Wednesday 14 March 2012

PARLIMEN TOLAK USUL BINCANG NFC


Oleh : SHANNON TEOH (TMI)

SPEAKER Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Haji Mulia menolak usul membincangkan kontroversi RM250 juta Pusat Fidlot Nasional (NFC) kelmarin walaupun pada mulanya membenarkan perkara itu dibahaskan, kerana ia sudah menjadi kes mahkamah.

Pengerusi NFCorp Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail (gambar) telah didakwa di mahkamah semalam dengan dua jenayah pecah amanah dan dua kesalahan pelanggaran Akta Syarikat. Saintis makanan itu merupakan suami kepada Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

“Pada mulanya saya membenarkan perkara itu dibahaskan tapi sekarang sudah di bawa ke mahkamah. Jadi saya tidak membenarkan ia di bahaskan. Ia tidak boleh dibincangkan kerana ia telah pun dibawa kepada badan kehakiman,” kata Speaker Dewan Rakyat itu.

Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin telah membentangkan usul tersebut untuk perbahasan kerana ia melibatkan kepentingan umum kerana berlakunya penyalahgunaan wang RM250 juta dana kerajaan.

“Usul saya adalah berkenaan peranan Menteri Kewangan, dan juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani memberikan projek tersebut dan bukan hanya kepada pengerusi syarikat itu.

“Sekiranya ia dilaksanakan dengan betul, perkara sedemikian tidak akan berlaku,” kata Ahli Parlimen Ampang ini yang turut telah mendesak Shahrizat untuk meninggalkan politik berikutan skandal berkenaan.

8 comments:

  1. The case has been brought to court therefore this case should be left in the discretion of the judge.

    ReplyDelete
  2. More speculations on this case will not help resolve anything, better just wait for the decision from court.

    ReplyDelete
  3. Biarlah mahkamah yang tentukan kes tu.

    ReplyDelete
  4. kes NFC dah dibicarakan dalam mahkamah, jadi biarkan mahkamah selesaikannya.

    ReplyDelete
  5. Akur saja dengan keputusan speaker kerana beliau ada sebab untuk menolak usul tersebut.

    ReplyDelete
  6. Mengenai NFC semamgnya tidak perlu dibangkitkan lagi kerana telah pun dibawa kepada mahkamah. Maka biarkan saja mahkamah menentukan keputusan mengenai perkara ini.

    ReplyDelete
  7. jika isu NFC dibincangkan di dewan rakyat, tidak mustahil suasana dewan rakyat akan dimeriahkan dengan aktiviti membaling kerusi..

    ReplyDelete
  8. cukup la isu ini hanya dibincangkan di mahkamah.. tidak perlulah ada ahli2 politik cuba bertindak sebagai peguam dalam dewan..

    ReplyDelete