Friday 23 March 2012

JANGAN GOPOH TUKAR KERAJAAN!


SIJIL.....Azizah menyampaikan Sijil Penghargaan kepada Penasihat JKKK Kg Pintas, Osin Jilun.

Oleh : ABU BAKAR ESAH

RAKYAT di negeri ini diingatkan agar tidak memperjudikan dan menggadaikan kesejahteraan hidup yang dikecapi selama ini dengan niat dan tindakan untuk cuba menukar kerajaan yang ada sekarang.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah, Datuk Azizah Mohd Dun berkata kerajaan yang ditadbir oleh Barisan Nasional (BN) telah memberikan khidmat yang terbaik untuk rakyat negara ini.

Beliau berkata ianya terbukti apabila rakyat di negeri-negeri yang diperintah oleh parti pembangkang kini tidak mendapat pembelaan yang sewajarnya berbanding semasa pemerintahan BN sebelum ini.

“Jangan perjudikan nasib kita dengan tindakan untuk menuukar kerajaan yang ada sekarang. Lihatlah kegagalan parti pembangkangmentadbir beberapa negeri di Semenanjung telah mengundang keresahan dan penyesalan rakyat di negeri-negeri tersebut,” katanya.

HADIAH......Azizah menyampaikan hadiah kepada Norapah Jais yang turut memenangi pertandingan gubahan bunga.

PLAK......Azizah menandatangi plak perasmian Balairaya Kg Kubu, Beaufort sambil disaksikan Saidin, Zainal dan Osin.

KENANGAN.....Azizah merakamkan gambar kenangan bersama pasangan bayi kembar yang bersama ibunya pada majlis perasmian Balairaya Kg Kubu. Beaufort.

Beliau berkata demikian pada majlis Balairaya dan Program Ceramah Kenegaraan di Kampung Kubu di Beaufort, baru-baru ini.

Hadir sama-sama, Penolong Pengarah Biro Tatanegara Sabah, Rasmalizan Abd Rashad; Pemimpin Kemajuan Rakyat (PKR) Saidin Museh; Penasihat JKKK Kg Pintas, Husin Jilun dan Pengerusi JKKK Kg Pintas Pintas, Zainal Jilun.

Azizah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Klias berkata rakyat perlu menangkis dakyah yang mahu mengelirukan rakyat khususnya oleh pihak pembangkang.

“Sedarlah bahawa selama pembangkang tidak mampu berbuat apa-apa untuk membantu rakyat. Yang mereka tahu hanyalah menjaja cakap-cakap yang memburuk-burukkan kerajaan BN,” katanya sambil menegaskan bahawa kerajaan BN tetap kukuh dan akan terus menerajui pemerintahan negara ini.

“Yakinlah bahawa kerajaan BN tetap kukuh dengan pemimpin yang bijaksana mentadbir kerajaan dengan pelbagai program pembangunan secara holistik secara berterusan,” katanya.

Pada majlis itu Azizah menyampaikan Sijil Penghargaan kepada penduduk warga emas yang pernah memimpin dan menabur bakti di kampung itu.

Beliau juga turut menyampaikan hadiah kepada pemenang dalam acara-acar yang dipertandingkan sempena program itu seperti pertandingan memasak gubahan bunga, catur dan mewarna.

24 comments:

  1. Kerajaan juga perlu membuktikan bahawa mereka masih relevan untuk rakyat walaupun kebelakangan ini banyak isu yang sedikit sebanyak telah menggugat imej kerajaan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harap rakyat akan sentiasa menyokong kerajaan.

      Delete
  2. Oppositions only good in talking and promising but not in terms of fulfilling it. They should remain as opposition.

    ReplyDelete
  3. Meanwhile, the current govt shouldn't be too comfort with their position. Govt needs to fulfill its promises and try to overcome the existing problems. Frequent meeting with the rakyat might help the govt to understand more their situation and problems.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Agree with you me gusta. The current government ought to get out from their comfort zone.

