Wednesday 14 March 2012

MENTERI KELUAR KENYATAAN BERBAUR SEKS


Oleh : KUEK SER KUANG KENG

AKTIVIS hak asasi wanita yang berada di bangunan Parlimen untuk berkempen bagi menuntut kerajaan yang bersih terkejut apabila Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi membuat gurauan berbaur seks.

“Pakai sarung tangan pegang isteri nanti tak terasa,” kata Ahmad Zahid apabila aktivis wanita memberinya sepasang sarung tangan putih melambangkan tuntutan mereka mendesak supaya kerajaan bebas daripada gejala rasuah.

Seorang aktivis yang terdengar kata-kata Zahid itu kemudian secara serta-merta memuat-naikkannya di laman web rasmi Twitter Wanita Suara Perubahan, gabungan yang menganjurkan kempen berkenaan.

"Seksis!" ulas pengarah eksekutif Biro Bantuan Wanita Ivy Josiah melalui akaun Twitter beliau. Beliau turut berada dalam delegasi ke bangunan Parlimen itu.

Dihubungi kemudian, Ivy memberitahu Malaysiakini bahawa rakan sekerja beliau telah terdengar kata-kata Zahid itu dan kemudiannya melaporkannya di laman Twitter.

"Walaupun beliau bergurau, namun innuendo seksual seperti ini tidak boleh diterima. Ini adalah benar-benar kurang ajar. Kami agak terkejut," katanya.

8 comments:

  1. Be careful of what sort of statements you made during the parliament session and in public. That's all I can say.

    ReplyDelete
  2. There's nothing sexual about the minister's statement. In my opinion it is neutral. Besides, the remark was not directed to them.

    ReplyDelete
  3. I believe Ivy Josiah should issue an apology to the minister and rectify the damage that she has caused via twitter.

    ReplyDelete
  4. Setiap tindakan ada akibatnya.

    ReplyDelete
  5. hal ini pun nak diperbesarkan, bukan hal besar pun.. huhu..

    ReplyDelete
  6. Lain orang, lain pandangannya. mungkin Ivy ini saja yang terasa.

    ReplyDelete
  7. Mungkin lain dimaksudkan lain pula yang difahami oleh para wanita tersebut. Apa pun bukannya dia cakap mahu pegang orang lain. Isteri saja pun.

    ReplyDelete
  8. kenyataan itu tidak langsung berbentuk seksis.. sebaliknya ketiga2 orang diatas la yang mempunyai fikiran seksis..

    ReplyDelete