Tuesday 27 March 2012

FORMULA ATASI KEMELUT PENDIDIKAN



Oleh : MOHD FIRDAUS M.N

DEWAN Pemuda PAS Negeri Sabah (DPPNS) menyambut baik pelbagai saranan pihak kementerian dan Jabatan Pelajaran di negeri ini yang mengambil langkah penyelesaian terhadap permasalahan kemampuan pelajar luar bandar dalam mata pelajaran Inggeris dan Matematik.

Ketuanya, Lahirul Latigu berkata, gesaan yang dibuat bagi menangani permasalahan itu boleh dirungkai secara satu persatu dan tidak menjadi rumit sehingga membebankan keupayaan kecemerlangan pelajar dan keterlibatan guru-guru.

“Kita (PAS) melihat dari sudut yang berbeza perspektif. Tetapi, matlamat tetap sama yakni membina dan membangunkan potensi pelajar terutama pelajar luar bandar dalam menguasai dua subjek yang dikatakan sukar iaitu Inggeris dan Matematik,” katanya.

Menurutnya, gesaan oleh Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Bolkiah Ismail pada Ahad lalu perlu dipandang secara serius. Hal ini katanya, ketidakseriusan pelbagai peringkat agensi yang terlibat sama ada secara langsung mahupun tidak langsung bakal menjejaskan sistem pendidikan yang telah dirangka.

“Apa yang disampaikan oleh beliau itu, kena dianggap serius. Ini hal pendidikan anak-anak. Jelas matlamat, kita tidak boleh mengejar pangkat dan kedudukan. Tapi, kualiti pendidikan yang berkesan itu adalah lebih penting dan berguna dari segala hal,” ujar beliau.

Menurutnya lagi, Pemuda PAS ingin mengemukakan beberapa panduan bagi berkongsi cadangan penambahbaikan terhadap permasalahan berkenaan. Antaranya ialah, gesaan terhadap pihak kementerian agar mempercepatkan proses penyerapan guru-guru terlatih ke sekolah-sekolah kawasan luar bandar yang bermasalah dari sudut kekurangan guru.

“Guru-guru perlu segera diserapkan ke sekolah-sekolah yang ada masalah kekurangan guru. Bebanan kerja guru yang bertambah, ditambah dengan ketidakcukupan guru memaksa guru berkenaan memangku pelbagai tugas. Dan, lahirlah rungutan serta perasaan letih dalam mengajar.

“Guru yang perlu fokus kepada sesuatu bidang, terpaksa melakukan kerja lain. Ada ketikanya, kerja itu diluar bidang akademiknya. Kalau itu yang berlaku, sungguh ianya terlalu membebankan,” jelas Lahirul lagi.

Selain itu, Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) juga perlu diberikan kelonggaran untuk terus dilantik semula dengan diberikan pelbagai latihan serta kursus pengukuhan perguruan bagi membantu bilangan guru yang tidak mencukupi.

Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr. Wee Ka Siong turut mengesahkan terdapat 7,920 telah dilantik semula sebagai GSTT di seluruh negara termasuk Sabah. Daripada jumlah itu, kira-kira 1,258 sedang mengikuti Kursus Dalam Cuti melalui mode KPLI-KDC atau KDPM-KDC. Manakala di Sabah, sebanyak 516 orang GSTT telah dilantik semula manakala selebihnya ditawarkan terus untuk mengikuti latihan di Institut Pendidikan Guru (IPG) mulai awal tahun ini.

“Ada sebab kenapa GSTT ini perlu diteruskan. Mereka ini boleh diserapkan terus sebagai guru terlatih apabila cukup proses kematangan mereka dalam bidang perguruan.

“GSTT ini perlu diteruskan bagi menampung kekurangan guru terlatih terutama di kawasan luar bandar ini. Tapi, ini tidak bermakna membelakangkan graduan-graduan perguruan yang telah tamat tempoh pengajian,” ujarnya.

Bagi memastikan tahap pengajaran dan pembelajaran (P & P) menjadi lebih baik, kemudahan infrastruktur dan kelengkapan alat bantuan mengajar serta kemudahan prasarana yang lebih baik perlu dibangunkan.

Hal ini bagi mewujudkan suasana sebenar alam persekolahan di kalangan guru-guru dan pelajar-pelajar sekolah.

“Berapa banyak sekolah di kawasan luar bandar ini yang imej dan wajahnya tidak mencerminkan peredaran semasa.

“Tidak hairan jika Laporan Audit 2010 turut mendedahkan projek makmal komputer sekolah harian di Sabah yang bernilai RM 160.74 juta yang bertujuan membina bangunan, membekalkan dan pemasangan perabot dan peralatan ICT didapati telah gagal mencapai objektifnya,

“Ini isu yang bakal mengundang kebejatan dalam sistem pendidikan. Mengapa dan bagaimana ketirisan ini boleh berlaku? Di saat kita mahu melahirkan kualiti pelajar, di situ jugalah ketirisan dan kecelaruan akhlak berlaku,” jelas beliau.

Katanya, keadaan sekolah yang uzur dan daif turut menjadi sasaran keengganan guru berkhidmat dengan lebih cemerlang.

“Tahun lalu, ada 500 sekolah atau 39 peratus daripada 1,283 sekolah rendah dan menegah di negeri ini yang mengalami kerosakan termasuk bangunan yang tidak selamat diduduki.

