Saturday 10 March 2012

PATI HUTANG HOSPITAL SABAH RM21.54 JUTA

HAMPIR 90 peratus daripada jumlah tunggakan bil hospital di Sabah membabitkan pesakit warga asing, kata Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin.

Katanya, daripada kira-kira RM25 juta bil yang tertunggak setakat ini, RM21.54 juta adalah hutang pesakit warga asing.

Hospital Likas mencatatkan jumlah tungakan tertinggi dengan RM8.171 juta, diikuti Hospital Tawau RM6.10 juta, Lahad Datu (RM3.307 juta), Hospital Dutchess of Kent Sandakan (RM2.4 juta) dan Hospital Queen Elizebeth Kota Kinabalu sebanyak RM2.162 juta, katanya, di Kota Kinabalu, Jumaat.

"Ini menunjukkan dakwaaan pembangkang sebelum ini tidak benar," katanya yang ditemui pemberita selepas program Khidmat Awam, PIKA bersama Sabah.FM di RTM Kota Kinabalu.

Beliau sebelum itu diminta mengulas dakwaan pembangkang baru-baru bahawa kerajaan menanggung kerugian RM100 juta akibat bil hospital yang tertunggak. (BERNAMA)

27 comments:

  1. The opposition not only pointing out the any issues against the government, but also have a tendency to exaggerate the matter.

    ReplyDelete
    Replies
    1. If they have the capacity to do this matter, who knows what other issues they can resort to the same tactic.

      Delete
    2. This has gone too far, they should not get what Sabahans have the actual right to get.

      Delete
    3. Harus bersikap positif terhadap parti pembangkang juga. banyak isu yang dipertikaikan adalah benar.

      Delete
    4. kadang-kadang pembangkang sengaja mensensasikan isu yang berlaku.

      Delete
  2. Clearly in this article the government has pointed that is is the 'foreign workers' that contribute the highest percentage when it comes to the unresolved bills by the health institute mentioned.

    ReplyDelete
    Replies
    1. However, the status of these group of people are yet to be determine if they are PATI or foreigners with proper working visas. There are none being mentioned within this article.

      Delete
    2. This matter deeds to be address not only by the MOH at earnest to resolve this debt problem.

      Delete
    3. With that amount of debt that has yet to be collected, it can definitely be used to make purchase all the machinery that are critically being needed in the hospitals in Sabah.

      Delete
    4. Apakah cadangan untuk melangsaikan hutang yang begitu banyak?>

      Delete
    5. Jika ini disebabkan oleh pekerja warga asing yang diambil bekerja di negeri ini, majikan juga turut bertanggungjawab jika mereka ni tidak dapat membayar bil perubatan.

      Delete
  3. Memang kurang ajar mereka, mereka tidak berhak!

    ReplyDelete
  4. Bukan kecil nilai yang dihutangkan oleh PATI di Sabah, bukan sahaja begitu, kehadiran PATI dalam hospital Sabah menyebabkan rakyat Sabah pun terpaksa tunggu lama untuk mendapatkan rawatan disebabkan terlalu ramai orang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. jumlah warga asing yang ramai menyebabkan jumlah pesakit menjadi ramai..

      Delete
  5. Harap penyelesaian mengenai bil hospital disebabkan oleh PATI ini boleh mendapat penyelesaian yang baik.

    ReplyDelete
  6. Tindakan wajar harus diambil agar masalah PATI tidak berlanjutan.

    ReplyDelete
  7. Memberi penjelasan dengan bukti agar rakyat tidak bertanggapan negatif terhadap kerajaan.

    ReplyDelete
  8. Adakah pesakit PATI diberi perkhidmatan yang percuma?

    ReplyDelete
  9. setiap pesakit tak kira warga asing atau tempatan perlu dirawat, namun bil perubatan kena juga dilangsaikan. jgnlah lari dari hutang.

    ReplyDelete
  10. Masalah ini sememangnya akan merugikan pihak hospital.

    ReplyDelete
  11. Pihak hospital perlu mencari jalan bagi menyelesaikan masalah sebegini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya..jalan penyelesaian harus dicari agar keadaan ini tidak berterusan.

      Delete
  12. Harus ada pendekatan yang sesuai dan berkesan dalam menyelesaikan masalah seperti ini.

    ReplyDelete
  13. harap masalah pati akan berjaya diselesaikan dengan segera..

    ReplyDelete
  14. namun nilai rm21 juta itu tetap banyak.. fikirkanlah cara terbaik untuk mendapatkan semula bayaran itu dari warga asing..

    ReplyDelete
  15. memandangkan pembangkang membangkitkan isu ini, adakah dipihak mereka telah mempunyai idea atau kaedah paling berkesan untuk mendapatkan semula rm21 juta itu?? atau mereka mempunyai cadangan lain yang membolehkan pihak hospital menolak pesakit warga asing??

    ReplyDelete