Tuesday 20 March 2012

PDRM SANDAKAN PASANG 20 CCTV



Oleh : SHAIMON S JUMADI

POLIS Di-raja Malaysia (PDRM) Sandakan akan memasang 20 CCTV di tempat yang dikenali pasti kawasan berlakunya jenayah bagi memantau pelbagai kegiatan negatif di Bandar Sandakan.

Dalam taklimat yang disampaikan oleh Ketua Polis Daerah Sandakan, ACP Rowell Marong kepada Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong semasa lawatan rutinnya ke Balai Polis Sandakan baru-baru ini.

Kata V.K Liew, pihak polis sedang beruasaha bersungguh-sungguh dengan kerjasama Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) untuk melaksanakan kerja-kerja pemasangan CCTV tersebut yang dianggar menelan belanja RM 1 juta.

Tambah V.K Liew lagi, dengan pemasangan CCTV di beberapa tempat strategik, pihak polis akan dapat melihat sendiri apa yang telah berlaku di litar CCTV melalui monitor yang diletakkan di Balai Polis dan pada yang sama segala kegiatan jenayah yang dilakukan dapat direkodkan, seperti diamalkan di negara maju.

“Saya percaya dengan pemasangan CCTV, sedikit sebanyak dapat membantu mengurangkan indeks jenayah yang berlaku di bandar ini,”ujarnya.

Tegas V.K.Liew, beliau telah berbincang dengan beberapa NGO termasuk Dewan Perniagaan Tiong Hua Sandakan berhubung kegiatan jenayah yang semakin meningkat dan hal ini telah membimbangkan mereka, termasuk jenayah penipuan yang memangsakan warga tua.

No comments:

Post a Comment