Friday 9 March 2012

KERAJAAN MANSUH SBPA, SSM DITAMBAH BAIK



Oleh : Clara Chooi (TMI)

GAJI....Najib mengumumkan bahawa kenaikan gaji bagi penjawat Gred 1 hingga 54 akan dihadkan kepada 13 peratus.

PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak kelmarin mengumumkan Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) telah dibatalkan berikutan kritikan yang hanya memberi kelebihan kepada pegawai atasan kerajaan, sedangkan kakitangan bawahan menerima kenaikan yang rendah.

Perdana Menteri turut mengumumkan sistem sedia ada, Sistem Saraan Malaysia (SSM), akan ditambah baik.

Najib turut memberitahu penjawat awam ketika pertemuan bersama mereka di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) kelmarin bahawa Ketua Setiausaha Negara hanya akan menerima kenaikan gaji sebanyak tujuh peratus, berbanding Sistem SBPA yang menyaksikan pendapatan ketua penjawat awam itu mencecah RM60,000 sebulan.

Kadar bayaran terhadap KSU itu telah menimbulkan perasaan tidak puas hati di kalangan pekerja gred bawahan yang hanya diberi kenaikan serendah RM1.70, dan menerima bantahan daripada 1.4 juta kakitangan awam yang merupakan 'lubuk undi' untuk Barisan Nasional (BN), memandangkan pilihan raya umum mungkin akan diadakan dalam masa terdekat.

Perdana Menteri turut mengumumkan bahawa kenaikan untuk Kumpulan Pengurusan dan Professional, dari Gred 1 hingga 54 adalah terhad kepada 13 peratus sahaja.

The Malaysian Insider difahamkan bahawa Putrajaya terpaksa menambah RM2 bilion kepada RM2.6 bilion yang sebelum ini diperuntukkan di bawah SBPA.

Perdana Menteri terdahulu mengarahkan semakan semula terhadap skim berkenaan selepas kesatuan kakitangan kerajaan CUEPACS menentang pelaksanaan skim terbabit.

Sebuah panel diwujudkan dan diketuai oleh bekas Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia (PSD) Tan Sri Ismail Adam dan diberi tempoh sehingga 16 April ini untuk membuat keputusan.

Keputusan untuk memansuhkan SBPA ini juga memberikan kesan terhadap peluang Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Datuk Seri Abu Bakar Abdullah untuk menjadi Ketua Setiausaha Negara.

11 comments:

  1. 1.4 million civil servants are due to receive increment in their salary.

    http://dialograkyat.blogspot.com/2012/03/14-juta-penjawat-awam-naik-gaji.html

    ReplyDelete
  2. Hope that those who manage to get an increment will continue to work hard to serve the people better.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu. kerja biarlah setimpal.jangan hanya makan gaji buta.

      Delete
  3. SBPA sebelum ini dikiritik oleh kebannyakan pihak kerana ia hnya memberi manfaat kepada sesetengah pihak sahaja. adalah wajar juga ia dimansuhkan. moga penambaikan SSM akan memberi manfaat kepada seluruh penjawat awam.

    ReplyDelete
  4. Nampaknya Najib memandang berat kepada pekerja2 bawahan. Pasti rakyat gembira dengan keputusan tu.

    ReplyDelete
  5. Teruskan memberikan yang terbaik kepada rakyat. Setiap apa yang dirancang perlulah dikaji terlebih dahulu.

    ReplyDelete
  6. wajarlah kerajaan mansuhkan SBPA ni kalau skim ini tidak adil kepada semua pihak yang terlibat.

    ReplyDelete
  7. Kenapa SBPA tidak diteliti dengan lebih terperinci sebelum ia diputuskan sebelum ini? Siapa tenaga pemikirnya?

    ReplyDelete
  8. takkan tidak ada pihak yang berterima kasih kepada kerajaan setelah kerajaan mengumumkan pemansuhan SBPA??

    ReplyDelete
  9. untuk penambahbaikkan SSM, kerajaan perlu menjemput pihak2 yang membantah SBPA untuk mengemukakan idea mereka.. tujuannya adalah bagi mengelakkan bantahan para penjawat awam terhadap perubahan atau penambahbaikkan yang dilakukan..

    ReplyDelete