Saturday 17 March 2012

KASTAM SABAH RAMPAS ROKOK SELUDUP


JABATAN Kastam Diraja Malaysia Sabah merampas 5,300 bungkus rokok pelbagai jenama yang dianggarkan bernilai lebih RM100,000 di Sinsuran, di sini semalam.

Pengarah Kastam Sabah, Dr Janathan Kandok berkata hasil risikan sepasukan pegawai kastam dari Bahagian Penguatkuasaan membuat serbuan di sebuah rumah tidak berpenghuni di Sinsuran pada pukul 10 pagi.

"Rokok yang disyaki belum lulus Kastam itu bernilai RM52,768 manakala jumlah cukai adalah RM47,972. Bagaimanapun nilai keseluruhannya mencecah lebih RM100,000 dalam pasaran semasa," katanya pada sidang media di sini Jumaat.

Beliau berkata siasatan awal mendapati rokok terbabit tidak mempunyai setem cukai atau pun belum lulus Kastam.

Kandok berkata pihaknya turut mengenal pasti modus operandi pihak terbabit yang menggunakan kanak-kanak di bawah umur untuk menjual rokok-rokok berkenaan di sekitar kaki lima kawasan itu. (BERNAMA)

17 comments:

  1. Good job to the Sabah Customs for successfully detained these smuggled cigarettes. Hopefully they will continue to help reduce the sales of these products in the state.

    ReplyDelete
    Replies
    1. usaha seperti ini harus dilakukan berterusan.

      Delete
  2. To prevent smuggled cigarettes from being widely sold in the state, the locals should reject these goods. Without demand, there will not be supply.

    ReplyDelete
    Replies
    1. rakyat tempatan tidak harus membeli rokok seludup..

      Delete
  3. Teruskan usaha dalam merampas rokok2 seludup.

    ReplyDelete
  4. usaha berterusan adalah perlu untuk membanteras rokok haram di pasaran..

    ReplyDelete
  5. teruskan lagi usaha dalam membanteras rokok seludup.

    ReplyDelete
  6. Aktiviti ini amat penting untuk memastikan tiada aktiviti penyeludupan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. operasi yang berterusan dapat membanteras kegiatan penyeludupan.

      Delete
  7. Thats Kastam job & responsibility.

    ReplyDelete
  8. Replies
    1. I'm glad to know that our custom are performing their responsibility and duties well. keep up the good job!

      Delete
  9. Masih banyak lagi penyeludupan rokok di Sabah. Teruskan operasi bagi merampas barangan tersebut.

    ReplyDelete
  10. Maklumat dari orang ramai juga perlu untuk menangani masalah penjualan rokok seludup ini. Jika orang ramai membantu pasti perkara ini akan dapat diselesaikan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya..maklumat daripada orang ramai juga penting untuk membantu menangani kes rokok seludup ini.

      Delete
  11. tingkatkan lagi usaha untuk membanteras sepenuhnya kegiatan penyeludupan.

    ReplyDelete
  12. syabas.. jangan lupa jalankan siasatan bagaimana barang2 ini boleh berada di Sabah..

    ReplyDelete