Sunday 11 March 2012

LAHAD DATU, TARIKAN PELANCONGAN BARU

Oleh : ALI IMRAN MOHD NOORDIN

MELAWAT ke Paris sememangnya menjadi impian ramai, tetapi bagi penduduk Lahad Datu, Sabah, berkunjung ke sana bukanlah sesuatu yang di luar jangkauan. Ucapkan selamat tinggal kepada penerbangan belasan jam, pemeriksaan kastam ataupun pemilikan pasport antarabangsa.

Namun penduduk pekan ini hanya perlu membayar kos 'pakej' serendah RM5 dengan menaiki bas mini untuk sampai ke sana.

Jangan salah sangka. 'Paris' yang dimaksudkan bukanlah kota fesyen yang terletak 11,500km jauh, tetapi sebenarnya adalah Kampung Paris yang terletak hanya 70km dari Lahad Datu.

Rezeki Di Darat Dan Laut

Lahad Datu bukanlah sebuah pekan besar, tetapi mempunyai peranan besar ke atas pembangunan negeri Sabah terutama dari segi ekonomi dan pelancongan.

Di kelilingi industri kelapa sawit, ladang-ladang yang diusahakan secara persendirian mahupun oleh gergasi korporat terbentang luas sejauh mata memandang, sedia untuk memenuhi permintaan minyak sawit untuk pasaran tempatan dan antarabangsa.

Aktiviti ekonomi lain berasaskan penanaman yang dijalankan di sini termasuklah perusahaan kelapa kering (kopra) bagi menghasilkan minyak goreng, getah serta koko yang menjadi punca rezeki masyarakat tempatan.

Kedudukannya, yang terletak di tepi laut, turut menggalakkan aktiviti perikanan. Selain ikan, perairan di sini kaya dengan udang harimau, udang kertas, ketam bakau dan rumpai laut.

Kaya Budaya

Menurut laman web pejabat daerah, kaum yang tinggal di sini terdiri daripada suku kaum Kadazan-Dusun, Dusun Subpan, Dusun Bagahak, Suluk, Bajau, Cina, Kokos, Iranun, Bugis, Timor, Tidong, Jawa, Sungai, Idahan dan Kagayan.

Laman web yang sama juga menyatakan asal perkataan 'Lahad Datu' adalah daripada bahasa kaum Bajau. Perkataan 'Lahad' membawa erti 'tempat' manakala 'Datu' membawa erti orang kenamaan pada zaman dahulu.

Tempat ini dinamakan sedemikian selepas penghijrahan golongan Datu, yang diketuai oleh Datu Puti, dari kerajaan Suluk. Ini susulan penyerahan kuasa kawasan ini kepada Sultan Suluk oleh Sultan Brunei pada 1879.

Dikatakan juga nama asalnya sebelum peristiwa ini ialah Kerugau yang bererti batu karang bertompok-tompok di sekitar pantai dari Kunak hingga ke Membatu, yang terletak di Tungku.

Potensi Hab Pelancongan

Lokasi pekan ini juga strategik sebagai perantara untuk industri pelancongan. Lembah Danum, Taman Hidupan Liar Tabin dan Muzium Arkeologi Batu Tulug semuanya boleh dilawati dengan menggunakan kenderaan darat.

Lembah Danum menempatkan Hutan Simpan Ulu Segama Malua yang kaya dengan spesis yang jarang ditemui seperti 'Borneo Pygmy Elephant' iaitu spesis gajah terkecil di dunia, Badak Borneo Sumatera, Orang Utan, Tembadau dan pelbagai spesis bunga orkid liar.

Dengan kemewahan flora dan faunanya, tidak hairanlah kawasan ini dikenalpasti sebagai antara kawasan ekosistem paling padat di dunia.

Taman Hidupan Liar Tabin pula terkenal dengan kawah lumpur yang menjadi sumber mineral haiwan di sini. Para pengunjung berpeluang melihat kesan tapak kaki yang masih 'segar'!

Di sini juga terdapat Pusat Perlindungan Badak Sumbu Borneo Sumatera yang menempatkan tiga ekor badak sumbu dalam usaha membiakkan spesis yang semakin terancam ini.

Selesai melawat tempat-tempat berkenaan, pelancong boleh memilih untuk ke Sandakan yang terkenal dengan Pusat Perlindungan Orang Utan Sepilok atau ke Samporna yang menjadi pintu masuk ke Pulau Perhentian dan Pulau Mabul.

