Wednesday 7 March 2012

PEMBALAKAN AGROPOLITAN SAH BERLESEN



Saudara Pengarang,

PADA 4 Mac 2012, James Ait telah mengeluarkan kenyataan berkaitan Isu pembalakan yang sedang rancak dilaksanakan dalam kawasan Agropolitan Lalampas, Tongod melalui artikel bertajuk 'Who Is Behind Agropolitan Logging?'

Beliau telah menyatakan bahawa perkara ini (pembalakan) tidak dibincangkan kepada peserta Agropolitan adalah tidak benar sama sekali dan tidak diketahui apakah motif sebenar beliau membuat kenyataan tersebut.

Sebagai makluman, semasa permulaan Tuntutan Tanah Warisan Lalampas, di mana ketika itu Lembaga Getah dan Industri Sabah telah memohon kawasan ini; satu jawatankuasa bertindak yang dikenali sebagai Jawatankuasa Tuntutan Tanah Warisan Lalampas telah ditubuhkan yang pada awalnya diketuai oleh Dairis Lakang, dan kemudiannya digantikan oleh Samun Unau bagi berjuang menuntut hak penduduk asal di kawasan tersebut.

Jawatankuasa ini jugalah yang memantau segala aktiviti yang berlaku di dalam kawasan Agropolitan Lalampas dan kini dikenali sebagai Jawatankuasa Tanah Warisan Lalampas yang kini diketuai oleh Samun Unau berserta dengan 16 Ketua Pemohon yang mewakili kampung yang terdapat di Agropolitan Lalampas.

Mesyuarat perbincangan berkaitan dengan Hasil Kayu Kayan yang terdapat dalam kawasan Agropolitan Lalampas telah dilaksanakan pada 19 September 2011 di Pejabat Daerah Tongod dan sekali lagi pada 29 November 2011 juga di Pejabat Daerah Tongod.

Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Pegawai Daerah Tongod, Thomas Logijin dan dihadiri oleh YB Masiung Banah (ADUN Kuamut); Yapp Su Hen (Syarikat Teraju Hijau); Sunsing Pitalai (Pemimpin Kemajuan Rakyat N 47 Kuamut); Bastian Ibau (PPHT Tongod); Ronley Siringan (AADO Tongod); Samun Unau (Pengerusi Induk Jawatankuasa Tanah Warisan Lalampas); Samin Binting (Ketua Kampung Simpang Entilibon).

Di samping itu, mesyuarat tersebut juga dihadiri oleh 16 Orang Ketua Pemohon iaitu Jaini Sayang (Kg. Dangison); Jikal Naidun (Kg. Kulat); Tinus Lambiau (Kg. Babakat); Jaim Linsang (Kg. Tansiring); Jaafar Dorong (Kg. Nadau); Dairis Lakang (Kg. Dianggau); Asir Kulam (Kg. Ansung); Elisa Reyz Samun (Kg. Lilinsah); Jaimon Darinsuk (Kg. Lalampas); Marius Majani (Kg. Makataun); Belljess Julius (Kg. Kukulou); Vester Ronnie Sidom (Kg. Totomolon); Kapin Saati (Kg. Talamud); Justin Yongki (Kg. Titimbang); Samin Bantial (Kg. Watos) dan Siwis Gunsi (Kg. Langga-Langga).

Hasil perbincangan, pihak Jawatankuasa Tanah Warisan Lalampas bersetuju dan tiada halangan jika Syarikat Teraju Hijau mengambil kayu balak di kawasan tersebut dengan syarat pihak syarikat hendaklah bersetuju dengan syarat berikut;

01. Pembinaan Rumah Warisan Minokok 120 kaki x 40 kaki, 2 Tingkat (RM 500,000)

02. Membina 5 Buah Gereja (RM 500,000.00) iaitu Gereja Anglikan Namukon (40' x 90' RM 160,000); Gereja Anglikan Maliau (40' x 90' RM 160,000); Gereja Anglikan Linayukan (30' x 40' RM 57,500); Gereja S.I.B Maliau (30' x 40' RM 65,000) dan Gereja S.I.B Batu 2 Kotodon (30' x 40' RM 57,500).

