Sunday 25 March 2012

JANGAN EMOSI JIKA KETUA TIDAK DICALONKAN



Oleh: KREW SABAHKINI.NET

PERGERAKAN Wanita UMNO Bahagian Beaufort disaran agar tidak terlalu emosi terhadap keputusan Mesyuarat Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian itu untuk tidak mencalonkan semula Ketua Pergerakan Wanita UMNO Beaufort, Datuk Azizah Mohd Dun di DUN Klias pada PRU-13.

Baru-baru ini UMNO Beaufort dalam mesyuaratnya mengemukakan usul kepada kepimpinan UMNO Pusat agar tidak lagi mencalonkan Azizah bagi memberi peluang kepada muka baru sebagai memenuhi proses biasa; tetapi bukanlah satu keputusan yang muktamad.

Keputusan untuk menentukan sesiapa menjadi calon atau tidak hanya terletak kepada budibicara Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak; maka sewajarnya ahli-ahli Pergerakan Wanita UMNO Beaufort tidak mempersalahkan keputusan Mesyuarat Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian yang hanya memberikan cadangan untuk dikemukakan kepada pucuk pimpinan.

Ketua Penerangan UMNO Cawangan Kampung Jangkit, Kuala Penyu di Beaufort, Awang Ramli Mohd Gati yang mengulas keresahan Ahli-Ahli Pergerakan Wanita UMNO Beaufort terhadap keputusan Ahli Jawatankuasa UMNO bahagian itu; mengharapkan agar mereka bertenang dan menyerahkan kepada pucuk pimpinan UMNO untuk membuat keputusan yang sebaiknya.

"Saya bersetuju cadangan Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Beaufort yang mengharapkan agar ketua mereka dipanggil oleh Pucuk Pimpinan UMNO Pusat untuk memberi penjelasan terhadap dakwaan yang memyebut beliau telah gagal menghadiri beberapa mesyuarat AJK UMNO Bahagian dan kurang memberikan kerjasama terhadap beberapa program yang dilaksanakan oleh UMNO bahagian tertsebut," kata Awang Ramli yang juga Bekas Setiausaha Kerja Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kimanis.

Ketua Penerangan Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Beaufort, Munah Jikri yang mengulas kenyataan berhubung laporan media yang disiarkan di akhbar tempatan baru-baru ini yang bertajuk 'UMNO Beaufort Putuskan Tidak Cadang Azizah Sebagai Calun Pilihanraya Umum Ke 13.'

Munah menyatakan Datuk Azizah yang juga Menteri Pembangunan Masyarakat dan Halk Ehwal Penguna Negeri Sabah yang juga Wakil Rakyat Kawasan Klias seorang pemimpin yang mempunyai daya kepimpinan yang baik dan berkhidmat dengan komited serta penuh tanggungjawab samada dalam parti ataupun kerajaan.

"Kami Pergerakan Wanita UMNO Beaufort adalah orang UMNO yang sentiasa taat dan setia kepada parti dan pemimpin; apatah lagi pemimpin itu telah lama menunjukkan khidmat yang cemerlang untuk parti dan sentiasa mendengar denyutan nadi rakyat akar umbi," kata Munah sambil menambah di bawah kepimpinan Datuk Azizah, Wanita UMNO Beaufort sudah siap siaga untuk menghadapi pilihanraya umum pada bila-bila masa.

Awang Ramli, begitu yakin dengan perjuangan jujur Pergerakan Wanita di bahagian tersebut berharap agar mereka menerima dengan hati terbuka apa-apa keputusan pucuk pimpinan dan rtidsak akan mengambil tindakan memusuhi mana-mana pihak dalam bahagian UMNO di sini yang jika itu dilakukan boleh memberikan gambaran yang tidak matang terhadap pergerakan tersebut.

"Jika kita mengaku sebagai penyokong dan ahli UMNO yang benar-benar patuh terhadap perjuangan dan setia kepada pimpinan parti, saya mengharapkan Pergerakan wanita dan ahli-ahli UMNO di Beaufort tidak akan membuat tanggapan bahawa tindakan Ahli Jawatankuasa UMNO Beaufort untuk tidak mencalonkan semula Datuk Azizah sebagai tindakan sembarangan. Sehubungan itu Datuk Azizah saya rasa amat yakin terhadap sumbangannya yang terlah diberikan kepada parti dan tentu dia percaya pucuk pimpinan akan membuat keputusan yang terbaik untuknya," kata Awang Ramli lagi.

Awang Ramli yang juga pernah bertugas sebagai Pegawai di Jabatan Hal Ehwal Khas di Kementerian Penerangan Malaysia Sabah menaruh keyakinan bahawa keputusan mesyuarat yang telah dibuat oleh Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Beufort itu tidak akan menjejaskan perpaduan dan keutuhan UMNO bahagian itu yang dipimpin oleh Ketuanya, Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Okin yang juga Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia.

No comments:

Post a Comment