Saturday 17 March 2012

PELUANG TUMBANGKAN BN PADA PRU-13


SERAH ..... Roger kelihatan menyerahkan peralatan sukan kepada belia di Kg Batu 90 Simpangan.

Oleh: THAMPAREQ KITOES

NAIB Ketua Pergerakan Pemuda Parti Maju Sabah (SAPP) CLC Melalap, Roger Stimin menegaskan bahawa segala kepincangan yang berlaku semasa pentadbiran kerajaan Barisan Nasional (BN) yang diterajuinya sekarang hanya akan dapat diperbetulkan setelah kerajaan itu dapat ditumbangkan oleh rakyat secara demokrasi menerusi pilihanraya umum kali ke-13 (PRU13) dalam masa terdekat ini.

Beliau berkata, mandat kerajaan itu terbina setelah rakyat mengangkatnya pada pilihanraya umum lalu dan begitu juga pada sebaliknya jika prestasinya merosot rakyat mempunyai kuasa untuk menurunkannya dari takhta itu menerusi sesuatu pilihanraya umum.

“Dalam politik tiada yang kekal (kerana) jika prestasinya merosot rakyat tetap menolaknya. Ini adalah amalan demokrasi yang dibenarkan undang undang serta Perlembagaan Negara,” kata beliau ketika bertemu penduduk di sekitar Kg Batu 90 Simpangan yang dianggarkan kira-kira 100 orang pada Jumaat.

Roger berkata, beliau mengulangi kenyataannya sebelum ini bahawa jika BN mengabaikan tanggung jawabnya kepada rakyat terutamanya berkaitan dengan hal ehwal ekonomi termasuk gagal mengurus tadbir tanah tanah adat (NCR) hak anak negeri ini, rakyat tiada pilihan selain beriltizam untuk menukar kerajaan pada PRU13.

Beliau berkata, terdapat banyak perkara yang menjadi isu penting semakin berlarutan dinegeri ini terutamanya isu pemilikan MyKad dan kerakyatan songsang kepada rakyat asing menerusi pintu belakang masih belum diuruskan secara serius oleh kerajaan pusat.

“Kebimbangan kita dari aspek keselamatan semakin serius kerana selagi isu PTI yang selama ini menjadi ibu kepada segala permasalahan diSabah tidak ditangani dengan serius kita akan berhadapan dengan ancaman keselamatan yang besar,” tegasnya.

“Itu sebabnya kita minta pihak kerajaan pusat supaya penubuhan RCI disegerakan dan sebaik baiknya sebelum PRU13, tetapi kita juga tidak faham kenapa ia dilambat- lambatkan lagi,” tambah beliau.

Dalam pada itu, Roger menyarankan penduduk di situ agar tidak merasa segan atau takut untuk mendaftar sebagai penerima Bantaun Rakyat 1Malaysia (BR1M) kerana bantuan itu adalah menjadi hak rakyat menerimanya.

Tegasnya, semua rakyat negara ini tanpa mengira kaum dan keturunan berhak mendapat habuan itu kerana sebahagian daripada keuntungan kerajaan daripada pungutan cukai dan hasil kekayaan di negara ini untuk diageh-agehkan kepada rakyat.

“Rakyat merupakan 'Tuan' kepada negara ini. Mereka berhak dan layak menerima hasil mahsyul negara, maka tiada sesiapa boleh menidakkan seseorang rakyat negara ini dari mendapat agehan habuan itu,” kata Roger.

ALAT SUKAN ......Rudy S Mairi turut menyampaikan alat sukan kepada beliawanis.

Manakala Naib Ketua Pemuda SAPP Pusat, Rudy Sulaiman Mairi menegaskan bahawa Pergerakan itu di kawasan Zon Pedalaman telah berjaya mengumpul tanda tangan rakyat sejumlah kira-kira lebih 5 ribu tahun lepas (2011) menggesa kerajaan Pusat supaya RCI ditubuhkan segera untuk menyiasat kesahihan dokumen yang dimiliki PTI seperti MyKad dan juga kerakyat songsang.

"Kita merasa amat kecewa apabila RCI tidak kelihatan pun dilaksanakan sehingga hari ini...bererti kerajaan BN yang ditunjangi UMNO telah berbohong atau bersandiwara kepada rakyat Sabah. Jadi, apakah layak kita memberi sokongan kepada kerajaan UMNO-BN yang membelakangi demokrasi serta hak asasi kita? Tentu rakyat sudah tahu jawapannya," tegas Rudy.

Rudy berkata, rakyat sendiri tahu dan melihat sendiri prestasi kerajaan BN untuk membangunkan kawasan pekan kecil Melalap yang pernah dijanjikan pembinaannya sejak PRU12 iaitu tahun 2008 lagi, tetapi sehingga kini semua orang tahu keadaan pekan Melalap. Apakah janji pemimpin BN benar dan ditunaikan?

Terdahulu, Pengerusi Penganjur majlis perjumpaan itu Gembala Railit menyifatkan ketokohan Roger selaku pemimpin muda sangat bertepatan sekali kehadiran beliau diarena politik dialab baru ini.

Malahan Railit menganggap perjuangan Roger sebagai kesinambungan kepada perjuangan yang belum selesai dalam memertabatkan masyarakat KDM di takhta yang tertinggi di persada nasional setaraf dengan masyarakat lain di negara ini.

35 comments:

  1. The people must not forget that SAPP has once belong to BN and has become the government before. Please vote with deep consideration.

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju dengan Green Sabah..undilah dengan bijak..

      Delete
  2. Only the people can decide whether SAPP is the right party to rule the state, only they can decide if SAPP can still be trusted?

    ReplyDelete
    Replies
    1. The people must evaluate each party wisely in order to decide which to vote when election comes.

