Friday 2 March 2012

JANGAN PANIK WABAK HFMD



ORANG ramai di Sabah diminta tidak panik dengan wabak tangan, kaki dan mulut (HFMD) di Sabah yang kini menyebabkan sekurang-kurangnya enam Taman Asuhan Kanak-Kanak (Taska) di Penampang ditutup untuk sementara waktu.

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata walaupun jumlah kes HFMD yang dilapor mencecah 149 kes, wabak itu masih terkawal.

"Janganlah panik. Apa yang penting ialah ikut nasihat dan langkah-langkah yang disaran oleh Jabatan Kesihatan Negeri," katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Klinik 1Malaysia Taman Sri Rugading, dekat sini Khamis.

Rosnah berkata daerah Penampang mencatat jumlah kes paling tinggi dengan 70 kes atau 54.5 peratus daripada kes keseluruhan, diikut Kota Kinabalu (46 kes), Tuaran (10 kes), Papar (enam kes), Keningau (empat kes), Pitas (empat), Tenom (empat), Kudat (dua), Kuala Penyu (dua) dan Kota Marudu (satu).

"Tiga wabak dilaporkan di daerah Penampang yang melibatkan 70 kes daripada 36 lokaliti. Bagaimanapun, wabak itu berjaya dikawal minggu lepas. (BERNAMA)

10 comments:

  1. Just remember to take the precautionary measures that was announced by the Ministry of Health, I'm sure the disease can be prevented.

    ReplyDelete
  2. Luckily the disease was under control now, hopefully it can be battled completely.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dengan keadaan cuaca sekarang ni, wabak tersebut pasti akan cepat merebak jika tiada langkah2 kawalan.

      Delete
  3. kira banyak juga kes wabak HFMD ni. harap2 semua dapat mengikut langkah2 dan nasihat Jabatan Kesihatan Negeri.

    ReplyDelete
  4. moga penularan wabak ini dpt dikawal.

    ReplyDelete
  5. Pengawalan yang dibuat mampu mengurangkan jangkitan itu terus merebak.

    ReplyDelete
  6. This matter should be handle with the utmost precaution.

    ReplyDelete
  7. Hopefully this epidemic will be contain and does not spread at a catastrophic scale

    ReplyDelete
  8. Prevention is better than cure.

    ReplyDelete
  9. cuba sampaikan dan jelaskan kepada rakyat tentang nasihat dan langkah2 yang disarankan oleh Jabatan Kesihatan Negeri..

    ReplyDelete