Monday 12 March 2012

LDP DESAK NAIKTARAF JALAN DAM

BERKUBANG…..Jalan berlubang sudah lama dibiarkan begitu sahaja oleh pihak JKR tanpa dinaik taraf

Oleh : SHAIMON S JUMADI

KEROSAKAN Jalan Dam yang menjadi penghubung utama Jalan Simpang Segama Batu 5, Lahad Datu telah sekian lama berlaku namun tidak dipedulikan Jabatan Kerja Raya (JKR) sehingga mendatangkan masalah perhubungan kepada penduduk sekitar.

Naib Pengerusi LDP Silam, Chong Su Vun berkata masalah kerosakan jalan tersebut sudah berkali-kali dimaklumkan kepada pihak JKR Lahad Datu, namun tiada reaksi atau sebarang tindakan diambil oleh pihak yang berkenaan.

"Saya merayu kepada JKR agar dapat melaksanakan kerja-kerja menaik taraf jalan ini setelah selesai kerja menaiktaraf jalan berkembar dari Hospital Lama ke PGA Lahad Datu. Jalan Dam ini amat penting sebagai laluan kedua ke Sandakan dan jalan pertanian yang amat penting," ujar Chong lagi.

Chong berkata, LDP menerima terlalu banyak aduan berhubung jalan rosak dan pihaknya bimbang jika JKR tidak proaktif menyelenggara jalan sehingga rosak teruk; termasuk jalan yang diselenggarakan konsesi Gammerlite.

“Saya tidak berniat untuk menjatuhkan imej kerajaan BN kerana saya sendiripun orang kuat BN. Tetapi bagi menjamin BN mengekalkan kerusi Lahad Datu, Tungku dan parlimen Silam, JKR dan KKLW mesti bertindak segera," ujar Chong yang menyatakan perkara ini telah dikemukakan ketika beliau menjadi Ketua Pegawai Perhubungan Ahli Parlimen Silam, namun sehingga kita tidak nampak sebarang usaha dilakukan untuk menyelenggarakan dan menaik taraf jalan yang telah disenaraikan.

6 comments:

  1. Pihak yang berkuasa harus dan segera mengambil tindakan yang sewajarnya, supaya masalah tu tidak berterusan dan menyusahkan pengguna.

    ReplyDelete
  2. jln2 yang rosak seharusnya diperbaiki dan dinaiktaraf. jgn biarkan ia membahayakan pengguna jalan.

    ReplyDelete
  3. Harap LDP akan terus menyuarakan masalah yang dihadapi oleh rakyat.

    ReplyDelete
  4. Pihak yang berkaitan seharusnya mengambil perhatian serius dengan aduan yang diterima ini.

    ReplyDelete
  5. jika jalan itu tidak dinaiktaraf masih ada alternatif lain untuk sampai ke destinasi.. jadi biarlah pihak JKR memberikan tumpuan kepada jalan2 utama dahulu yang mana jika tidak di ambil peduli akan memutuskan terus laluan dibeberapa kawasan..

    ReplyDelete
  6. Tiap tahun ada peruntukan untuk menaiktaraf jalan. sepatutnya kawasan2 ini turut dijankau oleh peruntukan yang disediakan.

    ReplyDelete