Friday 23 March 2012

JALAN SUKAU-BILIT RESAHKAN 14 RESORT


Oleh : SHAIMON S JUMADI Foto : SAFFIE S JUMADI

HASRAT Kerajaan negeri Sabah dan 14 pengusaha pelancongan untuk menempatkan 'Daerah Bilit' di Kinabatangan sebagai salah satu destinasi pelancongan dunia mungkin tidak kesampaian kerana kecuaian kontraktor menyiapkan projek pembinaan Jalan Sukau-Bilit, Kinabatangan.

Pengarah Myne Resort, Tan Kum Peng berkata, Jalan Sukau-Bilit adalah Jalan Luar Bandar (JALB) yang dilaksanakan oleh Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) melalui kontrak HQ 164/2009 (F) dengan kos RM9.1 juta dilaksanakan oleh KAS Enterprise.

"Projek yang dimulakan pada 30 September 2009 ini sepatutnya sudah lama siap tetapi tidak tahu kenapa masih tergendala sehingga menyusahkan semua pihak, terutama pelancong," ujar Tan yang kecewa kerana terpaksa menolak tempahan dan menangguhkan banyak pakej pelancongannya kerana masalah prasarana.

Selain daripada terpaksa menggunakan pacuan empat roda kerana jalan belum diturap; para pelancong kata Tan terpaksa berjalan kaki kerana pembinaan jambatan konkrit masih terbengkalai.

"Kami berterima kasih kepada ADUN Sukau, Datuk Saddi Abdul Rahman dan Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin yang telah bekerja keras mendapatkan peruntukan untuk pembinaan jalan dan menaiktaraf prasarana yang ada; tetapi dalam masa yang sama kami merayu ehsan mereka agar campurtangan bagi menyelesaikan pembinaan jalan yang amat penting ini," kata Tan yang turut menyatakan bahawa jalan berkenaan penting untuk ledakan industri pelancongan dan kegunaan penduduk tempatan mengeluarkan hasil pertanian mereka.

Kata Tan, para pengusaha pelancongan dan para pelancong merungut kerana terpaksa berjalan kaki sambil membawa barang-barang (bagasi) melalui jambatan yang terbengkalai tersebut sebelum menyambung semula perjalanan dengan menaiki kenderaan yang menunggu di sebelah jambatan untuk sampai ke destinasi yang mereka tuju.

Menurut Tan lagi, pihaknya menarik nafas lega kerana semua Pusat Pelancongan telah mendapat bekalan elektrik dan bekalan air kini sedang dalam pembinaan; namun merayu agar kerajaan memastikan jalan sementara dibubuh batu kelikir agar dapat dilalui semua jenis kenderaan terutama di waktu hujan.

"Jalan tanah merah memang susah sikit kerana banyak kenderaan terkubur dan kadang kala tidak dapat dilalui sehingga menyusahkan para pelancong ke Bilit," kata Tan yang mewakili 14 pengusaha resort di Sukau-Bilit.

15 comments:

  1. Projek ini sudah begitu lama tapi masih belum selesai. Rasanya pihak yang berkenaan perlu memberikan penjelasan kenapa perkara ini berlaku dan jaminan untuk menyiapkan jambatan dan jalan tersebut dengan segera.

    ReplyDelete
  2. Kudos to the MP and ADUN for their hard work get the allocation for road construction and upgrading of existing infrastructure. With the current road problem that is threatening the resorts' operators, intervention from the MP and ADUN is needed.

    ReplyDelete
  3. "HASRAT Kerajaan negeri Sabah dan 14 pengusaha pelancongan untuk menempatkan 'Daerah Bilit' di Kinabatangan sebagai salah satu destinasi pelancongan dunia mungkin tidak kesampaian kerana kecuaian kontraktor menyiapkan projek pembinaan Jalan Sukau-Bilit, Kinabatangan."

    That is why its important for the government to hire a responsible contractor. Inspection on the project should had be made frequently in order to avoid the project to be delayed. It has been 3 years already yet the project is not completed as it should be. It shouldn't take that longggg to complete the project.

    ReplyDelete
  4. Kontraktor tu harus dikenakan tindakan kerana tidak menyiapkan projek tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. berapa banyak diantaranya dikenakan denda atau hukuman kerana gagal melaksanakan projek?

      Delete
  5. MP dan ADUN harus sentiasa follow up projek tersebut untuk keselesaan penduduk dan untuk industri pelancongan di Sabah.

    ReplyDelete
  6. Perkembangan projek harus dipantau untuk memastikan ia mencapai kejayaan.

    ReplyDelete
  7. Tindakan yang wajar harus diambil agar resort kembali berfungsi dengan lebih baik.

    ReplyDelete
  8. Infrastruktur Sabah harus diperbaiki untuk aktiviti harian atau mengalak lebih banyak pelabur asing.

    ReplyDelete
  9. Untuk perkembangan industri-industri di Sabah, kualiti jalan harus diutamakan.

    ReplyDelete
  10. Kerja naik taraf harus dilaksanakan.

    ReplyDelete
  11. kenapa hingga kini ia masih belum lagi siap? jgn biarkan ia terus tergendala, jalan tersebut harus disiapkan segera.

    ReplyDelete
  12. Kegagalan kontraktor tersebut sememangnya perlu diambil serius. Ini akan merugikan pelbagai pihak.

    ReplyDelete
  13. Sebaiknya masalah jalan yang tidak dapat disiapkan dan terbangkalai ini akan dapat diselesaikan sepenuhnya.

    ReplyDelete
  14. kalau mahu cepat, minta saja semua 14 resort itu sumbangkan keuntungan mereka untuk membaik pulih jalan dan jambatan itu.. lagipun merekalah yang paling banyak menggunakan kemudahan itu..

    ReplyDelete