Sunday 25 March 2012

KAMI BUKAN PENGKHIANAT!

TEGAS Azizah tegas pendirian menolak tohmahan Wanita Umno Beaufort sebagai pengkhianat Parti.

Oleh : ABU BAKAR ESAH

EXCO PERGERAKAN Wanita Umno Malaysia, Datuk Azizah Mohd Dun membidas sikap segelintir orang yang memperlekehkan dan menuduh Wanita Umno yang diketuainya di sini sebagai 'Pengkhianat' kepada perjuangan parti.

Beliau berkata sayap Umno itu telah lama menjadi tulang belakang Umno khususnya dalam memastikan kemenangan Barisan Nasional (BN) dalam pilihanraya.

“Saya tidak marah sekiranya tidak dicalonkan tapi jangan kata Wanita Umno sebagai pengkhianat kepada perjuangan parti. Ahli-ahli kita telah bekerja kuat untuk parti dan kerajaan. Dari dulu, kini dan selamanya Wanita menjadi tulang belakang Umno. Ini diperakui sendiri oleh Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak,” katanya.

Beliau berkata demikian pada program perjumpaan Jalinan Rakyat (JR10) di Dewan Kg Kota Klias di sini pada Sabtu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Klias yang juga Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna itu berkata Wanita Umno yang dipimpinnya diperingkat bahagian tidak pernah luntur semangat untuk terus berjuang demi parti dan rakyat.

“Semangat kita untuk terus mara dalam perjuangan parti semakin membara walaupun pelbagai cabaran dan dugaan kerana Wanita taat setia kepada parti. Perjuangan Wanita iklhas, kita tidak mengharapkan apa-apa untuk kepentingan peribadi. Rezeki kita datang daripada Allah,” katanya.

SOKONG.....WANITA Umno Kota Klias menyatakan sokongan untuk Azizah dicalonkan semula dalam PRU-13.

CALON....WANITA Umno Cawangan Kg Laba turut memberikan sokongan padu Azizah dicalonkan semula.

KENANGAN.....Azizah bergambar kenangan bersama peserta program JR10 yang menjadi penyokong kuatnya.

Beliau yang juga Naib Ketua wanita Umno Sabah berharap semua jentera Wanita akan terus meningkatkan usaha dan sentiasa turun padang bagi memastikan kemenangan BN untuk meneruskan pentadbiran di negara ini.

“Pastikan kemenangan BN dalam PRU akan datang dengan turun padang mendengar denyut nadi rakyat. Bagaimanapun tanggungjawab kita bukan ketika menjelang pilhanraya sahaja ianya mestilah berterusan,” katanya.

Semua ahli yang menghadiri program persiapan menghadpi pilhanraya itu berikrar taat setia kepada parti dan menyokong kepimpinan Azizah didalam parti dan kerajaan diteruskan.

Pada program itu turut kelihatan sepanduk-sepanduk yang menyatakan sokongan ahli-ahlu wanita diperingkat maerah mengundi dan cawangan untuk Azizah di calonkan semula pada PRU-13.

No comments:

Post a Comment