Wednesday 7 March 2012

JURUPERUNDING CABAR FUZIAH BERDEBAT



Oleh : MUTALIB M.D

JURUPERUNDING bebas, Nik Zafri Abdul Majid mencabar Ahli Parlimen Kuantan, Hajjah Fuziah Salleh untuk berdebat berhubung isu Lynas yang disifatkannya sebagai 'Juara Auta' kerana kehebatan Fuziah mencipta ketakutan dan kebimbangan rakyat terhadap Projek Nadir Bumi Lynas, di Gebeng, Kuantan.

"Saya buat cabaran ini demi kebaikan bersama agar tidak ada tuding menuding jari dan mencipta pembohongan terancang untuk survival politik, sebagaimana yang dilakukan Ahli Parlimen Pembangkang di Malaysia sebelum ini, terutama terhadap semua Projek Mega di Malaysia," ujar Nik Zafri yang merupakan Juruperunding KLIA, Menara Kembar Petronas dan Projek Terowong LRT Ampang Park.

Menurut Nik Zafri yang juga Penasihat Sains dan Teknologi Sabahkini.net, beliau tertarik dengan isu yang dibangkitkan Fuziah iaitu Lynas akan memusnah industri pelancongan di Club Med berdekatan Gebeng dan mencadangkan agar tajuk Debat berkenaan, 'Gebeng-Percutian Radioaktif atau Syurga Tenaga Hijau'.

Bagi Nik Zafri, beliau tidak keberatan jika debat berkenaan disiarkan secara langsung oleh media elektronik arus perdana atau alternatif kerana niatnya ikhlas untuk memberikan peluang kepada rakyat Malaysia mengetahui bahawa Nadir Bumi adalah mesra alam dan bukannya modal pembangkang untuk meraih simpati rakyat.

"Kita bukannya mahu mencabar atau menuduh sesiapa, tetapi kita menuntut Hak Perlembagaan yang memberi jaminan keselamatan, kesihatan dan keharmonian hidup kepada setiap rakyat Malaysia untuk hidup bebas dan bukannya dalam ketakutan sebagaimana yang diperjuangkan pembangkang seperti Fuziah," ujar Nik Zafri yang berpuas hati dengan sikap bestari Pakar Nuklear PAS, iaitu Ahli Parlimen Hulu Langat, Che Rosli Che Mat yang memberikan pandangan profesional.

Nik Zafri turut jengkel dengan sikap Fuziah yang suka 'Make Up Story' dengan mendakwa kononnya Siemen, syarikat pengeluar telefon bimbit dan rakan sekutu Lynas menjemputnya untuk meminta pandangan dan sekaligus memmbanggakan negara Jerman; sedangkan tanpa beliau ketahui bahawa Jerman telah menyeludup masuk bateri asid plumbum ke Sabah untuk projek Elektrik Solar Hibrid di sekolah dan kampung di luar bandar Sabah sehingga mendatangkan masalah alam sekitar yang meruncing di Sabah.

Sebelum ini Persatuan Pencinta Alam Malaysia merupakan antara penyokong kuat kepada Gerakan Anti Lynas, tetapi selepas penjelasan secara berfakta yang dibuat oleh Che Rosli, Prof. Dr. Ahmad Termizi Ramli dan beberapa orang Pakar Nuklear, mereka kembali menyokong projek Lynas.

Rakyat 'Gebeng' juga masih keliru kerana Fuziah yang terlebih 'kuah daripada sudu' disebabkan Gebeng terletak di kawasan Parlimen Indera Mahkota yang diwakili Azan Ismail (PKR) dan bukannya di Parlimen Kuantan; tetapi Azan hanya berdiam diri.

SAKSIKAN Video Klip berikut untuk melihat 'Pembohongan Fauziah';

FAUZIAH SELEWENG FAKTA


WHY WE MUST STOP LYNAS?


DEMO LYNAS


TV3'S KARAM SINGH WALIA IN AUSTRALIA


WHY DID LYNAS CHOOSE MALAYSIA?


7 comments:

  1. berdebat saja kmu.. kita tgk apa hasil dari debat tersebut.

    ReplyDelete
  2. Apa yang ada dengan Debat sebenarnya?? Asyik ada tidak puas hati debat..

    ReplyDelete
  3. Semoga masalah Lynas ini akan mendapat persetujuan antara dua pihak.

    ReplyDelete
  4. yup.. baik minta Fuziah berdebat dengan pakar nuklear supaya rakyat dapat membezakan mana pakar nuklear tulen dan mana pakar nuklear palsu..

    ReplyDelete
  5. Fuziah patut sedar bahawa beliau adalah ahli politik, bukannya pakar nuklear..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tidak hairan kalau ahli politik yang suka cari publisiti. Bila2 masa boleh jadi "pakar" nuklear lah, "pakar" ekonomi lah..macam2 ada..

      Delete
  6. Saya sokong debat ini! Kita tengok siapa fakta, siapa yang auta.

    ReplyDelete