Friday 23 March 2012

KASTAM RAMPAS ROKOK RM500,000



KASTAM Diraja Malaysia Sabah menumpaskan cubaan menyeludup 43,200 bungkus rokok pelbagai jenama yang dianggar bernilai hampir RM500,000 dalam operasi di kawasan perairan Semporna, semalam.

Pengarah Kastam Sabah, Dr Janathan Kandok berkata operasi yang dijalankan oleh Penguatkuasaan Cawangan Marin Kastam Lahad Datu pada pukul 7.45 malam itu turut menahan seorang lelaki rakyat asing berusia 47 tahun untuk siasatan lanjut.

"Turut dirampas sebuah bot kayu jongkong dipercayai digunakan dalam penyeludupan itu," katanya dalam kenyataan di sini, Khamis.

Beliau berkata rokok yang disyaki belum lulus Kastam itu bernilai RM95,040 manakala jumlah cukai ialah RM369,822 manakala nilai bot termasuk Enjin 1 Unit Yamaha 115HP dianggar bernilai RM30,000.

"Kesemua rokok itu dipercayai diseludup masuk dari negara jiran untuk dipasarkan kepada penjaja haram di kawasan kedai dan pasar am di sekitar daerah ini," katanya. (BERNAMA)

No comments:

Post a Comment