Kedua-dua pulau ini terkenal dengan kecantikan landskap di darat dan dasar laut, turut mendapat jolokan sebagai 'syurga dasar laut' kepada peminat aktiviti selaman skuba.

Kemampuan Lahad Datu untuk menyediakan pengalaman lengkap di darat dan laut boleh dijadikan batu loncatan ke arah hab pelancongan jika dipakej dengan betul dan menarik.

Bas Mini Hidupkan Pekan

Pekan yang sedang melalui proses pembangunan yang pesat ini adalah nadi buat kehidupan masyarakat baik di Lahad Datu sendiri, mahupun di kawasan sekelilingnya seperti Silabukan, Silam dan Kinabatangan.

Masyarakat dari luar pekan berduyun-duyun berkunjung ke sini untuk pelbagai urusan, yang kebanyakannya pekerja ladang kelapa sawit.

Kesempatan inilah yang digunakan oleh masyarakat setempat untuk menyediakan pelbagai perkhidmatan. Satu daripadanya ialah pengangkutan van yang dikenali sebagai 'bas mini'oleh masyarakat setempat.

Oleh kerana kebanyakan pekerja ladang terdiri daripada warga asing, ramai antara mereka tidak mempunyai kenderaan sendiri. Perkhidmatan bas mini tenyata penyelesaian terbaik kepada situasi ini.

Pengusaha bas mini, Norman Raman, 29, berkata, musim gaji turut dikenali sebagai musim 'bulan muda' biasanya berlaku daripada tarikh 26 haribulan hingga 9 haribulan setiap bulan kerana pada waktu inilah ramai yang keluar ke pekan untuk berbelanja.

Norman yang sudah mengusahakan bas mini untuk laluan Kampung Paris-Lahad Datu selama lima tahun berkata walaupun permintaan terhadap perkhidmatan bas mini dipengaruhi faktor musim, namun masih banyak bas mini diperlukan untuk memenuhi permintaan pelanggan.

Pelanggan dikenakan tambang berdasarkan jarak laluan yang mereka lalui serendah RM5 seorang. Kos tambang menjadi semakin tinggi sesuai dengan jarak yang dilalui penumpang. Caj tambahan juga dikenakan jika penumpang meminta untuk dihantar ke destinasi terpencil.

Mesra Pengguna

Bagi pemandu bas mini, Sabaril Lamade, 30, beliau menyukai kerjanya kerana dapat membina hubungan rapat dengan para penumpang.

"Bertahun-tahun kita bawa bas, sudah kenal penumpang, mereka senang dengan kita, kita juga senang dengan mereka," ujarnya yang berperwatakan ceria.

Meskipun pernah melalui pengalaman pahit ditipu pelanggan, bagi Sabaril itu sudah menjadi adat resam sebagai pemandu dan tidak sepatutnya hal-hal sedemikian menggugat komitmen terhadap profesionnya itu.

Buruh kasar ladang kelapa sawit, Samsurian Rani, 30, sudah 15 tahun menggunakan perkhidmatan bas mini berkata, beliau berpuas hati dengan perkhidmatan bas mini kerana hubungan rapat pemandu dengan penumpang.

Beliau yang berasal dari Sulawesi, Indonesia turut menyatakan pilihannya bagi bas mini berpermit kerana tidak perlu risau tentang sebarang risiko sewaktu dalam perjalanan.

Hal ini disokong Asrial Rani, 34, yang juga berasal dari Indonesia. Menggunakan servis bas mini sejak tahun 1999, beliau yang keluar ke pekan sekali sebulan berkata, hubungan erat pemandu dengan penumpang membentuk persefahaman memudahkan urusan antara mereka.

Peluang Buat Pengusaha Haram

"Permintaan yang tinggi membuka ruang kepada sesetengah pengusaha bas mini tanpa permit untuk menjalankan perniagaan mereka," kata Norman.

Beliau yang pernah beroperasi secara haram (sebelum mendapat permit) berkata, proses mendapatkan permit yang sukar dan memakan masa membuka pintu kepada pengusaha bas mini secara haram.

Kehadiran pengusaha bas mini haram sedikit sebanyak menjejaskan pendapatan pengusaha bas mini berpermit.

Norman berharap, Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) dapat meluluskan lebih banyak permit untuk kebaikan para pengguna, terutamanya aspek keselamatan.

"Kerap kali sewaktu sekatan jalan raya, pemandu bas mini tanpa permit akan melarikan diri, yang teraniaya adalah penumpang yang turut dibawa 'lari'. Hal ini tidak menjadi masalah buat kami (pengusaha bas mini berpermit)," tambahnya lagi.

