Saturday 17 March 2012

KES KAKI LIPAS DALAM SPAGETI


MAHKAMAH Rayuan Jumaat mengekalkan keputusan Mahkamah Sesyen memerintahkan Pizza Hut Restaurants Sdn Bhd membayar ganti rugi RM55,000 kepada penyarah kolej swasta yang sakit selepas menikmati hidangan 'spageti bolognese' yang mengandungi kaki lipas.

Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan membuat keputusan sebulat suara, menolak permohonan syarikat itu untuk kebenaran bagi merayu di Mahkamah Rayuan berhubung keputusan Mahkamah Sesyen Shah Alam.

Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Md Raus Shariff yang mengetuai korum itu bersama dua Hakim Mahkamah Rayuan terdiri daripada Datuk Aziah Ali dan Anantham Kasinater juga memerintahkan restoran segera itu membayar RM3,000 sebagai kos.

Anantham berkata perintah ganti rugi RM55,000 kepada Goh Sze Ching itu membuktikan Mahkamah Sesyen menghantar isyarat yang jelas kepada restoran makanan segera supaya sentiasa menjaga kebersihan makanan.

Md Rais berkata, "Ia adalah untuk kebaikan masyarakat." (BERNAMA)

7 comments:

  1. All restaurants must always ensure that their premises and food preparation is clean and hygienic to prevent such a thing from happening.

    ReplyDelete
  2. This is a bad example that may be detrimental for this multinational Franchise. Its bad enough that they product contributes to global obisity, now this incident has been added to the list of negativity.

    ReplyDelete
  3. Good that the customer was given compensation for this 'atrocity of service'

    ReplyDelete
  4. pengendalian makanan kena dilakukan dgn baik, kebersihan kena dijaga.

    ReplyDelete
  5. Kebersihan perlu diambil keutamaan bagi sesuatu restoran.

    ReplyDelete
  6. kan sia2.. gara2 lipas kena rm55 ribu.. lipas yang berkeliaran dalam stor, langsung tidak bernilai.. tapi kalau dalam makanan, cukup kaki sahaja nilainya mampu mencecah rm55 ribu.. lumayan

    ReplyDelete