Thursday 15 March 2012

KEMAS WAJAR LANTIK GURU TADIKA LELAKI


Oleh : IZZ RAMIAN MIYAN

PARTI Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) mencadangkan agar kerajaan persekutuan membina 50 buah lagi Tabika Kemas di Pensiangan kerana 35 Tabika sedia ada tidak mampu menampung jumlah murid yang semakin ramai.

Ketua Pemudanya, Khairin Bador berkata, penduduk Pensiangan kini seramai 49,500 orang menyebabkan ada murid yang tercicir daripada pendidikan pra sekolah kerana lokasi antara satu kampung dengan kampung yang lain agak berjauhan dan kekurangan guru.

Sehubungan itu, Khairin mencadangkan agar KEMAS melantik kaum lelaki sebagai guru Tabika kerana lokaliti sekolah jauh di pedalaman tidak sesuai untuk kaum wanita; dibandingkan dengan fizikal lelaki yang lebih lasak berjalan kaki dan merentas hutan di kawasan kampung yang terpencil.

"Kita tidak bermaksud memperkecilkan guru wanita, tetapi memandangkan faltor keselamatan dan kesaksamaan gender, guru lelaki berupaya menjaga keselamatan dirinya lebih baik berbanding wanita," katanya yang menjelaskan kebanyakan Tabika Kemas ini terletak di kawasan terpencil dan tidak ada jalan; malah dalam sesetengah kes, penduduk kampung menggunakan bot sebagai kenderaan dari satu kampung ke lokasi lain.

No comments:

Post a Comment