Monday 19 March 2012

DOMPOK NAFI BUMBURING KELUAR PARTI UPKO


PRESIDEN Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO), Tan Sri Bernard Dompok menyifatkan khabar angin bahawa Timbalannya, Datuk Wilfred Bumburing telah keluar dari parti itu hanya spekulasi semata-mata yang direka untuk mengelirukan rakyat menjelang pilihan raya umum.

"Beliau adalah kawan saya dan ahli parti serta timbalan saya. Saya baru sahaja bercakap dengannya dan beliau menyuarakan perkara seperti itu sedang disebarkan dan ia tidak benar," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis penyerahan projek baik pulih rumah penduduk di kampung Putaton, Penampang.

Dompok diminta mengulas spekulasi yang timbul sejak dua minggu lepas bahawa Bumburing, yang mendesak kerajaan pusat menyelesaikan masalah pendatang haram di Sabah, telah keluar dari parti itu selepas menyertai sebuah badan bukan kerajaan (NGO), Angkatan Amanah Merdeka (Amanah).

Ditanya sama ada UPKO telah mengemukakan nama senarai calon pilihan raya umum kepada Ketua Menteri atau Perdana Menteri, Dompok, yang juga Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, berkata parti itu belum berbuat demikian.

"Masa belum tiba untuk mengemukakan nama tetapi ia bukan perkara yang sukar. Saya fikir BN mahu setiap parti komponen mengemukakan bukan sahaja satu nama tetapi mungkin tiga nama untuk setiap kawasan dan kami boleh mengemukakan empat atau lima nama calon," katanya. (BERNAMA)

15 comments:

  1. Hope that the suggestion of candidates will be done according to the capabilities and winnable qualities of the members, hopefully the appointed candidate will be able to be a good leader to the people if they won in the next general election. The UPKO president, Bernard Dompok must make the right choice.

    ReplyDelete
  2. I'm pretty sure this is just another rumor, no idea where it came from. Just like previous rumors stating that Lajim Ukim will leave its party to join another, so far Lajim has claimed that his stand is still with BN. Hopefully Bumburing will clarify his stand to remain in BN or leave the party so that the people will not be confused with this.

    ReplyDelete
  3. Semua hanya kabar angin yang dimainkan pembangkang untuk mengelirukan rakyat, pasti mahu pancing undi rakyat yang menyokong beliau. Beliau masij bersama dalm Upko dan sentiasa menyuarakan dan membela nasib rakyat Sabah.

    ReplyDelete
  4. khabar angin yang belum dikenal pasti.

    ReplyDelete
  5. Bumbering harus membuat penjelasan terhadap khabar angin yang tidak sah. Ini menjejaskan imej beluai dan parti tersebut juga.

    ReplyDelete
  6. Semoga UPKO meletakkan calon yang betul berkebolehan.

    ReplyDelete
  7. Kalau betul Bumbering betul keluar dari UPKO, terima lah hakikat dan teruskan perjuangan.

    ReplyDelete
  8. Satu lagi gimik politik juga.

    ReplyDelete
  9. nampaknya khabar angin tersebut tidak benar, Bumburing akan terus bersama UPKO.

    ReplyDelete
  10. Bumburing telah lama berjuang bersama UPKO, lagipun dia tiada masalah dalam UPKO, tak ada sebab untuk dia keluar UPKO.

    ReplyDelete
  11. Does it really matter if Bumburing did leave the party??? There are more important matter that they should be concern about.

    ReplyDelete
  12. Dompok should let Bumburing explain himself. If its important to know whether he still in UPKO, then bumburing must tell the people on where he stand.

    ReplyDelete
  13. Ini cuma khabar angin. Jika benar bumburing keluar sudah pasti beliau akan memaklumkannya sendiri kepada mereka yang berkenaan dan juga media.

    ReplyDelete
  14. ada2 saja khabar angin dibuat oleh pihak2 yang tidak bertanggungjawab.. kalau tidak silap, sebelum ini pun beliau pernah dikatakan akan keluar parti.. begitu juga dengan Lajim..

    ReplyDelete
  15. mungkin adalah lebih baik jika Bumburing sendiri tampil menafikan khabar angin ini..

    ReplyDelete