      Delete
  4. Pambangkang akan menjadi selamanye pembangkang

    ReplyDelete
  5. Although there is a high chance that BN would remain as the government, BN still need to prove themselves.

    ReplyDelete
  6. Para pengundi haruslah mengundi parti yang mempunyai rekod dalam kemajuan negara. Kerajaan telah membuktikan perkara tersebut. Kerajaan Sabah telah memajukan Sabah dan perubahan tu dapat dilihat dengan pencapain yang ada sekarang.

    ReplyDelete
  7. Jangan mudah terpedaya dengan janji2 kosong pembangkang

    ReplyDelete
  8. kerajaan sekarang dah cukup baik, byk projek2 pembangunan yang memberi manfaat kepada rakyat dijalankan seperti SDC, projek Samur dan lain2. rakyat haruslah terus sokong kerajaan sekarang.

    ReplyDelete
  9. Betul..Jangan cepat percaya dengan sesetengah pihak yang mana inginkan tukar kerajaan. Menyesal tidak berguna nanti.

    ReplyDelete
  10. Setiap janji yang dimainkan oleh pembangkang sebenarnya adalah janji kosong yang hanya inginkan untuk menang pada PRU dan selepas itu semua janji hanya akan tinggal kenangan.

    ReplyDelete
  11. tidak perlulah Azizah nasihatkan rakyat supaya tidak menukar kerajaan.. rakyat sebagai pihak yang menikmati pembangunan yang dibawa oleh kerajaan dan pihak yang menilai sejauhmana kerajaan itu mampu menyelesaikan masalah mereka, pasti tahu mana saluran politik yang perlu mereka pilih.. jika Azizah yakin kerajaan telah melakukan yang terbaik, tidak perlulah risau kedudukan parti pemerintah..

    ReplyDelete
  12. Chief Minister Datuk Seri Musa Haji Aman attests that the good relationship between the state and the federal governments is key towards the many benefits that Sabah enjoys.

    ReplyDelete
    Replies
    1. “This progress is not only focused on infrastructure development but also a genuine effort to prepare other various initiatives such as the People’s Aid 1Malaysia (Bantuan Rakyat 1Malaysia) (BR1M), the People’s 1Malaysia Store (Kedai Rakyat 1Malaysia), 1Malaysia Clinic, Karisma, and many others.

      Delete
    2. “All of this is for the people, especially those with low income. As they say, ‘ada ubi ada batas, ada budi kita akan balas’ (a good deed deserves another)… I am confident that the BN government will receive continued support based on its sincerity and concern towards helping all ethnicity,” said Musa.

      Delete
    3. According to Musa, development is done widespread across Sabah, whether it is in the city or in the rural areas without discrimination towards anybody, adding that the Barisan National (BN) government is always pressing on educational development.

      Delete
    4. From the remote parts to the urban areas of Sabah, the development programme does not leave anybody out, particularly in the field of education, he said.

      Delete
    5. Musa, who is also the Minister of Finance, said he did not hesitate applying for more allocation from the federal government and the Prime Minister, Datuk Seri Najib Tun Razak, without hesitation, agreed to give more funding because of the growing support for BN in Sabah.

      Delete
    6. The Chief Minister said the people of Sabah will be looked after and political stability will remain because the BN government placed great importance on unity.

      Delete
    7. “I believe that we have fulfilled our promises to the people and my hope is that the people will carry on giving their support to BN. Sabah will continue to enjoy great development under the BN,” he assured.

      Delete
    8. Musa reminded the rakyat not to be taken in by allegations from certain quarters, which undermine the government and urged them to stay united.

      Delete
    9. He added that the BN’s sincerity is proof that it is the only party that can and will defend the rights of its people as compared to the opposition whose empty promises cannot live up to what BN has been doing all along.

      Delete
    10. He added that Prime Minister Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak awards the allocations without hesitation given that the confidence of the people is on the rise.

      Delete