Kesemua kos untuk membina bangunan tersebut adalah dibiayai sepenuhnya oleh Syarikat Teraju Hijau melalui hasil kayu balak dalam kawasan Agropolitan Lalampas. Manakala pembaikan beberapa gereja yang lain adalah bergantung kepada budi bicara dan pertimbangan pemaju dari masa ke semasa. Kayu yang digunakan untuk Pembinaan Jambatan Kg. Mananam juga adalah dari kawasan Agropolitan Lalampas.

Persoalannya, apakah perbincangan seperti ini tidak membuktikan bahawa telah ada perbincangan dijalankan dengan pemaju? Kepada siapakah RM 1 Juta ini? Faedahnya siapa yang perolehi? Siapa pengguna Jambatan Kg. Mananam? Fikirkan sendiri mengikut akal fikiran yang waras, logik dan rasional tanpa ada unsur atau niat lain yang memesongkan pertumbuhan minda.

Ini membuktikan bahawa kenyataan yang dibuat oleh James Ait adalah sama sekali tidak benar dan tidak mewakili suara peserta agropolitan. Sekiranya benar beliau ingin membantu dan ingin penjelasan berkaitan dengan isu Agropolitan Lalampas, beliau tahu bagaimana menghubungi saya untuk bertanya perkara tersebut.

Beliau juga turut mengenali Pengerusi Tanah Warisan Lalampas atau beberapa ketua-ketua pemohon untuk bertanya terus berkaitan dengan isu tersebut tetapi ternyata beliau lebih suka bertanya melalui media masa sama ada cetak atau elektronik walaupun kebenaran mengenai isu tersebut belum jelas terbukti.

Benarlah seperti andaian Pengerusi Tanah Warisan Lalampas bahawa akan timbul pelbagai spekulasi; akan timbul pejuang hak @ hero yang akan mengambil kesempatan membantu untuk berjuang bersama-sama menuntut hak; TETAPI setelah kawasan ini sah sebagai Geran Komunal Agropolitan Lalampas.

Amat menghairankan ke manakah mereka ini bersembunyi sebelum Agropolitan Lalampas wujud? Ataupun adakah mereka juga mempunyai kepentingan terhadap kawasan Agropolitan Lalampas tetapi hasrat tidak kesampaian?

Sedangkan pada hakikatnya, ketika itulah peserta Tuntutan Tanah Warisan Lalampas amat memerlukan bantuan dan khidmat nasihat. Perjuangan selama lebih 16 tahun bukan satu jangka masa yang sekejap, malah sekiranya lahir pada ketika itu, tentunya sudah menjadi remaja ketika ini.

Sepi dari spekulasi, jarang terpampang dalam media cetak atau elektronik, kawasan kurang dikenali kerana kurang ilham untuk mengekspoitasinya menjadi isu panas, hangat dan terlaris. Matlamat utama tuntutan tanah warisan ini adalah untuk mendapatkan Hak terhadap tanah tersebut dan Kayu Balak adalah sebagai bonus.

Saya juga tertarik terhadap isu Pencemaran yang juga turut diwar-warkan dan ingin saya bertanya kepada semua bahawa apakah tujuan sebenar tuntutan tanah dilakukan oleh penduduk asal?

Tentunya untuk mendapatkan hak terhadap tanah tersebut sebagai penduduk asal dan juga sebagai aset untuk dimajukan demi untuk meningkatkan taraf kehidupan. Begitu jugalah dengan kes Agropolitan Lalampas, apa yang diimpikan oleh peserta adalah menuai hasil dari tanah warisan yang dibangunkan melalui projek Agropolitan.

Pencemaran tetap akan berlaku tetapi ianya boleh dikawal melalui pemantauan yang kerap oleh pihak berwajib dan desakan permohonan kepada pihak berwajib untuk mendapatkan bekalan air paip sama ada dari jabatan air atau bekalan air paip graviti dapat dipercepatkan demi menjamin kebaikan bersama.

Hanya satu cara untuk mengelakkan berlakunya pencemaran ini dari berlaku iaitu dengan tidak melakukan apa-apa aktiviti pembangunan di kawasan tersebut, tetapi timbul persoalan bagaimana pula dengan hak penduduk asal yang ingin membangunkan kawasan tersebut?

