Wednesday 7 March 2012

KONTRAK RM600 JUTA PUNCA KRISIS KEDAH?



Oleh : JIMADIE SHAH OTHMAN & SUSAN LOONE

EKSKLUSIF! Krisis PAS Kedah meledak selepas Menteri Besar Datuk Seri Azizan Razak didakwa mahu memberikan sebuah projek yang dikatakan bernilai RM600 juta kepada syarikat yang dikaitkan dengan pemimpin Umno.

Perkara itu disahkan oleh Datuk Phahrolrazi Mohd Nawawi, seorang daripada dua exco yang menolak pelantikan semula mereka ke jawatan itu sebelum ini.

Ketika ditemui Malaysiakini semalam bagi mengesahkan dakwaan beliau pada mulanya menolak pelantikan semula kerana tidak puas hati dengan desakan Azizan, Phahrolrazi mengakuinya.

Sumber sebelum ini memberitahu Malaysiakini, projek yang dipertikaikan itu adalah berkenaan pembinaan jalan di negeri itu yang mahu diberikan oleh menteri besar kepada syarikat milik bekas pemimpin Umno bahagian di Kedah.

Phahrolrazi bagaimanapun tidak mendedahkan lebih lanjut berhubung perkara itu tetapi memberitahu ia projek usahasama dengan syarikat berkaitan kerajaan negeri (GLC).

ADUN Pengkalan Kundor itu juga mendakwa, projek berkenaan bernilai beberapa juta ringgit.

"Saya tak setuju dengannya," dakwanya sambil berkata keputusan berkaitan biasanya dibuat pada mesyuarat exco.

Projek itu bagaimanapun kini belum dianugerahkan kepada mana-mana pihak, kata Phahrolrazi lagi ketika ditemui selepas sidang media di rumahnya di Alor Setar semalam.

Pada sesi itu, beliau dan seorang lagi exco Datuk Ismail Salleh mengumumkan menerima pelantikan sebagai exco selepas PAS membentuk jawatankuasa pemandu untuk menasihati pentadbiran negeri.

Ketika laporan ini ditulis, Malaysiakini masih belum dapat mendapatkan respons daripada Pejabat Menteri Besar.

Seorang pembantu Azizan memberitahu, Menteri Besar itu mahu berehat dan tidak akan mengeluarkan kenyataan dalam masa terdekat.

9 comments:

  1. I think its best that explanation should be made regarding this issue.

    ReplyDelete
  2. pastikan projek iti diberi pada syarikat yang benar2 layak.

    ReplyDelete
  3. Belum projek lagi sudah ada kontroversi. Tapi memang kena pastikan yang layak saja mendapat projek tu.

    ReplyDelete
  4. Hanya kerana kontrak RM600 diberikan keapda ahli UMNO pemimpin PAS heboh,.

    ReplyDelete
  5. Ini sudah melihatkan kelemahan yang dihadapi oleh PAS sendiri. Mereka tidak mahu memberikan apa-apa projek dengan orang luar dan mementingkan kepada kroni mereka sendiri.

    ReplyDelete
  6. walau apapun asas parti itu, bila berhadapan dengan $$$ timbul juga krisis.. terdedah juga sifat sebenar..

    ReplyDelete
  7. ada khabar angin daripada pihak tertentu yang menyebarkan bahawa Phalrolrazi dikatakan menerima duit daripada seorang tauke cina.. betul ka??

    ReplyDelete
  8. Kalau sudah pasal duit, prinsip diri atau parti pun boleh tergugat.

    ReplyDelete
  9. Mungkin lepas ni lebih banyak skandal parti pembangkang yang akan didedahkan??

    ReplyDelete