Sunday 4 March 2012

MODUS OPERANDI ROMPAKAN WANG RAKYAT?



Saudara Pengarang,

ISU projek Makmal Komputer terbengkalai bukan lagi isu baru. Ketua Audit Negara telah membentangkan laporannya di Parlimen dan semua media telah menyiarkan isu ini secara menyeluruh.

Namun kami yang terpencil di Pitas, Sabah agar tercengang dengan penubuhan jawatankuasa di peringkat negeri bagi memantau ratusan projek makmal komputer yang terbengkalai.

Di Pitas sahaja, berpuluh projek makmal komputer terbengkalai tetapi kenapa tidak ada pihak yang mengambil tindakan terhadap kontraktor dan Kementerian Pelajaran berbanding dengan NFC yang mendapat liputan meluas.

Apakah projek meneruskan pembinaan Makmal Komputer yang terbengkalai salah satu modus operandi untuk merompak wang rakyat yang dilihat bersih dan tiada apa-apa kesalahan. Semuanya berpunca dari ciptaan sistem dan mekanisme berpaksikan kepada kehendak parti tertentu dan membelakang hak rakyat. Kalau ini berterusan, tidak pasti sampai bilakah wang rakyat dapat bertahan. Mahukan anda jika pembaziran dana awam ini berterusan?

Salam Hormat,

MAKLIN MASIAU

6 comments:

  1. Heavy penalty for contractors that didn't manage to complete their projects.

    ReplyDelete
  2. apa sebenarnya masalah utama kontraktor hingga banyak projek2 terbengkalai berlaku?

    ReplyDelete
  3. projek tersebut tak boleh dibiarkan terbangkalai. ia perlu dipersiapkan.

    ReplyDelete
  4. Kerja terbangkalai ini sememangnya perlulah dielakkan berlaku. Kerana ini akan membazirkan peruntukkan yang telah ditetapkan.

    ReplyDelete
  5. sebab apa NFC lebih mendapat perhatian dari persekutuan berbanding dengan projek makmal komputer yang terbengkalai di Sabah?? sebabnya ialah pemimpin2 pembangkang di negeri ini lebih menumpukan kepada isu2 yang tidak memerlukan mereka untuk membantu rakyat.. sekadar menggunakan isu2 recycle untuk merampas kerajaan..

    ReplyDelete
  6. apa2pun saya harap masalah ini dapat diselesaikan memandangkan kerajaan persekutuan telah memberikan kuasa dan autonomi kepada Jabatan Pelajaran negeri Sabah..

    ReplyDelete