Thursday 8 March 2012

PKR DAKWA NFC BELI LOT KEDAI DI BANGSAR

SAKSIKAN VIDEOKLIP INI

Oleh : ZULAIKHA ZULKIFLI

PKR hari ini mendakwa bahawa Pengarah National Feedlot Corporation telah menggunakan pinjaman mudah oleh kerajaan bagi memudahkan pembelian lapan hartanah komersial di Bangsar, Kuala Lumpur.

Pengarah strateginya, Rafizi Ramli mendakwa Pengerusi Eksekutif NFC, Datuk Mohamad Salleh Ismail telah menggunakan kawalan ke atas dana berkenaan untuk mendapatkan pinjaman bagi membeli lapan lot kedai berkenaan.

"Dana awam yang diberikan kepada NFC untuk mengusahakan projek fidlot telah diselewengkan untuk dijadikan jaminan bagi mendapatkan pinjaman peribadi dan dibelanjakan dengan membeli hartanah di atas nama peribadi mereka," dakwanya dalam satu sidang media hari ini.

Rafizi yang memetik dokumen bank, sebahagiannya diedarkan kepada wartawan, mendakwa unit kedai KL Eco City itu dibeli dengan nilai tebusan pinjaman RM9.69 juta.

Bercakap dalam sidang media di ibu pejabat PKR hari ini, Rafizi menganggarkan bahawa nilai pasaran hartanah berkenaan boleh mencecah sehingga RM12 juta.

"Berdasarkan harga pasaran semasa unit komersial di KL Eco City iaitu RM1,000 hingga RM1,100 setiap persegi dan kami anggar harga pasaran semasa unit ini boleh mencecah RM12 juta," dakwanya lagi.

Rafizi mendakwa pembelian tersebut dibuat dengan menggunakan pinjaman oleh Mohamad Salleh dan juga oleh individu yang setakat ini masih belum dapat dikenalpastinya.

Rafizi mengemukakan beberapa dokumen bank sebagai bukti bahawa Mohamad Salleh dan Pengarah NFC diberikan pinjaman bersama itu melalui kawalan ke atas akaun syarikat berkenaan.

Dokumen yang didedahkannya itu menyebut, NFC mempunyai simpanan sebanyak RM71.4 juta di dalam akaun di sebuah bank.

Dokumen itu seterusnya menyatakan bahawa Mohamad Salleh hanya mempunyai RM421 di dalam akaunnya di bank tersebut pada satu masa, namun tetap diberikan pinjaman berjumlah RM4,391,240 untuk membeli hartanah.

Selain itu, dokumen itu juga menunjukkan bahawa Mohamad Salleh telah bertindak sebagai penjamin untuk satu lagi pinjaman berjumlah RM663,743.

Ia turut menunjukkan bahawa dua lagi syarikat yang turut dimiliki Mohamad Salleh; National Meat and Livestock Corporation (NMLC) dan Agroscience Industries masing-masing merekodkan baki sebanyak RM1,872,254 dan RM197,338 melalui akaun di bank sama.

Rafizi mendakwa, pembelian hartanah tersebut, yang setiap satunya bernilai antara RM1.1 juta hingga RM1.56 juta dibuat oleh ahli keluarga Mohamad Salleh.

Rafizi mendakwa perkara itu telah disahkan oleh satu sumber beliau, yang tidak didedahkan.

Sementara itu, NFC menafikan laporan media yang menyatakan bahawa Pengarah NFC telah menggunakan pinjaman mudah kerajaan bagi memudahkan pembelian lapan hartanah komersial di Bangsar.

Dalam satu kenyataan malam ini, NFC berkata, hartanah ini tidak dibeli oleh syarikat itu. Pembelian itu, katanya, adalah pelaburan individu pengarahnya.

9 comments:

  1. Campur tangan pihak lain dalam kes NFC pasti merumitkan lagi siasatan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Just let the MACC do what they can to investigate this case without any interference.

      Delete
  2. seharusnya kita biarkan pihak berkuasa menyiasat kes ini, pihak lain tak perlu nak masuk campur.

    ReplyDelete
  3. Good that Sharizat already clear things up regarding this development issues.

    ReplyDelete
  4. sebaiknya PKR mencari kelemahan yang mereka alami dan perbaikinya bukan terus menerus mencari kesalahan pihak lain. SPRM pasti akan menyiasat sendiri kes ini sehingga selesai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. PKR ni parti politik atau FBI? Kalah2 penyiasat lagi.

      Delete
  5. Kita tunggu perkembangan terkini mengenai NFC ini.

    ReplyDelete
  6. Banyak betul skandal NFC ini. Ia hanya memberi persepsi negatif.

    ReplyDelete
  7. PKR ni mengalahkan polis dan sprm pula.. kalau berminat sangat jadi penyiasat, tinggalkan saja karier politik.. entah betul atau tidak tuduhan mereka kali ini lebih2 lagi setelah pihak NFC tampil membuat penafian..

    ReplyDelete