Thursday 22 March 2012

POLIS BERHAK SIMPAN BARANG 'SULTAN SULU'

MAHKAMAH Tinggi kelmarin menepikan arahan oleh Majistret yang membenarkan permohonan Datu Mohd Akjan Datu Ali Muhammad untuk mengembalikan semua peralatan yang dirampas semasa pertabalan sebagai ‘Sultan Sulu’ tahun lepas.

Hakim Dato’ Abdul Rahman Sebli membuat keputusan itu apabila kes diputuskan kajian semula jenayah yang dikemukakan oleh Ketua Polis Bandaraya untuk mengawal peralatan yang dirampas dari Mohd Akjan.

Ketika mengenepikan arahan oleh majistret itu, Abdul Rahman berkata tentang perlunya di bawah Seksyen 413 Kanun Kesiksaan tidak mandatori, di mana peralatan yang dirampas dari seseorang yang disyaki melakukan kesalahan jenayah atau harta yang dirampas adalah perlu disimpan untuk penyiasatan polis.

Beliau berkata dalam kes sekarang responden adalah orang yang disyaki melakukan jenayah dan peralatan dirampas daripadanya adalah peralatan yang diperlukan oleh polis dalam menjalankan siasatan mereka.

“Majistret telah tersalah membuat arahan agar peralatan itu dikembalikan tanpa syarat kepada responden. Dalam menggunakan kuasa yang ada, saya mengenapikan arahan ini,” katanya.

Pada 27 Disember tahun lepas, Majistret Noor Hafizah Mohd Salim telah menolak permohonan Ketua Polis Bandaraya untuk menangguhkan penyerahan barang-barang yang dirampas itu kepada Mohd Akjan sehingga kesnya dikaji semula di Mahkamah Tinggi.

Ini berikutan keputusan Majistret Nuruhuda Mohd Yusof pada 7 Disember 2011, membenarkan permohonan Mohd Akjan agar semua barang-barang miliknya antara lain, baju pertabalan dan beberapa dokumen dikembalikan kepadanya.

Untuk rekod pada 16 Mei 2011, Majistret Noor Hafizah Mohd Salimmengeluarkan arahan reman tujuh hari terhadap Mohd Akjan dibawak Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah atas permintaan pegawai penyiasat, ASP Azizul Hj Mansur untuk memudahkan siasatan polis terhadap dakwaan pertabalan oleh Mohd Akjan sebagai ‘Sultan Sulu’ di kediamannya di Likas.

Polis menyiasat kes ini di bawah Seksyen 130C Kanun Kesiksaan kerana melakukan keganasan, satu kesalahan yang boleh membawa hukuman penjara antara tujuh hingga 30 tahun dan juga boleh didenda jika sabit kesalhan.

Bagaimanapun pada 22 Mei 2011, Mohd Akjan dibebaskan tanpa syarat dari Balai Polis Karamunsing selepas menjalani tahanan reman itu.

TPP Raja Zaizul Faridah Raja Zaharuddin bersama TPP Uma Devi Balla subramaniam mewakili perayu dan peguam P.J Pereira mewakili Mohd Akjan. Mohd Akjan tidak hadir di mahkamah kelmarin.

15 comments:

  1. Selagi kes belum selesai, barang milik 'sultan sulu'sepatutnya masih disimpan oleh pihak polis.

    ReplyDelete
  2. Siasat asal-usul si Akjan ni. Pertabalan 'Sultan Sulu' nya itu telah mencetuskan pelbagai reaksi dan kontroversi. Dia pernah ditahan di bawah ISA, latar belakangnya ini memang meragukan.

    Majistret patut lebih berhati-hati agar tidak salah memberi arahan yang boleh mengganggu proses siasatan terhadap Akjan.

    ReplyDelete
  3. sepatutnya bukan setakat barang2 dia saja yang kena simpan oleh polis.. dengan dia sekali patut disimpan dalam penjara..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Piahk berkuasa memburu jika beliau didapati bersalah.

      Delete
  4. akjan harus dihakimi...pertabalan beliau sebagai sultan sulu adalah satu pengkhianatan kepada YDPA dan negara..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kata Mike, tindakan harus diambil kepada golongan yang menghina kedudukan Sultan.

      Delete
  5. laporan dulu mengatakan bahawa akjan juga memiliki dua kewarganegaraan...diharap polis juga akan menyiasat perkara ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau pihak polis harus menyiasat betul atau tidak Akjan mempunyai 2 kerakyatan.

      Delete
  6. Kes Akjan harus disiasat dengan teliti supaya tiada siapa lagi yang berani mentabalkan diri sebagai sultan di Sabah.

    ReplyDelete
  7. Apak gunanya simpan barang Arjan?

    ReplyDelete
  8. Pihak berkuasa harus bertindak, biar mahkamah yang membuat keputusan.

    ReplyDelete
  9. Buatlah siasatan supaya undang-undang negara dibela.

    ReplyDelete
  10. isu Akjan tak boleh dipandang remeh, ia kena diberi perhatian, ini melibatkan kedaulatan negara kita.

    ReplyDelete
  11. Itu sudah semestinya..Polis ada hak melakukannya.

    ReplyDelete
  12. Maka tidak perlu kita jadikan ini sebagai isu. Pihak polis hanya menyimpan dan bukannya mencuri harta Akjan.

    ReplyDelete