Monday 5 March 2012

DESA PINGITAN KARANGAN TERABAI 25 TAHUN

SERAMAI 350 penduduk Kampung Karangan, Beaufort kecewa kerana jalan kampung mereka sejauh 7 kilometer yang terletak di antara Kg Lumadan dan Ulu Karangan, Beaufort masih seperti 25 tahun lalu.

Menurut penduduk kampung yang ditemui, mereka terlalu kesal kerana Wakil Rakyat Lumadan dan Ahli Parlimen Sipitang bertukar silih berganti tetapi jalanraya mereka masih sukar dilalui oleh kenderaan biasa.

“Beberapa minggu lalu, salah seorang penduduk cedera parah sehingga memerlukan 12 jahitan kerana terbabas akibat jalan yang tidak baik,” kata salah seorang penduduknya.

Ketika berita ini ditulis, salah seorang lagi penduduk terbabas dari kenderaan dan hampir cedera parah jika gagal mengimbangkan diri.

Penduduk juga terkilan kerana Wakil Rakyat Lumadan, Kamarlin Ombi seolah-olah tidak tahu keadaan kampung tersebut yang hanya terletak lebih kurang 11KM dari pekan Beaufort.

Adalah kurang wajar apabila dikatakan penduduk tidak pernah membuat sebarang permohonan menaik taraf jalanraya tersebut, walhal sekiranya ada perjumpaan dan majlis yang dihadiri oleh Kamarlin, masalah yang mereka utarakan hanyalah berkaitan jalanraya.

Kata mereka, janji demi janji telah diluahkan oleh wakil rakyat, tetapi semuanya tidak membuahkan hasil.

“Apakah nasib kami orang Karangan ini, nampaknya monyet dan kera dihutan lebih bernasib baik bila jalanraya ke air terjun Bukau pula yang dinaik taraf, kalau begini kami mahu perubahan” kata salah seorang penduduknya.

Penduduk berkenaan memaklumkan, kampung Karangan sejak dari dahulu lagi merupakan kawasan putih dan menjadi kubu kuat parti USNO dan kini UMNO. Akan tetapi tidak mendapat perhatian sewajarnya.

Sehubungan itu, penduduk mendesak agar jalanraya tersebut dinaik-taraf segera menggunakan peruntukan wakil rakyat atau Jabatan berkaitan sebelum PRU-13 atau UMNO boleh melupakan niat mereka untuk mendapat undi daripada kampung tersebut.

21 comments:

  1. Pihak berkuasa harus melakukan sesuatu untuk menyelesaikan masalah ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tindakan wajar harus diambil segera.

      Delete
    2. Tindakan segera perlu di ambil, sudah terlalu lama penduduk menungu jalan untuk di perbaiki.

      Delete
  2. Jika tidak, nanti akan meragut nyawa penduduk sana. Sangat bahaya jalan itu.

    ReplyDelete
  3. MP and ADUN must be aware with the problems that occurring within their area. This problem need to be overcome.

    ReplyDelete
  4. bukan di kawasan tu saja sebenarnya mengalami kerosakan jalan yang teruk. banyak lagi kawasan yang lain terutama di kampung2. harap2 wakil rakyat akan sentiasa turun padang melihat keadaan rakyat.

    ReplyDelete
  5. kampung tersebut juga perlukan pembangunan, majukanlah kg tersebut.

    ReplyDelete
  6. Kerja memantau harus dijalankan selalu untuk memastikan jalanraya dalam keadaan yang baik dan selamat.

    ReplyDelete
  7. Mungkin apa yang telah dijanjikan oleh kerajaan perlulah dilaksanakan. Sememangnya penduduk berharap semua apa yang diperkatakan menjadi kenyataan untuk mereka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. janji yang di beri haruslah di tunaikan, agar rakyat sentiasa memberi sokongan penuh kepada kerajaan.

      Delete
  8. Inilah ketidak seimbangan pembangunan ekonomi. Banyak tempat masih tidak berkembang.

    ReplyDelete
  9. Ini juga kelemahan wakil rakyat yang tidak turun padang dan memahami keadaan sebenar rakyat hadapi.

    ReplyDelete
  10. Projek naik taraf harus dilaksanakan segera.

    ReplyDelete
  11. Wakil rakyat harus sentiasa turun padang dan menyelesaikan masalah penduduk agar rakyat tidak hilang kepercayaan kepada kerajaan.

    ReplyDelete
  12. tukar saja wakil rakyat di kawasan itu..

    ReplyDelete
  13. saya tidak nampak pun jalan itu seperti 25 tahun dahulu.. cuba lihat gambar paling atas.. saya kira jalan itu sedang dinaik taraf kerana permukaan jalan simen itu kelihatan agak bersih dan disebelah bahu jalan tidak kelihat rumput sebagaimana kebiasaan di semua jalan raya..

    ReplyDelete
  14. The government will be spending RM423 million over the next three years to upgrade the Pan Borneo Highway which connects Sabah and Sarawak.

    And for this year, a sum of RM50 million will be allocated to each state to carry out the work, Works Minister Datuk Shaziman Abu Mansor told reporters during a site visit here yesterday.

    ReplyDelete
    Replies
    1. He added that the Public Works Department would also build overtaking lanes along the Highway. These lanes, he said, would provide more space for overtaking, especially on hilly areas.
      “The Pan Borneo upgrading work involves the 2,333km stretch from Sematan-Kuching-Sibu-Miri-Lawas in Sarawak to Sindumin-Beaufort-Kimanis-Kota Kinabalu-Tawau in Sabah.

      “And, it will be carried out in stages and is scheduled to commence middle of this year. Completion is expected in 2015,” he said.

      Delete
    2. Shaziman also said the upgrading project would include repairing flood-prone roads in the state and replacement of old culverts.

      The repair work will be carried out in several identified flood-prone roads in Sandakan and Kinabatangan starting next month.

      Delete
    3. Shaziman also said if the need arises, the ministry would construct a dual-carriage way in future.

      Meanwhile, he said his ministry would seek cooperation from the Road Transport Department (RTD) to address road damage in the state.

      Delete
    4. He said many of the damaged roads were caused by overloaded vehicles and that RTD could help to ensure there would be less such vehicles on the roads.

      Also present during the visit were Sipitang MP Datuk Sapawi Ahmad, state Public Works Department’s director Datuk John Anthony and Beaufort Umno deputy chief Isnin Aliasnih.

      Delete