Wednesday 7 March 2012

PAS SABAH SOKONG HIMPUNAN 123 BANGKIT

Oleh : HJ. HAMZAH ABDULLAH

BADAN Perhubungan PAS Negeri Sabah (BPPNS) menyokong usaha Bela Tanah Rakyat Sabah (TABAH) dan NGO-NGO lain untuk mengadakan Himpunan Rakyat Sabah Mempertahankan Tanah Adat atau singkatannya '123 Bangkit' dalam usaha membebaskan rakyat daripada terus dibelenggu penindasan dan penyelewengan hak terhadap pemilikan tanah.

Justeru, PAS Sabah berani untuk menyahut kebangkitan ini dengan mengerakkan hampir 1,000 ahli di pelbagai peringkat, negeri, kawasan dan cawangan seluruh Sabah untuk bersama-sama dalam himpunan '123 Bangkit' bagi menyatakan sokongan demi menuntut keadilan dan kesaksamaan; sekaligus memberi sokongan bagi menjamin keyakinan terhadap sistem demokrasi Malaysia berparlimen.

PAS Sabah sudah merasakan keperluan mendesak yang agak konkrit bagi membina sebuah ketamadunan kerajaan dalam mengembleng tenaga mencapai kata sepakat untuk mengatakan ‘tidak’ kepada kezaliman. Kita mesti berusaha membela tanah yang telah kita usahakan sejak sekian lama ini. Tanah NCR/ Tanah Adat mesti dikembalikan kepada rakyat sepenuhnya.

Oleh yang demikian, hak rakyat mesti dikembalikan sepenuhnya kepada rakyat. Amanah rakyat mestilah dikendalikan secara baik dan berhemah. Adalah malang bagi sesebuah negeri yang kaya ini langsung mempunyai barisan kepimpinan yang rosak akhlanya, lemah daya pengurusan dan lompang sana-sini dari aspek penstruktural kuasa dan bidang.

Apakah tidak ada inisiatif kerajaan dalam menyelesaikan masalah tanah ini. Laporan SUHAKAM tentu tidak mengejutkan kebanyakan wakil pemimpin politik. Tapi, apakah dengan angka 977 yang juga angka tertinggi di Malaysia mengenai kes tanah tidak mendapat perhatian serius. Apakah ini satu kebanggaan atau satu permasalahan?

Perhimpunan ini mempunyai tujuan yang amat murni dan perlu disokong oleh semua pihak serta dijamin aman sesuai dengan matlamatnya yang murni. Ahli-ahli dan penyokong-penyokong PAS serta setiap pihak yang menyertainya dilarang melakukan sebarang kekacauan, mengganggu ketenteraman awam dan kerosakan harta benda awam.

18 comments:

  1. Why does the West Malaysians like to hold demonstrations like this? Can't we use a more suitable channel to voice out our needs.

    ReplyDelete
    Replies
    1. it is party like PAS that will cause chaos in sabah.

      Delete
    2. perhimpunan seperti ini tidak akan membawa sebarang penyelesaian. bahagian mana Pas x faham ini.

      Delete
  2. Sabahans are not into these sort of method, if PAS wanted to win over the Sabahans, they should use some ways that are suitable for the locals. Not imposing their methods and ideology on us.

    ReplyDelete
    Replies
    1. this demo is just another way of PAS to get the people trust and support.

      Delete
  3. Tidak perlulah sampai buat demo, fikirkan cara yang lebih berkesan dan bijak. ada beberapa contoh perhimpunan yang ada kes gaduh. misalnya himpunan Lynas (himpunan hijau).

    ReplyDelete
  4. Budaya buat demo tidak sepatutnya dipupuk dan diamalkan.

    ReplyDelete
  5. apa hasil dari demo tersebut? baik tak perlu buat demo jika tiada hasil.

    ReplyDelete
  6. Memang PAS akan sokong perkara sebegini. Kerana inilah cara PAS sekarang budaya mereka.

    ReplyDelete
  7. Kita tunggu saja adakah perhimpunan ini mendapat sambutan atau tidak nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rakyat sekarang sudah tahu berfikir baik dan buruk. perhimpunan ini bukan jalan penyelesaian.Apa2pun kita tunggu dan lihat sahajalah.

      Delete
  8. PAS bagus lagi selesaikan kes di KEdah itu. Bagus PAS hantar orang buat perhimpunan di sana.

    ReplyDelete
  9. Semoga kes sebegini tidak akan menimbulkan pelbagai masalah nanti. Kita tidak mahu keamanan negera tergugat kerana mereka yang tidak bertanggungjawab ini.

    ReplyDelete
  10. banyak lagi jalan penyelesaian yang boleh di lakukan, cara ini hanya membawa banyak kesan buruk.

    ReplyDelete
  11. sudah tentulah dia sokong.. siapa lagi peneraju demonstrasi jalanan di negara ini kalau bukan PAS..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sokongan ini bermotifkan untuk meraih undi rakyat saja. Belum tentu ikhlas perjuangkan isu tanah.

      Delete
  12. bukankah lebih baik jika PAS menggerakkan seorang dua peguam dari Pakatan untuk tampil membantu penduduk yang menjadi mangsa rampasan tanah di negeri ini?? kenapa perlu menghimpunkan 1000 orang jika PAS mampu menggunakan saluran mahkamah sebagaimana yang dilakukan oleh rakan parti mereka sendiri??

    ReplyDelete
  13. Jangan bawa budaya melampau ke Sabah.

    ReplyDelete