      Delete
  3. After taking into account all the news flow related to the opposition front, regardless if they are from the state or the peninsular, clearly one can deduce that the the call for a 'united opposition' front clearly a myth and will not be a reality.Each strive to fight for their own ideology.

    ReplyDelete
  4. To makes matters worse for the oppositions, there are some parties have internal conflicts if not internal communication errors.To some extent, some opposition parties even put up a public display of their difference of opinion on certain matter.

    ReplyDelete
  5. But what is most damning is that these peninsular base opposition parties will not put the interest of Sabahan as their primary agenda.Assuming one goes to the argument that the current status quo is evil, on grounds that they are from the 'other side' so to speak, isn't it too a form of betrayal to the people of Sabah by trading for another peninsular base party? trading the present evil for another lesser evil?Lesser or not evil is still evil.Therefore, one can conclude that the opposition is not the best choice.

    ReplyDelete
  6. The Barisan Nasional (BN) will ensure that the people’s welfare and needs will be fulfilled if it is returned to power in the next general election.

    ReplyDelete
  7. Various aid extended to the people, including the 1Malaysia People’s Assistance (BR1M), were part of the BN continuous efforts to ease the burden of the people and help them improve their family economy.

    ReplyDelete
  8. History has shown that the BN had always been working in the best interest of the people in looking after their welfare. However, the BN needs the mandate of the people to ensure continuous efforts could be implemented.

    ReplyDelete
  9. Rapid development under the BN administration would enable the people to unleash their potentials in the march towards a high-income nation.

    ReplyDelete
  10. belum ada sebarang pengumuman sama ada RCI akan ditubuhkan atau tidak namun SAPP sudah pun meracuni fikiran rakyat..tindakan tidak beretika SAPP ini hanya mengelirukan rakyat demi kepentingan politik mereka saja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin sapp sengaja memainkan isu tersebut untuk dapatkan sokongan..

      Delete
  11. SAPP tidak seharusnya cuba menjuarai isu RCI untuk kepentingan politik mereka..adalah lebih baik kita tunggu pengumuman rasmi dari kerajaan sama ada ditubuhkan atau tidak sebelum membuat sebarang kenyataan yang dikhuatiri akan mengelirukan rakyat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. SAPP paling juara kalau dalam mengkritik, pandai cakap sahaja.

      Delete
    2. biasalah, semua pekara pun mahu dipolitikkan.

      Delete
  12. the chances for any opposition to beat BN is low due to the many parties that are contesting.

    ReplyDelete
    Replies
    1. split votes will be the main reason BN winning this coming election .

      Delete
  13. Rakyat harus pandai menilai dan mempertimbangkan siapakah yang betul-betul sesuai unutk membawa Sabah ke tahap yg lebih meningkat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. rakyat harus bijak memilih pemimpin yang tahu bekerja dan bukannya mereka yang hnya tahu mengkritik saja.

      Delete
  14. RCI pending for too long. Its time to setup to address the PATI issues.

    ReplyDelete
  15. BN masih parti yang lebih berpengalaman jika dibandingkan. Peluang telah diberi oelh SAPP, tetapi membuktikan masa itu SAPP kurang berkeupayaan membawa kestabilan ekonomi untuk Sabah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takut nanti jika SAPP yang menjadi pemimpin, ekonomi di sabah bukannya bertambah baik, lain jadinya nanti.

      Delete
  16. Parti pembangkang teramat pecah belah, masing-masing mempunyai agenda untuk dicapai.

    ReplyDelete
  17. I think the moment still BN can ensure stability for Sabah.

    ReplyDelete
  18. tak perlulah nak percaya pada SAPP, SAPP pun bukan boleh diharap juga.

    ReplyDelete
  19. BN masih lagi kukuh di Sabah, bukan mudah bagi pembangkang untuk tewaskan BN. pilihanraya kecil Batu Sapi dah menunjukkannya.

    ReplyDelete
  20. BN masih kukuh di sabah, rakyat akan sentiasa menyokong BN.

    ReplyDelete
  21. Peluang itu sentiasa ada sebenarnya. Namun tidak bermakna peluang ada, maka senang-senang tumbangkan orang lain. Tidak sebegitu mudah.

    ReplyDelete
  22. Mimpi SAPP semata-mata, sedangkan masih banyak parti lain yang lebih baik dan relevan daripada SAPP. Maka sedar diri itu dan tidak perlulah memberikan kenyataan jika tidak pasti lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terlebih konfiden ba SAPP ni.. sebab itu parti pembangkang lain tidak mahu bekerjasama dengan SAPP..

      Delete
  23. biar rakyat buat pilihan mereka sendiri. rakyat pasti pilih yang terbaik.

    ReplyDelete
  24. dimana letaknya peluang SAPP untuk merampas kerajaan negeri ini jika sehingga hari ini parti2 pembangkang Sabah masih gagal mengadakan kesepakatan yang membolehkan mereka bertanding satu lawan satu dengan BN??

    ReplyDelete
  25. jangan lupa, SAPP juga pernah menjadi sebahagian daripada kerajaan, malah ketua mereka pernah menjawat jawatan Ketua Menteri Sabah.. adakah ketika SAPP berkuasa, tidak wujud sebarang kepincangan?? setahu saya kepincangan lebih banyak berlaku ketika YTL menjadi ketua menteri..

    ReplyDelete
  26. macam mana sekalipun aktifnya pemimpin2 SAPP memburuk2kan kerajaan, belum tentu usaha itu mampu membantu mereka membentuk kerajaan untuk kali kedua.. pilihanraya Batu Sapi adalah bukti kukuh bahawa SAPP sebenarnya masih jauh untuk menewaskan BN, malah masih jauh untuk menewaskan populariti Pakatan..

    ReplyDelete