Friday 16 March 2012

KAMI MAHU AIR PAIP, BUKAN AIR LIUR!

VIDEO KLIP ISTIMEWA

Oleh : MUTALIB M.D

PENDUDUK Simpang Empat Kunak membidas Jabatan Air Sabah yang tidak cekap mengendali bekalan air dan lebih berminat menjual air melalui lori tangki untuk mengaut keuntungan segera.

Timbalan Ketua Penerangan Angkatan Muda PKR Sabah, Citra Masadi yang menghubungi Sabahkini.net menjelaskan bahawa aduan penduduk kampung kepada ADUN Kunak, Datuk Nilwan Kabang; Ahli Parlimen Silam, Salleh Kalbi dan Jabatan Air bagaikan mencurahkan air ke daun keladi.

"Jabatan Air ada juga memaklumkan kepada Setiausaha Rukun Tetangga Simpang Empat bahawa loji rosak, tetapi kita agak musykil kerana hanya tempat tertentu sahaja yang terputus bekalan?," tanya Citra yang mengakui jika terdapat bekalan air pun hanya untuk tempoh satu hingga dua jam sahaja seminggu, tetapi tidak dapat naik ke tangki kerana tekanan rendah.

Kata Citra, jika sehari mereka mungkin boleh bertahan, tetapi kini sudah sebulan lebih terputus bekalan air paip dan terpaksa membeli daripada lori tangki dengan harga antara RM60 hingga RM150.

"Kami mahu air paip, bukan air liur," kata Citra menarik perhatian, bahawa Nilwan Kabang pernah menaburkan janji manis bahawa semua penduduk Kunak akan mendapat bekalan air bersih menjelang 2011, namun sehingga 2012, masih banyak kampung yang langsung tidak mendapat bekalan air; sekalipun Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) telah membelanjakan lebih RM280 juta untuk projek bekalan air di Kunak.

"Apa guna tangki besar yang telah dibina tapi bekalan air masih tidak stabil atau adakah pegawai dan kakitangan jabatan air sekarang makan gaji buta atau berniaga air?," tanya Citra yang mencadangkan agar Jabatan Air Kunak dimansuhkan kerana langsung tidak berfungsi.

Citra memaklumkan bahawa kontraktor yang menjadi 'taukeh' kerana Jabatan Air tidak membekalkan air kepada penduduk kampung dengan alasan lumrah iaitu loji rosak atau paip pecah.

"Jika dulu penduduk memberi ancaman untuk mengirimkan kencing kepada Perdana Menteri, jangan terkejut jika menjadi kenyataan pada kali ini," tegas Citra yang membayangkan ada pihak yang akan berbuat demikian jika bekalan air paip tidak dipulihkan segera.

7 comments:

  1. Pihak yang bertanggungjawab kena ambil tindakan untuk atasi masalah ini. Menyalahkan pemimpin sepenuhnya adalah tidak adil. Kan ada Jabatan Air. Kalau ada masalah peruntukan, itu tanggungjawab kementerian kewangan. Citra usahlah berlagak hero.

    ReplyDelete
    Replies
    1. punca masalah harus diatasi...

      Delete
    2. Citra tidak payah banyak cakap, hangan mau jadi hero.. namun di harapkan masalah ini akan segera selesai.

      Delete
  2. perkara ini harus diatasi segera..

    ReplyDelete
  3. masalah air yang dihadapi penduduk haruslah diselesaikan segera, salurkanlah bekalah air paip yang mencukupi kepada penduduk.

    ReplyDelete
  4. Mungkin ada masalah yang tidak boleh di atasi dalam jangka masa pendek, harap penduduk dpat bersabar.

    ReplyDelete
  5. Mengenai masalah bekalan air ini semestinya Jabatan Air perlu menyelesaikannya. Mengenai memberikan bekalan air dengan lori adalah penyelesaian sementara untuk penduduk kampung.

    ReplyDelete