“Macam mana guru dan pelajar ingin duduk dalam sekolah yang daif itu? Infrastruktur usang dan uzur merencatkan pemikiran mereka. Perhatian ini perlu diberikan secara serius. Suasana harmoni dan selesa perlu diterapkan. Suasana pembelajaran yang kondusif dan baik turut memainkan peranan membantu kecemerlangan pelajar dan guru-guru,” luah Lahirul.

Lahirul turut mencadangkan agar pihak kementerian memberikan insentif dan bantuan kepada guru-guru yang berkhidmat di kawasan luar bandar.

Katanya, kesanggupan seorang guru yang meredah sungai dan hutan belantara semata mahu berkhidmat kepada masyarakat perlu diberikan pengiktirafan yang sewajarnya.

“Mereka ini sanggup untuk meredah hutan, menyeberangi sungai semata mahu menabur bakti buat anak-anak di kawasan luar bandar.

“Kita di bandar, ada segala kemudahan mereka di sana, biarpun jawatan yang sama tapi kemudahan tidak sama. Persekitaran tidak sama. Justeru, insentif atau sebarang usaha boleh diambil bagi memberikan galakkan serta dorongan buat mereka ini. Tanda kita bersama mereka.

“Mereka ini perlu diberi galakkan agar lebih ramai berminat untuk berkhidmat dengan cemerlang di kawasan luar bandar,” jelasnya.

21 comments:

  1. Subjek Math dan BI adalah subjek yang susah bagi pelajar2, diharap kementerian dapat mencari cara penyelesian bagi membantu pelajar2 di Sabah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kedua subjek ini kena diberi perhatian, ia subjek penting. moga ada langkah bagi menggalakkan pelajar minat dgn kedua subjek tersebut.

      Delete
    2. Kerajaan perlu menetapkan satu sistem yang terbaik dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik dan Sains ini. kita tidak mau berlaku lagi isu seperti PPSMI yang sering mendapat tentangan dari rakyat.

      Delete
  2. Perbanyakan kemudahan2 untuk sekolah2 di luar bandar dan pendalaman. Pasti mereka pun mahu menikmati kemudahan yang cukup dan selesa.

    ReplyDelete
  3. Bagi memastikan guru2 di bahagian pendalaman Sabah mencukupi, GSTT yang sudah lama berkdimat lebih baik diserap ke jawatan guru tetap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju dengan pendapat Kris. Langkah ini lebih baik berbanding mengimport guru-guru dari SM.

      Delete
  4. Deputy education minister Datuk Dr Wee Ka Siong stressed that following a Cabinet decision on Feb 22, a special committee was set up to find concrete strategies in solving shortages of teachers in vernacular schools.

    ReplyDelete
  5. The special committee will meet with all stakeholders to resolve the matter.

    ReplyDelete
  6. The action plan, which was agreed by Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin, stated that the ministry will transfer teachers who are not qualified to teach in dual languages in vernacular schools to national schools.

    ReplyDelete
  7. Wee explained that it was important for teachers to be able to teach in Bahasa Malaysia and English for level 1 (Years 1,2, and 3) while for Level 2 (Years 4, 5, and 6) it can be taught by teachers who took the two subjects as their option.

    ReplyDelete
  8. This is because it will be easier for students to understand the subject while for those at Level 2, teachers with the right qualifications could still teach despite being Malay, Indian or Kadazan.

    ReplyDelete
  9. He said that the Ministry would also speed up the interview process of the 5,523 applicants from various local higher education institutes that applied to teach at secondary schools.

    ReplyDelete
  10. “However, at the moment we only have 2,260 positions but we will fill them in stages,” he told Datuk Ibrahim Ali (Ind-Pasir Mas).

    ReplyDelete
  11. He also denied allegations that the Government had discriminated in allocating education funds to vernacular schools.

    ReplyDelete
  12. “We never sidelined any vernacular schools as alleged by some irresponsible quarters.

    ReplyDelete
  13. “The Education Ministry had allocated RM150 mil to all schools and all the fees had been paid by the Government. They should look at the overall cost instead of taking certain data out of context,” he told M. Kulasegaran (DAP-Ipoh Barat).

    ReplyDelete
  14. Kementerian perlu mencari jalan yang terbaik untuk memastikan pendidikan diluar bandar dapat diberikah perhatian.

    ReplyDelete
  15. Semoga masalah penguasaan bahasa English di pendalaman dapat ditangani. Setiap masalah pasti ada penyelesaian yangterbaik untuk perkara ini.

    ReplyDelete
  16. Berikan peluang kepada guru tempatan sendiri mendidik mereka. Kerana mungkin mereka ada cara yang lebih berkesan untuk mendidik pelajar itu. Kerana mereka lebih faham dan berjiwa yang kuat untuk membantu anak-anak tempatan.

    ReplyDelete
  17. Atasi masalah mereka dikawasan pendalaman. Terutama dalam bahasa english yang sukar bagi mereka. Mungkin kementerian ada cara lain bagi memastikan pengusaan ini dapat dipertingkatkan.

    ReplyDelete
  18. jika kerajaan negeri tidak memandang serius terhadap masalah2 sekolah luar bandar, sudah lama pelajar2 di sekolah luar bandar ketinggalan jauh malah mungkin tidak ada pelajar2 sekolah luar bandar yang mampu melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi sebagaimana yang kita lihat hari ini..

    ReplyDelete