Saturday 17 March 2012

JKHAN SABAH DI HARRODS, LONDON


SYARIKAT Jkhan, yang berpangkalan di Sabah, bercadang mempamerkan pelbagai koleksi beg jenama Jkhan di Harrods, London dalam masa terdekat.

Pengarah Urusannya, Datin Rahmahjan Sulaiman Khan berkata, buat permulaan, syarikat itu berhasrat menampilkan 20 jenama tas dan beg Jkhan ciptaan anak tempatan, termasuk beliau sendiri, untuk dipasarkan di gedung beli belah terkemuka itu.

"Produk kami telah ditolak sekurang-kurangnya 10 kali sebelum ini dan akhirnya, selepas berusaha dengan gigih, rekaaan atau ciptaan koleksi beg jenama Jkhan dijangka muncul di Harrods, London."

"Kali ini, kita menerima reaksi yang positif dan jika semuanya berjalan lancar, kita akan pamerkan produk kita dalam masa terdekat tahun ini," katanya kepada pemberita di sini Jumaat.

Rahmahjan, yang merupakan antara pereka fesyen terkenal di Malaysia, turut menjangka beg tas tangan wanita berjenama Jkhan muncul sebagai tarikan utama di pasaran Harrods kelak. (BERNAMA)

12 comments:

  1. Brava to Jkhan who planned to displayed local designer bags in Harrods to promote our local talent.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kejayaan ini harus dijadikan sebgai inspirasi kepada yang lain untuk berjaya seperti beliau.

      Delete
  2. Hope that this brand will be a success in London, this will show that our talent are also on par with international designers.

    ReplyDelete
  3. semoga produk Jkhan akan terkenal dan sebaris dgn jenama2 terkenal lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, harap produk yang dihasilkan akan mampu bersaing dengan jenama-jenama lain.

      Delete
  4. Produk dari Sabah dipasarkan di London. Teruskan usaha semoga mendapat sambutan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. teruskan usaha agar pencapaian yang lebih cemerlang akan diperoleh.

      Delete
  5. Yang penting sekali sebagai pasaran produk adalah mutu, harga dan kualiti barangan tersebut. Itulah yang menarik para pelanggan untuk memilikinya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. jika barangan yang dihasilkan berkualiti, pasti ianya akan mendapat sambutan.

      Delete
  6. pencapaian beliau ini sedikit sebanyak menjadikan jenama Malaysia lebih kenali di peringkat antarabangsa.

    ReplyDelete
  7. tahniah.. dimana ada kemahuan disitu ada jalan.. yang penting jangan berputus asa..

    ReplyDelete