Menyalahkan pembangunan yang dilaksanakan di kawasan Agropolitan juga bererti mempersalahkan peserta Agropolitan yang ingin memajukan kawasan tersebut. Sepatutnya salurkan cadangan yang diperlukan bagi membantu kampung-kampung yang terlibat kepada pihak berwajib bukan menyalahkan projek Agropolitan Lalampas. Tolong berikan kepada saya, cadangan yang boleh digunapakai dalam membangunkan kawasan tersebut tanpa melibatkan pencemaran.

Harapan saya agar penjelasan ini dapat menjawap segala persoalan yang timbul, sekiranya masih terdapat keraguan sila berhubung terus kepada Pengerusi Tanah Warisan Lalampas, Samun Unau di Talian 019 5314417 atau datang terus ke rumah kediaman di Kg. Simpang Entilibon.

Salam Hormat,

Pogiroto Piuludan Tokou!

ELISA REYZ SAMUN

Suara Belia Minokok,

Ketua Pemohon Kg. Lilinsah, Lalampas.

23 comments:

  1. Ba, baca dan fikirlah apa yang patut dilakukan:P

    ReplyDelete
  2. Selebihnya terpulanglah pada penilaian setiap individu terhadap perkara ni.

    ReplyDelete
  3. I hope this explanation from Elisa Reyz Samun can explain all the question raised due to this issue.

    ReplyDelete
  4. Any suggestion for developments which does not cause any pollution can be considered.

    ReplyDelete
  5. apapun, kegiatan pembalakan samada berlesen atau tidak kena dikawal bagi kurangkan kesan terhadap alam sekitar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Perlu dikawal dan dipantau dengan ketat supaya alam sekitar tidak terjejas.

      Delete
    2. Is menjejas ketidakseimbangan ekosistem.

      Delete
    3. Setuju dengan Anonymous, keseimbangan alam sekitar dan ekosistem harus dijaga.

      Delete
  6. Sebarang aktiviti pembangunan tu biarlah terancang dan terkawal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pihak berkuasa harus memantau aktiviti pembalakan.

      Delete
  7. Aktiviti pembalakan yang tidak terkawal harus diselesaikan.

    ReplyDelete
  8. At least the explanation been given.

    ReplyDelete
  9. Saya juga tertarik terhadap isu Pencemaran yang juga turut diwar-warkan dan ingin saya bertanya kepada semua bahawa apakah tujuan sebenar tuntutan tanah dilakukan oleh penduduk asal?

    Pihak berkuasa harus mengawal aktiviti sebegini yang akan menyebabkan pencemaran.

    ReplyDelete
  10. Pihak berkuasa harus memantau aktiviti pembalakan di dalam kawasan Agropolitan Lalampas yang mendadak ini.

    ReplyDelete
  11. Pembalakan yang tidak terkawal cuma mengakibatkan kepupusan.

    ReplyDelete
  12. Aktiviti ini harus dipantau dan dikawal.

    ReplyDelete
  13. Pembangunan harus diadakan untuk membawa perkembangan ekonomi. Kestabilan pembangunan dan mengekalkan keseimbangan eko amat penting juga.

    ReplyDelete
  14. Pembalakan yang tidak terkawal cuma menyebabkan industri ini semakin mengecut. Penanaman dan pembalakan harus seimbang.

    ReplyDelete
  15. Kalau ada bukti mengatakan ada lesen maka itu adalah yang terbaik untuk menutup mereka yang mereka cerita sesuka hati.

    ReplyDelete
  16. Walaupun sah berlesen, kena pastikan syarikat yang terlibat mematuhi undang2 yang telah sedia ada. Jangan hanya tyahu kaut keuntungan.

    ReplyDelete
  17. Pencemaran memang tidak dapat dielakkan namun pastikan ia berada di tahap yang minimum.

    ReplyDelete
  18. keuntungan daripada balak tersebut bukanlah untuk dinikmati oleh syarikat berkenaan semata2, penduduk kampung juga akan menikmati hasil balak itu seperti yang telah dijelaskan..

    ReplyDelete
  19. mungkin ada pihak yang terdesak mengkontroversikan isu ini untuk manfaat pihak tertentu tanpa mengkaji terlebih dahulu kenapa perkara itu berlaku..

    ReplyDelete