Tuesday 20 March 2012

MILITAN MALAYSIA DIKESAN DI TAWI-TAWI?


Oleh : MUTALIB M.D

KORESPONDEN Sabahkini.net di Tawi-Tawi, Filipina, Pingganan Janjalani sebentar tadi memaklumkan beliau mendapat maklumat bahawa kelibat Militan Malaysia yang terselamat dalam serangan udara tentera Filipina baru-baru ini, Zulkifli Khir @ Marwan, dilihat oleh beberapa perisik Gabenor Tawi-Tawi, Haji Sadikul Sahali Adala sedang bersembunyi di Tawi-Tawi.

Menurut Pingganan, Marwan dilihat bersama seorang pengganas Jemaah Islamaiah Singapura, Abdullah Ali @ Muawiyah serta lima orang tidak dikenali sedang berusaha mendapatkan bot laju untuk melarikan diri ke Sandakan atau Tawau sebelum menyusup masuk ke Indonesia.

"Kita sedang menunggu maklumat lanjut daripada perisik Sadikul dan dalam masa yang sama bimbang penjenayah ini telah berada di Sabah, terutama Jambongan atau Jampiras atau Sungai Nyamuk," kata Pingganan yang mengakui perisik Sadikul telah kehilangan jejak dua militan yang paling dikehendaki itu sejak tiga jam lalu.

Percubaan Sabahkini.net untuk menghubungi Sadikul tidak berjaya kerana dipercayai sedang membuat perancangan teliti untuk menjejak militan berkenaan yang menjadikan Tawi-Tawi sebagai tempat persembunyian sehingga membahayakan rakyatnya.

No comments:

Post a Comment