Wednesday 7 March 2012

POLIS LABUAN TANGKAP PENGEDAR DADAH

Oleh : ADRIAN NANDU

SATU rangkaian pengedaran dadah di pulau bebas cukai ini telah berjaya ditumpaskan oleh pihak polis dalam masa sehari.

Ketua Polis Labuan, Superintendan Saiman Kasran, berkata kejayaan pihak polis itu bermula dengan tertangkapnya seorang penjual dadah jenis syabu di kawasan bandar ini pada Ahad lalu jam 3.15 petang.

“Hasil siasatan pihak polis terhadap lelaki itu iaitu ‘runner’ atau penjual dadah yang ditangkap telah membantu operasi pihak polis didalam membanteras ‘pusher’ atau ‘tauke’ kepada lelaki yang ditangkap itu.

“Tauke itu telah ditangkap di salah sebuah bilik hotel di kawasan bandar. Ketika serbuan pihak polis di dalam bilik hotel itu, terdapat dua orang lelaki Filipina berumur 30an dan seorang wanita Filipina berumur 27 tahun sedang berada di dalam bilik itu.

“Ketika pemeriksaan polis dilakukan ke atas tubuh badan ketiga suspek itu, anggota polis telah menemui lapan paket plastik syabu dengan berat kasar 5.83 gram di dalam poket seluar milik salah seorang suspek lelaki berkenaan,” katanya, menambah ujian air kencing mereka didapati positif dadah.

Sementara itu, hasil siasatan ke atas kesemua suspek itu, telah mendedahkan maklumat yang seterusnya membawa penangkapan kepada seorang lelaki tempatan berumur 45 tahun di Kampung Saguking.

Semasa serbuan dilakukan, suspek berkenaan cuba melarikan diri dan berlaku pergelutan di antara lelaki itu dan anggota polis.

“Pemeriksaan badan ke atas tubuh suspek telah menjumpai satu bungkusan plastik yang mengandungi enam paket syabu dengan berat kasar sejumlah 10.60 gram.

“Suspek seterusnya mendedahkan lagi maklumat mengenai pusat pembungkusan syabu itu di kawasan penempatan pendatang asing di Kiamsam.

“Di salah sebuah rumah di Kiamsam, seorang suspek ditahan. Suspek telah menunjukkan tempat dia menyembunyikan syabu iaitu di dalam almari di bilik tidurnya,”katanya.

Saiman berkata, hasil pemeriksaan itu, anggota polis telah menjumpai sembilan paket plastik syabu berlainan saiz dengan berat kasar 16.66 gram.

Selain itu, pihak polis turut merampas alat penimbang yang digunakan oleh suspek untuk memproses kesemua bungkusan dadah itu.

Kesemua suspek ditahan mengikut Seksyen 39A (1) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan direman selama empat hari.

Sementara itu, anggaran berat kasar yang dirampas oleh pihak polis dalam tempoh sehari itu ialah sejumlah 33.09 gram dengan nilai pasaran berjumlah RM33,000.

Saiman menyeru orang awam yang mempunyai maklumat mengenai sebarang aktiviti berkaitan dengan dadah untuk tampil memberikan maklumat kepada pihak polis.

“Seandainya mereka iaitu pemberi maklumat takut identiti mereka terbongkar, mereka boleh berjumpa terus dengan saya atau timbalan saya dan juga ketua jabatan siasatan jenayah narkotik.

“Saya bersedia untuk bertemu dengan mereka di mana sahaja termasuklah di kedai kopi. Pihak polis tidak akan berkompromi dengan sebarang aktiviti dadah di sini,” katanya. (Utusan Borneo)

10 comments:

  1. Hope that the police will do their best to crack these drug trafficking case in Labuan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Labuan yang merupakan kawasan bebas cukai tidak bermakna kawasan ini bebas untuk melakukan sebarang aktiviti seperti penyeludupan dadah.

      Delete
  2. Make sure those information providers have their identities protected, the police must be sure to keep them safe.

    ReplyDelete
  3. tahniah, teruskan lagi usaha dalam membanteras aktiviti pengedaran dadah.

    ReplyDelete
  4. Walaupun hukuman gantung sampai mati dikenakan kepada mereka yang mengedar dadah namun masih ramai lagi yang tidak serik2 untuk terlibat dalam aktiviti ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selagi belum tertangkap, selagi itu masih berani membuat kerja jahanam ini.

      Delete
  5. Pihak polis harus lebih kerap tangkap mereka yang terlibat dengan dadah

    ReplyDelete
  6. Tahniah..Teruskan lagi usaha membenteras para pengedar dadah yang berleluasa itu.

    ReplyDelete
  7. Dadah memang memusnahkan sesebuah masyarakat. Diharap lebih banyak kegiatan mengedar dadah ini dapat ditumpaskan!

    ReplyDelete
  8. syabas kepada polis Labuan.. teruskan usaha membanteras aktiviti pengedaran dan penyalahgunaan dadah sehingga ke akar umbi..

    ReplyDelete