Thursday 1 March 2012

LIM KIT SIANG PATUT JADI PRESIDEN PAS

DALAM mengalu-alukan apa yang beliau anggap langkah yang baik dari PAS untuk melantik pemimpin bukan Islam bagi menerajui parti itu, mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mencadangkan supaya pemimpin supremo DAP Lim Kit Siang dilantik sebagai Presiden PAS.

"Mengapa hanya timbalan? Mereka sepatutnya lantik bukan Islam sebagai Presiden. Lim Kit Siang boleh jadi Presiden PAS," sindir Mahathir pada sidang akhbar selepas menerima kunjungan rombongan Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (MUBARAK) di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya, kelmarin.

"Mereka tuduh kita kafir kerana bekerjasama dengan bukan Islam, sekarang mahu lantik bukan Islam sebagai pemimpin parti. Itu baik, baik," sindir beliau.

Menurut bekas Pengerusi BN itu, sebelum ini PAS mengkafirkan Umno kerana bekerjasama dengan parti mewakili bukan muslim seperti MCA dan MIC, tetapi cadangan mereka kali ini umpama meludah ke langit.

Mahathir berkata PAS sepatutnya tidak mempunyai masalah bagi menerima bukan Islam sebagai presiden parti itu, kerana selama ini pun mereka mempertahankan dan membenarkan pemimpin bukan Islam dari Pakatan Rakyat yang memetik ayat-ayatal-Quran pada ceramah politik.

“Lagipun, jika mereka bukan Islam, mereka faham tentang Islam dan sekarang boleh menggunakan petikan al-Quran dalam ucapan mereka.”

6 comments:

  1. PAS mungkin semakin ikut pemodenan zaman. tapi rasanya sesiapa pun mempunyai agama. Tidak elok rasanya kalau gelar orang tu kafir.

    ReplyDelete
  2. Clearly PAS is not consistent with their standing with regards to the matter being 'pointed out' by Tun M

    ReplyDelete
  3. akhirnya apa yang PAS katakan dahulu terkena dirinya sendiri. huhu..

    ReplyDelete
  4. Sebab PAS lebih sanjungi Lim Kit Siang itulah bagus juga dia jadi presiden PAS.

    ReplyDelete
  5. masih layakkah PAS berselindung disebalik agama Islam dalam meneruskan perjuangan politik mereka?? bagaimana dengan tindakan mereka merobohkan madrasah di kedah semata2 untuk memberi laluan kepada pembinaan kompleks membeli belah??

    ReplyDelete