Sunday 11 March 2012

PENDUDUK SRI TAMAN TERANIAYA?


BERLUBANG….. Jalanraya berlubang di sana sini tetapi tiada yang mempedulikan.

Oleh : SHAIMON S JUMADI

KEROSAKAN jalan masuk menuju ke kawasan Perumahan LPPB Sri Taman, Batu 4, Sandakan sejak setahun lalu telah menimbulkan masalah kepada penduduk setempat, tetapi tiada sesiapa yang mahu ambil tahu dan hanya membiarkan begitu sahaja.

Menurut jurucakap penduduk taman berkenaan, Richard, pihaknya kesal kerana Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) tidak pernah mempedulikan aduan orang awam berhubung kerosakan jalan berkenaan dan hanya membuat janji lisan akan membaiki jika rosak teruk dan menunggu peruntukan.

“Mujurlah Sabahkini.Net sudi mengambil tahu masalah kami kerana media tempatan bagaikan dirasuk hantu bila kami panggil buat liputan," kata Richard yang menggesa agar Adun dan Ahli Parlimen tampil membantu mereka yang merasa teraniaya sekalipun tidak pernah gagal menyokong BN.

Tegas Richard, pihaknya menghadapi masalah letak kereta dan kerosakan bahu jalan terutama di pintu masuk menyebabkan tetamu dan penghuni sukar meletakkan kereta; malah jalan masuk juga sudah lama tidak diturap.

No comments:

Post a Comment