Tuesday 6 March 2012

LYNAS, ANUGERAH TUHAN KEPADA MALAYSIA?

SAKSIKAN VIDEO PENTING INI

Oleh : MUTALIB M.D

WALAUPUN Malaysia hanya mempunyai 30,000 tan atau 0.03 % daripada rizab Nadir Bumi dunia, namun Tuhan telah menganugerahkan lombong Lynas Corporation di Mt Weld, Australia yang mempunyai 5.4 juta tan atau 5.48 % rizab Nadir Bumi dunia untuk menampung keperluan kilang Lynas yang sedang dibangunkan di Gebeng, Kuantan,Pahang.

Apakah Nadir Bumi atau Tanah Jarang (rare earth)? Nadir Bumi terdiri daripada 15 unsur yang dipanggil Lanthanid yang amat diperlukan dalam bidang sains dan industri berteknologi tinggi; malah merupakan bahan termaju dalam teknologi hijau.

Sebatiannya digunakan sebagai pemangkin penghasilan petroleum, produk sintetik, bateri, lampu, laser, magnet, fosfor, skrin komputer, projektor dan skrin pengamat X-Ray, malah komponen jet.

Persoalannya kenapakah isu Lynas meledak di Malaysia sedangkan tarafnya hanya seperti kilang penapis minyak Kelapa Sawit di Sabah? Apakah Lynas melibatkan isu perniagaan atau alam sekitar sehingga menjadi perbualan hangat masyarakat Malaysia; sedangkan bagi Kerajaan, isu Lynas hanyalah isu ekonomi yang tidak perlu dipolitikkan.

Apakah bahayanya Lynas kepada orang ramai? Bahaya ada di mana-mana jika sisa Nadir Bumi dibuang di merata tempat seperti yang berlaku dalam insiden Bukit Merah pada 1990; namun sebagaimana yang dijelaskan Ketua Pengarah Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (AELB), Raja Abdul Aziz Raja Adnan bahawa sisa Nadir Bumi daripada Gebeng, tidak berbahaya kerana bukannya sisa radioaktif.

Umum mengetahui bahawa Kilang Nadir Bumi di Lynas masih dalam peringkat awal dan belum beroperasi serta masih dalam peringkat mengemukakan permohonan kerana sedar akan wujud sisa buangan daripada kilang, terutama gas, air dan sisa pepejal.

Sebagaimana yang disyaratkan dalam permohonan lesen kekal, Lynas mempunyai teknologi tinggi untuk memproses sisa buangan ini, tetapi agak malang kerana ketika dalam proses mengemukakan permohonan lesen kepada kerajaan, Pemimpin PKR dan NGO yang diperkudakan PKR seperti Himpunan Hijau 'terlompat-lompat' menganjurkan perhimpunan tanpa sebab munasabah membantah projek Lynas.

Memandangkan China mempunyai rizab 36 juta tan atau 22.32 % daripada Nadir Bumi dunia, manakala Amerika Syarikat mempunyai 13 juta tan atau 13.19 % rizab Nadir Bumi Dunia, maka Sabahkini.net ingin membawa anda menyaksikan lombong dan Kilang Nadir Bumi di Amerika Syarikat agar dapat tidur lena malam ini.

SAKSIKAN VIDEO KLIP INI;

Project Phoenix Update: March 2012


Project Phoenix at Mountain Pass

Kerajaan Amerika Syarikat telah memutuskan untuk membina lebih banyak lombong dan kilang Nadir Bumi dan menjadi salah satu menjadi polisi kerajaan Amerika, setelah penggubal undang-undang dan pegawai kerajaan membuat keputusan untuk menyokong teknologi masa hadapan ini demi kemajuan negara mereka.

Dalam pada itu, Pengerusi Himpunan Hijau, Wong Tack ketika dihubungi Sabahkini.net enggan memberikan sebarang ulasan. Beberapa sms yang dihantar ke telefon bimbit beliau juga tidak berjawab.

Dalam pada itu, Pengerusi Parti Reformasi Negeri (STAR) Sabah, Datuk Dr Jeffrey Kitingan telah bersetuju untuk menjadi salah seorang pendebat dalam DEBAT LYNAS yang akan dianjurkan Sabahkini.net untuk mencabar pemimpin PKR, tetapi menolak Fauziah serta Pemimpin Himpunan Hijau (NGO) Wong Tak kerana menyifatkan mereka tidak layak disebabkan mereka bukan pakar dalam bidang berkenaan.

10 comments:

  1. Lynas mentioned that the waste can be recycled into commercial uses, would that lessen the radioactive impacts towards the people and environment?

    ReplyDelete
    Replies
    1. If so, they need to really manage the recycle process to avoid any impacts of radioactive.

      Delete
  2. Hopefully the debate on the Pros and Cons of Lynas will be able to explain whether the Lynas plant is good or bad.

    ReplyDelete
  3. pembangkang sangaja nak memperbesar dan menghasut orang ramai. padahal mereka tidak tau apa2 pun pasal lynas.

    ReplyDelete
  4. Lynas mempunyai teknologi tinggi untuk memproses sisa buangan ini..Jadi pengurusan sisa buangan rasanya tidak seperti apa yang disangkakan oleh pembangkang itu sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takkanlah Lynas naif sangat tentang hal ini? Tentu mereka mempunyai teknologi yang lengkap untuk mereka jalankan proses sisa buangan itu. Pembangkang saja suka putar belit kelirukan rakyat.

      Delete
  5. Sebaiknya kita perlu memikirkan secara positif untuk masa hadapan kita. Ini juga demi kebaikkan ekonomi kita dan bukannya dibina atas suka-suka.

    ReplyDelete
  6. pemimpin2 politik Pakatan patut berdebat dengan pakar2 nuklear.. biar semua rakyat Malaysia tahu siapa sebenarnya pemimpin2 Pakatan ini yang kerjanya asyik membantah walaupun bidang itu diluar kepakaran mereka..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hairan bila pihak yang teruja mahu menentang isu Lynas ini bukanlah pakar sangat dalam bidang ini.

      Delete
  7. saya yakin bahawa pembangkang juga sebenarnya bersetuju dengan projek Lynas ini memandangkan dikalangan mereka ada pakar nuklear yang juga menyokong projek tersebut.. tetapi disebabkan keinginan mahu merampas kerajaan, maka semua itu dinafikan dengan bersandarkan teori kepolitikan sempit mereka..

    ReplyDelete