Sunday 18 March 2012

NAJIB MUSYKIL PERATURAN BARU PR


DATUK Seri Najib Tun Razak musykil dengan tindakan kerajaan Indonesia menetapkan peraturan baru penghantaran pembantu rumah (PR) yang antara lain memperuntukkan mereka hanya melakukan satu tugas khusus dengan gaji minimum RM700.

Perdana Menteri berkata peraturan baru yang diumumkan Ketua Pengarah Pembinaan dan Penempatan Tenaga Kerja, Kementerian Tenaga Kerja dan Transmigrasi Indonesia Dr Reyna Usman itu, "ia tidak munasabah langsung".

"Kita harap pihak Indonesia akan kembali kepada semangat persefahaman yang telah dimeterai antara saya dan Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono.

"Semua syarat telah dibincangkan dan kedua-dua menteri berpuas hati dengan persefahaman yang telah dicapai dan tidak ada apa pun dibangkitkan pada waktu itu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan bangunan baru empat tingkat Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina Wan Hwa2, yang bernilai RM9 juta di sini Sabtu.

Najib berkata beliau hairan kenapa pada saat ini setelah perjanjian berkenaan ditandatangani, pelbagai perkara mengenai isu pembantu rumah Indonesia dibangkitkan.

Ditanya sama ada kerajaan akan mencari jalan menyelesaikan isu itu, beliau berkata: "Kami akan mencari jalan penyelesaian. Saya terkejut bahawa selepas pemimpin utama kedua-dua negara (Najib dan Susilo) bersetuju, perkara seperti ini timbul.

"Saya difahamkan bahawa itulah persefahamannya (yang dipersetujui Malaysia dan Indonesia) dan ia akan dilaksanakan dengan lancar."

Pembekuan sementara pembantu rumah dari Indonesia itu ditarik balik berikutan kesepakatan yang dicapai Najib dan Susilo pada pertemuan di Lombok, Nusa Tenggara Barat pada Oktober dan di Bali pada November tahun lalu.

Indonesia melaksanakan pembekuan sementara itu pada 26 Jun 2009 berikutan beberapa kejadian penderaan terhadap pembantu rumah Indonesia oleh majikan Malaysia.

Pada 30 Mei tahun lalu, kedua-dua negara menandatangani protokol bagi meminda MoU Mengenai Pengambilan dan Penempatan Pembantu Rumah Indonesia 2006, dengan memperkemaskan peruntukan-peruntukan, terutamanya berkaitan perlindungan dan kesejahteraan untuk pekerja dan majikan.

Antara persetujuan yang dicapai, kos pengambilan pembantu rumah ditetapkan pada RM4,511 dan majikan hanya boleh mengambil balik RM1,800 yang dibayar terlebih dahulu bagi pihak pekerja mereka kepada agensi pekerjaan. Selain itu pembantu rumah akan diberi satu hari cuti setiap minggu dan mereka dibenarkan memegang pasport sendiri.

Namun Dr Reyna pada Khamis lepas mengumumkan peraturan baru yang berbeza daripada perjanjian dipersetujui. (BERNAMA)

21 comments:

  1. Its up to the employer whether they find this cost reasonable or not, if not, there are maid service from other countries or local who can also be hired. Not necessarily from Indonesia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. jika kos terlalu tinggi, lebih guna pembantu ruah rkyat tempatan.

      Delete
  2. A better agreement between our Prime Minister and Indonesia's government is needed so that this maid supply problem can be resolved in a win-win situation.

    ReplyDelete
  3. Lebih baik kasi gaji dengan penduduk tempatan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sokong dengan TuhauBam, daripada mengambil rakyat asing, lebih baik bagi orang sendiri, dulu ramai cakap bagus ambil om, sebab murah gaji, sekrang sama juga, mahal, macam gaji kerani daa..

      Delete
    2. betul, lebih jika kita mula beralih untuk menggaji rakyat tempatan.

      Delete
  4. Persefahaman antara dua negara amat penting supaya pembekalan pekerja asing mencukupi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya..persefahaman antara kedua negara sememangnya penting.

      Delete
  5. Semoga peraturan baru ini dapat menanggani masalah dengan berkesan.

    ReplyDelete
  6. Pembantu rumah harus dihantar kursus menguruskan kerja perumahan.

    ReplyDelete
  7. Pembantu juga harus dilayani dengan cara yang baik. Didapati ada juga keluarga yang menyeksa golongan ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin sebab gaji mereka semakin mahal di sebabkan permintaan yang tinggi.

      Delete
  8. Kos pengambilan pembantu rumah juga semakin bertambah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya..sekarang ini kos mengambil pembantu rumah asing semakin meningkat.

      Delete
  9. gaji Rm700 untuk satu bidang kerja sahaja tidak berbaloi, jika ia hna tukang masak, dalam sehari berapa kali saja dia memasak? paling byk pun 3-5 kali. daripada ambil mereka bekerja, lebih baik makan saja diluar atau masak sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memnag tidak logik, RM 700 gaji untuk satu bidang, terlalu mahal..tapi terpulangla kepada majikan, kalau mereka sanggup apa salahnya.

      Delete
    2. harap pekara ini akan dikaji semula dengan sebaiknya.

      Delete
  10. Mengenai peraturan baru PR itu perlulah dikaji semula. Sememangnya tidak patut dan logik langsung. RM700 untuk satu tugasan.

    ReplyDelete
  11. semoga penyelesaian terbaik akan dapat dicari.

    ReplyDelete
  12. kalau begitu baik jangan ambil pembantu rumah dari Indonesia..

    ReplyDelete
  13. jika kerajaan Malaysia terima tawaran itu, baik buka peluang ini kepada penduduk tempatan.. saya rasa pasti ramai penduduk tempatan yang sudi melakukan kerja2 pembantu rumah jika ditawarkan gaji yang lumayan..

    ReplyDelete