Sunday 18 March 2012

KKIA BEROPERASI 24 JAM MULAI 1 MEI


LAPANGAN Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) akan beroperasi 24 jam mulai 1 Mei apabila kerja penurapan projek pembesaran landasannya siap, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha.

Beliau berkata, pada masa ini lapangan terbang itu ditutup enam jam sehari mulai tengah malam untuk kerja-kerja pembesaran yang bakal menyaksikan landasan di lapangan terbang itu dipanjangkan dari 2,988 meter kepada 3,780 meter.

Projek itu adalah sebahagian daripada projek RM1.4 bilion kerja menaik taraf, pembesaran dan membaik pulih KKIA, termasuk pembinaan terminal baru dan menara kawalan.

"Hanya kerja pembesaran landasan yang dijalankan sekarang ini. Apabila siap, lapangan terbang ini boleh menampung Boeing 747 dan ini akan meningkatkan jumlah penumpang (di lapangan terbang itu)," katanya kepada Bernama ketika dihubungi selepas meninjau projek itu.

Kong berkata penutupan lapangan terbang itu selama enam jam telah menjejaskan penerbangan sewa khas, tetapi ia tidak mengganggu operasi penerbangan berjadual. (BERNAMA)

22 comments:

  1. Hopefully after this expansion project is completed, it will help increase the tourist to Sabah since the new terminal can fit in more planes at one time.

    ReplyDelete
  2. I do hope that this 1.4 billion project can be completed in time so that KKIA can continue to operate on the 1st of May, just as planned.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, harap projek ini akan siap dalam masa yang ditetapkan dan mengikut seperti yang dirancang.

      Delete
  3. Industri pelancongan akan bertambah pesat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya..harap ini akan menyumbang kepada peningkatan pelancong.

      Delete
  4. Upgrading the airport really good move from govt

    ReplyDelete
    Replies
    1. Less hassle for tourists and tourism players.

      Delete
    2. ini dilihat sebagai langkah yng baik sesuai dengan keperluan.

      Delete
  5. Good luck and hope the public can enjoy better services.

    ReplyDelete
  6. Semoga kerja naik taraf dijalankan dengan wajar dan mencapai kualiti yang ditetapkan.

    ReplyDelete
  7. Sabah semakin terkenal dengan status pelancongan antarabangsa, KKIA harus dipertingkatkan kualiti dan servisnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. It's not about the service but the whole operation of KKIA.

      Delete
    2. KKIA akan lebih baik selepas ini.

      Delete
  8. Jadual penerbangan juga harus diperbaiki lagi.

    ReplyDelete
  9. Semoga lebih banyak orang awam dapat menikmati kos penerbangan yang berpatutan.

    ReplyDelete
  10. bgslah, dgn ini pasti perkhidmatan penerbangan akan bertambah baik.

    ReplyDelete
  11. Pasti penerbangan akan lebih baik begitu juga dengan perkhidmatan di KKIA.

    ReplyDelete
  12. Akhirnya KKIA boleh beroperasi 24 jam mulai Mei ini.

    ReplyDelete
  13. ini perkembangan yang baik. harap semuanya berjalan lancar

    ReplyDelete
  14. selain beroperasi 24 jam sehari, pastikan juga jumlah penerbangan sehari meningkat..

    ReplyDelete