpa dokumen yang sah seperti pasport atau visa boleh ditahan dan dihantar semula ke negara asal.

    Sehingga kini, tiada tindakan yang berkesan untuk menyelesaikan masalah.

    ReplyDelete
  21. Pertambahan penduduk yang mendadak memang satu perkara yang amat luar biasa.

    ReplyDelete
  22. kerajaan takkan biarkan PATI berleluasa di tanah air kita. RCI pasti akan ditubuhkan.

    ReplyDelete
  23. Kita lihat sendiri ahli BN sendiri tidak menyokong kehadiran PATI di Sabah ini. Jadi kita tidak perlu percaya dengan kata-kata yang dimainkan oleh pihak tertentu yang mengaitkan ini dilakukan oleh kerajaan.

    ReplyDelete
  24. Maka sebab itulah kita mengharap sangat RCI dapat ditubuhkan secepat yang boleh. Ini bagi memastikan pertambahan penduduk yang mendadak ini dapat ditangani sebelum terlambat.

    ReplyDelete