Wednesday 7 March 2012

JAUJAN SOKONG JAMBATAN PULAU BUM-BUM




Oleh : SAIDIN BASHIR

CADANGAN pembinaan jambatan yang menghubungkan tanah besar dengan Pulau Bum-Bum perlu diteruskan kerana impak positif daripada segi ekonomi dan jalinan hubungan penduduk khususnya.

Setiausaha Politik Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Jaujan Sambakong, berkata kini penduduk Pulau Bum-Bum bergantung penuh kepada perkhidmatan bot untuk berulang alik antara pulau itu dan tanah besar Semporna bagi urusan harian.

“Lebih 20,000 penduduk Pulau Bum-Bum di sini terpaksa menanggung risiko kerana perlu menggunakan bot untuk mengangkut barangan dan kenderaan mereka ke tanah besar Semporna.

“Pembinaan jambatan menghubungkan tanah besar Semporna dan Pulau Bum-Bum adalah satu keperluan penting untuk masyarakat di sini,” katanya kepada Utusan Borneo ketika ditemui sempena Program Permuafakatan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Kebangsaan (SK) Pekan Semporna di sini kelmarin.

Menurutnya, keputusan pembinaan jambatan itu amatlah bertepatan dan perlu diteruskan bagi menjamin keselamatan penduduk berkenaan.

“Setiap penyaluran peruntukan menjurus kepada pembangunan yang dilakukan oleh kerajaan dan bergantung kepada kepentingan situasi dan kebesaran kesan positifnya yang lebih melibatkan kelompok besar masyarakat,” katanya.

Sementara itu, seorang guru, Aldam Abdullah berpendapat pembinaan jambatan itu perlu diteruskan.

“Ini kerana jambatan itu merupakan nadi utama dan kemudahan perhubungan penduduk dengan dunia luar terutama dalam memasarkan hasil kraftangan dan ternakan ke pusat bandar dan pekan berhampiran.

“Kerajaan Barisan Nasional (BN) bukan seperti yang didakwa sesetengah pihak, iaitu mengabaikan pembangunan masyarakat di kawasan luar bandar kerana selama ini banyak usaha, kerja dan pembangunan telah dilakukan oleh kerajaan dalam mempertingkatkan kemudahan asas, ekonomi dan pembangunan sosial masyarakat dari kawasan luar bandar,” katanya.

Seorang lagi guru, Sharifah Rosita Sharif Ibrahim, turut menyuarakan sokongan sepenuhnya untuk meneruskan pembinaan jambatan Pulau Bum-Bum demi kemajuan dan keselesaan penduduk Semporna khususnya.

Jelasnya, perkembangan pada masyarakat luar bandar secara tidak langsung akan turut memberi impak positif yang memberangsangkan bagi penduduk di kawasan bandar, terutama dari segi pemasaran hasil pertanian, ternakan dan industri-industri kecil yang berlaku di kawasan luar bandar. (Utusan Borneo)

10 comments:

  1. Imagine how inconvenient it is too come back and forth everyday on a boat, I'm sure not many people has personally experienced it. This bridge will bring many convenience to them.

    ReplyDelete
  2. Maybe those who object to this project should experience themselves what its like to take a boat from Pulau Bum Bum to Semporna on daily basis for one week. Try it and see how you like it.

    ReplyDelete
  3. pembinaan jambatan tersebut pasti memberi byk manfaat kepada penduduk Semporna.

    ReplyDelete
  4. Lepas ni pasti ramai penduduk dari pulau2 lain di Sabah akan menuntut pembinaan jambatan seperti ini.

    ReplyDelete
  5. Pembinaan jambatan di Bum2 adalah perlu disebabkan rakyat sudah lama menunggu jambatan tu. pasti kegunaan jambatan tu memberi manfaat kepada penduduk Pulau Bum2.

    ReplyDelete
  6. Bukannya saya tidak mahu sokong, namun masih ada perkara yang perlu berdanding dengan jambatan tersebut.

    ReplyDelete
  7. Peruntukan Rm430 juta itu sangat besar dan lebih banyak yang boleh dibuat daripada hanya membina jambatan di pulau Bum2.

    ReplyDelete
  8. Lebih baik jelaskan kepada rakyat apa relevannya jambatan itu dibina? Apa pulangan yang bakal diperoleh dari segi ekonomi? Bagaimana pula status penduduk di sana?

    ReplyDelete
  9. bagaimana pula dengan penduduk Labuan?? bilangan penduduk Labuan lebih ramai dari Pulau Bum2 dan wilayah itu juga jauh lebih sibuk dari Pulau Bum2..

    ReplyDelete
  10. saya tidak nafikan bahawa penduduk Pulau Bum2 amat memerlukan jambatan itu namun kita juga tidak boleh nafikan bahawa Labuan lebih memerlukan kemudahan itu..

    ReplyDelete