Saturday 17 March 2012

PEMBANGKANG KOMITED LAKUKAN AMAL JARIAH


Oleh : SHAIMON S JUMADI

KERJA amal kepada rakyat tidak semestinya dikendalikan oleh parti pemerintah khususnya Barisan Nasional (BN) atau UMNO; malah parti pembangkang juga turut memainkan peranan penting dan tanggungjawab melakukan amal jariah kerana merupakan satu ibadah kepada masyarakat.

Ketua Cabang Parti KaAdilan Rakyat (PKR) Beaufort, Taufick Hj Ruschi berkata demikian semasa memberikan taklimat di Majlis Kempen Menderma Darah anjuran bersama Persatuan Penderma Darah Negeri Sabah dan Parti KeAdilan Rakyat (PKR) Cabang Tuaran, kelmarin.

Program yang diadakan di Kampung Malanggan Baru, Kiulu telah dibanjiri lebih 140 orang yang datangnya dari beberapa kampung berhampiran.

Menurut Taufick, tujuan kempen derma darah tersebut adalah untuk membantu kepada pihak Hospital Ratu Elizabeth bagi mendapatkan darah daripada orang ramai untuk disimpan di Tabung Darah di hospital berkenaan.

Taufick berkata, sambutan daripada orang ramai khususnya penduduk tempatan terhadap kempen ini amat menggalakan dan beliau yang mewakil parti PKR dan Persatuan Penderma Darah Kota Kinabalu mengucapkan terima kasih kepada semua penderma dan juga kepada ahli-ahli jawatankuasa kerana terlibat langsung menjayakan program ini tanpa sebarang gangguan dari mana-mana pihak.

Katanya, kempen sedemikian tidak berhenti di sini sahaja, malah akan berterusan dari masa kesemasa mengikut jadual yang telah ditetapkan

6 comments:

  1. No matter if a party is under the ruling party or the opposition, they can play an important role in promoting the people's welfare.

    ReplyDelete
  2. Hopefully these activities are conducted from the heart and not as a ploy to gain votes during the next general elections.

    ReplyDelete
  3. tidak perlulah menunjuk-nunjuk.

    ReplyDelete
  4. siapa2 pun boleh lakukan amal jariah, ia adalah satu perkara baik. tapi lebih baik lakukan amal dgn hati yang ikhlas.

    ReplyDelete
  5. Sudah terdesak baru mahu buat amal Jariah. Dulu tidak pernah pula lakukannya.

    ReplyDelete
  6. macam bersaing pula PKR dengan SAPP ni.. SAPP pun tengah sibuk dengan kempen derma darah..

    ReplyDelete