Saturday 10 March 2012

KDM MALAYSIA JELAJAH SABAH

PERTUBUHAN Kadazandusun Murut (KDM) Malaysia akan melancarkan program 'Jelajah Sabah' di Kampung Mandahan, Kimanis, hari ini dengan tujuan memberi gambaran sebenar sumbangan kerajaan pusat dalam membangunkan negeri ini.

Naib Presiden KDM, Datuk Peter Anthony berkata program pembuka tirai KDM Malaysia itu dijangka dihadiri lebih 15,000 orang khususnya masyarakat KDM.

"Kita berpendapat sudah tiba masanya masyarakat KDM di Sabah didedahkan dengan gambaran yang baik terutama yang berkaitan dasar dan program pembangunan kerajaan Persekutuan untuk rakyat Sabah.

"Dalam majlis ini, KDM Malaysia yang menyokong kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak juga akan menyampaikan sumbangan kepada warga miskin di kawasan Membakut dan Kimanis," katanya kepada pemberita di Kota Kinabalu, Jumaat. (BERNAMA)

No comments:

Post a Comment