Sunday 18 March 2012

PKR GUNA DANA ASING TUMBANGKAN BN

Oleh : AZMAN ABAS

TINDAKAN Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang hari ini terpalit dengan dakwaaan menggunakan bantuan asing untuk memenangi pilihan raya di negara ini amat membimbangkan.

Presiden Majlis Belia Malaysia, Mohamed Maliki Mohamed Rapiee berkata jika dakwaan itu benar dan berasas, ianya sesuatu yang menakutkan dan seharusnya pihak yang terlibat perlu segera memberikan penjelasan bersama bukti bagi menafikan tuduhan tersebut.

Menurut beliau secara logiknya mereka yang menawarkan bantuan tidak akan menghulurkan bantuan tersebut secara sukarela tetapi sebaliknya mungkin akan ada satu perjanjian atau balasan setimpal yang perlu diberikan sekiranya matlamat mereka tercapai.

“Atas alasan itu, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dikaitkan dengan dakwaan tersebut dan dijaja sebagai Perdana Menteri sekiranya mereka berjaya menawan Putrajaya amat membimbangkan kita.

“Apakah jika ditakdirkan mereka menang, Anwar dan kuncu-kuncunya yang lain bebas daripada telunjuk asing. Inilah yang menjadi persoalan dan yang menjadi kebimbangan kita semua.

“Saya merasakan perkara ini turut dikongsi oleh jutaan rakyat di negara ini yang bimbang dan khuatir dengan pendedahan demi dakwaan yang mengaitkan pembangkang dengan bantuan luar untuk mengusai negara ini,” katanya.

Sebelum ini, Anwar didakwa menulis surat kepada sebuah organisasi yang mempunyai kaitan dengan sebuah agensi perisikan antarabangsa pada 2007 mendedahkan Ketua Pembangkang itu pernah meminta campur tangan asing untuk memberi tekanan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Surat berkenaan disiarkan menerusi AIDC di www.anwaraidc.com.

Dan semalam Koordinator Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Ir. Mohd. Zin Mohamed mendakwa PKR meminta bantuan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) asing yang ada kaitan dengan Yahudi untuk memenangi pilihan raya di negara ini.

Katanya bukti-bukti yang sebahagiannya diterima daripada sumber dalaman PKR itu menunjukkan parti tersebut menjalin kerjasama dengan Konrad Adeneur Foundation (KAF).

Beliau berkata, KAF merupakan sebuah pertubuhan yang membantu golongan neo-konservatif Yahudi melalui sebuah jawatankuasa yang dikenali American Jewish Committee (AJC) dan dipercayai menerima dana daripada National Endownment for Democracy (NED) yang juga didakwa turut mempunyai pertalian dengan Anwar.

Mengulas lebih lanjut Maliki seterusnya menambah budaya tersebut jika benar-benar berlaku amat merbahaya kerana ianya mengundang pihak luar untuk mencampuri urusan dalaman di negara ini.

“Saya tahu dan faham sebagai parti dan pemimpin politik, dana adalah kunci serta kekuatan utama. Namun janganlah demi kuasa dan segala-galanya, mereka sangggup berbuat demikian.

“Bagi NGO luar, tentunya mereka tidak mempunyai masalah kewangan dan dengan kelebihan dari segi tukaran mata wang dan sebagainya, perkara itu tidak menjadi halangan buat mereka.

“Apa pun saya penuh yakin dan insyaallah, rakyat masih cintakan negara ini dan sama sekali tidak akan menghalalkan sebarang campurtangan asing kerana negara kita adaah negara berdaulat,“ katanya. (MediaUMNO)

21 comments:

  1. PKR should stand up and explain about this rumor, if they are truly using the outsiders help just to gain Putrajaya, the people have every reason to worry.

    ReplyDelete
  2. Campur tangan kuasa asing akan lebih memburukkan keadaan M'sia. silap2 nanti M'sia akan dikuasai oleh kuasa asing.

    ReplyDelete
  3. jika benar hal ini, pasti akan wujud campur tangan asing nnti. kena berhati-hati.

    ReplyDelete
  4. Sebagai contoh adalah seperti ada yang Anwar lakukan. Dia keluar di berita dunia/luar untuk menjatuhkan dan memburukkan kerajaan Malaysia. Fikir logik sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. jika benarlah Pakatan menggunakan dana asing, agaknya apa status dana itu?? hutang?? jika hutang, bermakna Pakatan sudah sedia berhutang sebelum memerintah negara ini..

      Delete
  5. ada ura2 penganjuran Bersih yang turut disertai oleh Pakatan kononnya dibiayai oleh kuasa asing.. jika benar la dakwaan ini, Malaysia tentunya berada dikedudukan bahaya sebaik parti ini berjaya merampas kerajaan..

    ReplyDelete
  6. sepanjang kes perbicaraan liwat Anwar, kononnya beliau menghabiskan hampir rm10 juta untuk kos guaman.. dari mana agaknya Anwar memperolehi dana sebanyak itu?? dana asing juga ka??

    ReplyDelete
  7. “The leaders of the country are confident in meeting the people face-to-face because they can fulfill the promises made to the rakyat. In this way, the people can air their problems directly so that the leaders can solve them immediately,” he said this when launching the Libaran Umno branch cluster meeting here yesterday.

    ReplyDelete
  8. Musa said it was different from the opposition leaders who often made empty promises because they could not honour them. He said they were more interested in getting the power to rule and not in defending the interests of the people as shown by what has happened in states controlled by the opposition.

    ReplyDelete
  9. Meanwhile, Musa who is also the Sabah Umno chief, reminded party members in the state not to be excessively concerned by the choice of candidates in the upcoming general election.

    ReplyDelete
  10. He said they should focus all their efforts in updating the BN party machinery in order to ensure the people returned the mandate to the ruling government.

    ReplyDelete
  11. Furthermore, he said if they were caught up with the issue of candidates, they would not be able to focus on serving the people.

    ReplyDelete
  12. “The choice of candidates in BN is determined by the leadership so let us all wait. What is important is for us to work harder to make sure the party remains strong and our party machinery is regularly updated.

    ReplyDelete
  13. “I believe the BN candidates who will be chosen are winnable candidates. So don’t think of personal interests but think of the party and serving the people,” he said.

    ReplyDelete
  14. He reminded members to always stay united especially at the grassroots level and to avoid trivial issues that can destroy the party’s strength.

    ReplyDelete
  15. “If there are problems, we should solve them amicably bearing in mind that we must not destroy party unity by exaggerating small issues.

    ReplyDelete
  16. Musa also stressed that Umno will be BN’s backbone and to work hard to assure the ruling government stayed in power in Sabah.

    ReplyDelete
  17. He said Umno and the component parties of BN will prove that BN is the best choice for the people through its continuous development programmes.

    ReplyDelete
  18. Musa expressed his confidence that Sabah will continue to grow especially in the rural areas due to the commitment of the government led by Prime Minister, Datuk Seri Najib Tun Razak.

    ReplyDelete
  19. He said the BN government ensured development for all irrespective of their faith and political ideologies.

    ReplyDelete
  20. “That is the BN concept of serving the people. The elected representatives of BN will always work hard to serve the people because they know they have been voted by the people and so it is their responsibility to serve them,” he added.

    ReplyDelete