Friday 9 March 2012

POLIS LUPUS BUKTI ATAU SUBAHAT?

Oleh : MUTALIB M.D

SETELAH lima bulan berlalu, kematian Kartini Borhan yang masih menjadi misteri, Pendakwaraya terus menyepi seolah-olah 'Darah KDM' yang tersimbah di segenap ceruk rumah sewanya di Taman Adika, Keningau bagaikan 'Darah Kerbau' yang dikorbankan tanpa bacaan Alfatihah.

Sehubungan itu, bapa mangsa, Borhan Bin Sulaiman, 53, kesal dan menyesal menaruh harapan kepada janji Ketua Polis Negara dan Peguam Negara untuk menyiasat tragedi malang ini setelah beliau membuat LAPORAN POLIS ekoran kematian anaknya yang dipercayai dibunuh oleh kekasih gelapnya, Inspektor Ahmad Rizal Omar pada 29 September 2011 di Taman Adika, Keningau.

Borhan yang menghubungi Sabahkini.net tengah malam semalam agak kesal kerana polis telah mengarah beliau mengambil barang peribadi arwah anaknya setelah rumah tempat mangsa dipercayai dibunuh dibersihkan oleh pemilik rumah dengan izin polis.

"Kita bukan mahu ganggu siasatan polis, itu pun jika ada siasatan, tetapi kenapa harus lupuskan bahan bukti sedangkan kami dimaklumkan siasatan belum selesai tetapi bahan bukti dilupuskan dan tertuduh dilepaskan dengan ikat jamin," kata Borhan yang kesal dengan sikap tidak profesional pihak polis berhubung kes bunuh anak kesayangannya.

Dalam hal ini kata Borhan, beliau dan keluarga ingin tahu perkembangan kes bunuh anaknya, apatah lagi tertuduh utama bebas ke sana ke mari dan bimbang akan mencari mangsa seterusnya jika kes ini tergendala begitu lama.

"Apakah PDRM tidak mempunyai pakar, terutama pakar forensik untuk membuat siasatan sehingga mengambil masa yang terlalu lama untuk kes bunuh?; apatah lagi permintaan kami untuk melakukan inquest tidak dilayan," ujar Borhan yang mendesak Pesuruhjaya Polis Sabah membuat penjelasan agar pihaknya tidak tertanya-tanya atau menanti tahi bintang jatuh ke riba.

Tegas Borhan, kini mereka putus harapan kes Kartini akan diselesaikan dengan saksama setelah tempat kejadian telah dibersihkan dan semua bukti kesan jenayah telah dilupuskan.

"Jika timbul sebarang pertikaian kelak, bagaimana Hakim akan memutuskan kes ini jika semua bukti sudah diluputkan tanpa sebarang perintah mahkamah?," ujar Borhan yang mendesak agar Menteri Dalam Negeri turun padang dan membuat penjelasan berhubung kejadian yang amat memalukan ini.

Borhan turut mengambil kesempatan untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak termasuk saudara mara, sahabat handai dan rakyat Keningau yang tidak putus-putus memberikan sokongan moral dan material sejak lima bulan lalu.

9 comments:

  1. Hopefully this case regarding the murder of Kartini Borhan can be explained.

    ReplyDelete
  2. The police should help bring justice for the deceased family. I'm sure many people wanted to know what really happened to Kartini and who is involved in this case.

    ReplyDelete
  3. kes ini seharusnya disiasat dgn telus.

    ReplyDelete
  4. semoga pembunuh tu dapat dikesan dan menerima hukuman yang setimpal.

    ReplyDelete
  5. tindakkan polis yang membersihkan tempat kejadian ini satu tindakkan yang tidak patut.Tambahan kes ini belum selesai sepenuhnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ketara betul ada yang cuba disembunyikan lebih2 lagi bila suspek adalah anggota polis sendiri.

      Delete
  6. Mungkin ada segelintir pihak polis yang menjalankan tugas dengan tidak amanah dan telus. itu memang tidak dinafikan kerana mana2 jabatan sekalipun ia boleh berlaku.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mereka yang tidak amanah dengan tanggugjawab mereka perlu dipecat kerana masalah disiplin seperti itu jika dibiarkan akan mengundang lebih banyak masalah dan penyelewengan.

      Delete
  7. kenapa Borhan menghubungi Sabahkini?? kenapa tidak hubungi terus ketua polis negara untuk mendapatkan penjelasan??

    ReplyDelete