Friday 16 March 2012

NAIK TARAF JALAN KK-SANDAKAN BERPERINGKAT


PROJEK bagi menaik taraf jalan empat lorong dua hala menghubungkan Kota Kinabalu dan Sandakan akan dijalankan secara berperingkat dalam setiap rancangan lima tahun pembangunan dengan kos melibatkan sebanyak RM2.5 bilion, persidangan Dewan Rakyat diberitahu Khamis.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Yong Khoon Seng berkata projek yang melibatkan jarak 336 kilometer itu akan melibatkan jajaran Kota Kinabalu ke Tamparuli (36km), Tamparuli-Ranau (72km), Ranau-Telupid (98km) dan Telupid ke Sandakan (130km).

"Setakat ini, hanya 70km daripada keseluruhan jajaran berkenaan yang sedia dinaik taraf kepada empat lorong dua hala, iaitu dari Kota Kinabalu ke Tamparuli dan dari Jalan Batu Lapan ke Jalan Gum Gum di Sandakan," katanya ketika menjawab soalan Datuk Abdul Rahman Dahlan (BN-Kota Belud) yang ingin tahu jangka masa projek naik taraf jalan itu dapat disiapkan.

Yong berkata bulan lepas kerajaan bersetuju meluluskan peruntukan tambahan serta merta sebanyak RM100 juta untuk naik taraf jalan-jalan utama di Sabah dan Sarawak khususnya jalan Pan Borneo dan jalan utama menghubungkan Pantai Barat dan Pantai Timur di Sabah.

"Peruntukan itu adalah sebahagian daripada keseluruhan peruntukan RM423 juta yang diluluskan kerajaan sebelum ini untuk menaik taraf jalan Pan Borneo dari Miri ke Kota Kinabalu," katanya. (BERNAMA)

20 comments:

  1. Hope that this allocation of RM423 million will be used to improve the roads from Pan Borneo to Kota Kinabalu so that the people may enjoy this convenience. Constant monitoring of the project must be done to ensure the upgrades are conducted smoothly.

    ReplyDelete
  2. Hope to see better quality roads all over Sabah with this allocations from the government. All the best to JKR to carry out the projects.

    ReplyDelete
  3. Pelbagai faktor punca kepada kerosakan jalan2 raya di Sabah. Pemantauan dan pemerikasaan yang kerap boleh mengurangkan masalah kerosakan jalan raya. Orang ramai juga boleh memberikan kerjasama dengan membuat aduan jika terdapat kerosakan jalan raya. Diharap perancangan yang sistematik dapat mempercepatkan kerja2 pembaikan jalan raya runtuh ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagi mengelakkan kemalangan, pihak bverkuasa harus membina infrstruktur yang tahan lama dan selamat.

      Delete
    2. pihak berkenaan yang dipertanggungjawabkan untuk menyelenggara jalan raya harus menjalankan tanggungjawab mereka dengan berkesan..kerjasama dari orang ramai juga adalah perlu.

      Delete
    3. Penedk kata semua pihak pun harus mainkan peranan masing2 dan saling bekerjasama demi kepentingan ramai.

      Delete
    4. Ya. pendek kata semua harus bekerjasama dan memainkan peranan sebagai rakyat yang prihatin dan peka.

      Delete
  4. Hope there will improvements after this matter.

    ReplyDelete
  5. diharapkan projek naik taraf ini tidak akan menjadi projek sakit...peruntukkan yang diberi haruslah digunakan dengan bijak dan teratur..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lets hope there be no delay in completing the project.

      Delete
    2. Hahahhaa. Harap jangan setakat dimulut saja. Pastikan ia dapat dilaksanakan sebaik mungkin.

      Delete
  6. jalan2 di kawasan luar bandar juga perlu dinaik taraf..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah sebaiknya.. Tapi tak mengapa buatlah satu-satu jadi lama kelamaan seleruh pelusuk Sabah akan dapat nikmati kemudahan jalan yang baik dan selesa.

      Delete
    2. Memang perlu dinaiktarafkan. Struktur jalan yang tidak baik mungkin akan menyebabkan kemalangan atau kerosakan pada kereta.

      Delete
  7. apa2pun saya harap kualiti hasil kerja naik taraf jalan ini setimpal dengan peruntukkan tersebut.. mana2 kontraktor yang gagal mematuhi standard piawaian perlu disenarai hitamkan serta merta..

    ReplyDelete
  8. The government ought to make an inspection on the quality of the project and monitor it progress. SOME contractors tend to "sleep" on the job.

    ReplyDelete
    Replies
    1. So pastikan kerja2 naik taraf diselenggara supa semua kontraktor 'bangun' dari tidur. haha

      Delete
  9. Apa sudah cerita pasala j/raya ni? Harap semua perancangan yang dibuat dapat dijalankan dengan lancar.

    ReplyDelete
  10. jalan raya KK ke Sandakan mmg perlu dinaiktaraf, KK dan Sandakan adalah bandar utama di Sabah. seharusnya jalan menghubungkan kedua bandar tersebut adalah baik.

    ReplyDelete
  11. Terima kasih kepada kerajaan kerana Kerajaan memperuntukkan RM 423 juta bagi menaik taraf Jalan Pan Borneo sepanjang 2,230 kilometer yang melibatkan laluan utama di Sabah dan Sarawak.

    Kerja menaik taraf jalan utama di Borneo ini akan bermula pertengahan tahun ini dan dijangka siap sepenuhnya 2015. Kerja-kerja ini akan dilakukan berperingkat di mana tahun ini sebanyak RM100 juta diperuntukkan bagi menaik taraf jalan melibatkan RM50 juta di Sabah dan RM50 juta lagi di Sarawak.

    Dengan adanya usaha ini akan meningkatkan sokongan rakyat kepada kerajaan, Kerajaan negeri sememangnya begitu serius menangani isu yang berkaitan dengan penduduk Sabah.

    Semoga apa yang diberikan itu akan digunakan sebaiknya untuk menaik taraf jalan utama di Sabah.

    ReplyDelete