Friday 2 March 2012

LIGS CEROBOH TANAH PENDUDUK KAMPUNG

Oleh: JAKSON LU

BEBERAPA penduduk Kg Kuala Ungga Patian dalam daerah Kemabong membuat bantahan kepada Unit Pekebun Kecil, Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS) di Tenom berhubung pencerobohan kawasan untuk projek tanaman getah berkelompok di lokasi Sungai Antimahan kerana telah pun mempunyai pemiliknya.

Demikian dinyatakan Setiausaha Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampong (JKKK) kampung tersebut, Aginggu bin Kabalan, 48, selepas beliau menyerahkan surat bantahan bersama laporan Polis kepada Pegawai Penguasa LIGS pada Khamis.

Beliau berkata, lokasi yang diceroboh LIGS telah pun dipohon oleh tujuh (7) orang, malah sudah menerima kelulusan untuk pengukuran daripada Jabatan Tanah dan Ukur menerusi RSP atau SP (Sijil Pengukuran) L.S.1601.1.808/36 bertarikh 9 Ogos 2000 untuk seluas keseluruhan 38.039 hektar.

Aginggu berkata, adalah tidak sopan sekiranya kuasa dan amanah kerajaan yang terletak di tangan JKKK dan Ketua Kampung dengan semudah itu dibelakangi oleh pihak berkenaan yang sepatutnya memaklumkan mereka (JKKK atau KK) terlebih dahulu sebelum menerokai kawasan tersebut.

“Kami terkejut di atas kehadiran Juru Ukur Swasta yang memberitahu kami bahawa kawasan itu sudah dimiliki LIGS untuk projek tanaman getah berkelompok! Anehnya, dua hari selepas itu jentera berat dan jentolak telah dibawa masuk ke kawasan tersebut. Inilah membuat kami terkilan dan merasa marah,” tegas Aginggu.

“Lebih-lebih lagi bila kami semak senarai peserta dalam projek itu, kebanyakkannya orang luar dan kakitangan LIGS. Di manakah letaknya keadilan ini kepada penduduk asal di sini,” tambah Aginggu sambil menggesa pihak tertentu agar menghentikan dengan serta merta projek tersebut sebelum penyiasatan selesai.

Dalam pada itu, Aginggu mendakwa bahawa mereka (penduduk) juga sudah beberapa kali memohon projek seperti itu di masa lalu, namun permohonan mereka sehingga sekarang tidak mendapat sebarang jawapan.

Difahamkan bahawa Aginggu telah pun mengemukakan masalah tersebut kepada Pegawai Daerah untuk tindakan, tetapi sebelum itu beliau (Aginggu) dinasihatkan supaya mengemukakan surat bantahan rasmi kepada Pejabat Tanah dan disalinkan kepada pihak LIGS.

Selain itu, sumber Balai Polis Tenom mengesahkan laporan Polis berhubung masalah tersebut telah pun dibuat oleh Aginggu bin Kabalan menerusi TNM/RPT/0349/2012 pada jam 10.30 pagi kelmarin, 1 Mac 2012.

7 comments:

  1. projek tanaman getah berkelompok ni sepatutnya memberi kegembiraan kepada penduduk bukannya mendatangkan masalah.

    ReplyDelete
  2. kadang2 juru ukur swasta ni boleh membuat kesilapan sewaktu mengukur.

    ReplyDelete
  3. Juru ukur perlu dibawa ketempat tersebut untuk mengira semula benarkah LIGS menceroboh tanah pemilik lain.

    ReplyDelete
  4. selesaikan hal ini dgn baik.

    ReplyDelete
  5. Solve this matter before it gets worse.

    ReplyDelete
  6. Hopefully LIGS will give clarification on this matter.

    ReplyDelete
  7. In turn, once this clarification have been given to the effected individuals, they will act in accordance and not run amock

    ReplyDelete