Menurut Norman, keselamatan dan kepuasan penumpang adalah aspek paling utama untuk memastikan imej servis bas mini tempatan tidak terpalit dengan insiden tidak diingini.

Masa Depan Cerah

Meskipun tidak dilengkapi dengan kemudahan moden dan canggih, kekuatan sebenar pekan ini terletak pada keramahan dan kemesraan penduduknya yang tidak dapat dinafikan lagi.

Tidak lekang senyuman, suka membantu serta tidak lokek pengetahuan adalah beberapa sikap terpuji masyarakat di sini yang boleh disenaraikan.

Dari aspek fizikal, banyak yang boleh diperbaiki untuk menjadikan pekan ini lebih selesa didiami. Dengan bantuan pejabat daerah dan sokongan padu kerajaan negeri, lebih banyak potensi tempatan dapat dicungkil dan dimanfaatkan demi kebaikan semua pihak. (BERNAMA)

21 comments:

  1. Diharap kawasan LD dapat menarik pelancong untuk melancong ke sana tapi pada masa yang sama juga perketatkan kawalan perairan supaya tidak mudah diceroboh.

    ReplyDelete
  2. Lahat Datu memang berpotensi menjadi pusat pelancongan yang cantik juga.

    ReplyDelete
  3. Perkembangan ekonomi turut membangunkan ekonomi tempatan.

    ReplyDelete
  4. Promosi harus diadakan agar lebih banyak golongan tahu tentang Lahat Datu.

    ReplyDelete
  5. Menurut laman web pejabat daerah, kaum yang tinggal di sini terdiri daripada suku kaum Kadazan-Dusun, Dusun Subpan, Dusun Bagahak, Suluk, Bajau, Cina, Kokos, Iranun, Bugis, Timor, Tidong, Jawa, Sungai, Idahan dan Kagayan.

    keunikan suku kaum menjadi satu tarikan juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Suku kaum yang kebanyakannya berasal dari Indonesia tapi kini sudah diiktiraf sebagai antara suku kaum yang berada di Sabah.

      Delete
  6. Industri pelancongan di Sabah akan menjadi satu unsur pendapatan yang amat penting.

    ReplyDelete
  7. LD mmg sebuah tempat yang menarik untuk dijadikan pusat pelancongan, semoga ia akan terus berkembang.

    ReplyDelete
  8. apapun, bagi menarik lebih ramai pelancong ke LD, masalah yan wujud di LD perlu diselesaikan juga, kerana ia boleh mempengaruhi pelancong.

    ReplyDelete
  9. Apa pun mungkin LD sememangnya perlu diberikan tumpuan juga untuk menjadi antara tempat perlancongan di Sabah.

    ReplyDelete
  10. Jika diusahakan dengan bersungguh-sungguh pasti perkara ini menjadi kenyataan. Tambahan lagi LD tempat persinggahan antara Tawau- kota kinabalu.

    ReplyDelete
  11. jika bukan kerana warga asing dan PATI, Lahad Datu mampu setanding dengan bandar2 maju yang lain kerana bandar itu disokong oleh kekuatan ekonomi kelapa sawit..

    ReplyDelete
  12. Semoga Lahad Datu dapat berkembang menjadi sebuah bandar yang maju dan bersih dari PATI.

    ReplyDelete
  13. More recreational and ecotourism facilities are in store for Lahad Datu in line with the fast development pace taking place in this east coast district of Sabah, Chief Minister Datuk Seri Musa Aman said.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apart from meeting an increasing demand for such facilities, Musa said it would also bring about benefits to the conservation areas in the district.

      Delete
    2. “Tourism sector is the second largest contributor to Malaysia’s economic growth after petroleum, therefore, it could not be denied that this sector could generate income to stimulate the state’s economic growth.

      Delete
    3. “It is for this reason that the state government approved RM4.2 million to develop Mount Silam,” he said in his speech at the launch of Menara Kayangan Lahad Datu (Lahad Datu Tower of Heaven) at Mount Silam, here yesterday.

      Delete
    4. His text of speech was read by Tourism, Culture and Environment Minister Datuk Masidi Manjun.

      Delete
    5. Musa said that the facility would complement existing ecotourism attractions in the east coast of Sabah such as Danum Valley and Tabin Wildlife Sanctuary.

      Delete
    6. According to the Chief Minister, the tower is appropriate for recreational activities as it is located inside a forest ecosystem that is free from environmental pollution.

      Delete
  14. Dulu sebagai pekan kecil..kini mampu bersaing dgn tawau...

    ReplyDelete