Saturday 10 March 2012

PPD TAWAU ALAT UMNO/BN?

Saudara Pengarang,

BERDASARKAN surat PPD Daerah Tawau dari Unit Pengurusan Sekolah yang bertarikh 01 Mac 2012 mendedahkan bahawa pejabat berkenaan telah menjadi agen Umno/BN.

Surat berkenaan telah menyatakan arahan kepada semua Pengetua dan Guru Besar di daerah Tawau supaya mengenalpasti kakitangan sekolah mengikut kategori seperti berikut : (Rujuk Surat yang dilampirkan)

1. Putih

2. Kelabu

3. Hitam

PAS Tawau hairan kenapa pejabat PPD boleh menjadi alat kepada Umno/BN sehingga terpaksa mengeluarkan surat secara rasmi kepada Pengetua dan Guru Besar bagi mengenalpasti pegangan politik para guru sedangkan hak untuk menyokong dan menjadi ahli mana-mana parti politik sekalipun dibenarkan oleh Perlembagaan Persekutuan.

Sepatutnya pihak pengurusan PPD Tawau perlu bertindak lebih profesional bagi menangani permasalahan pendidikan di Tawau bukannya mencampuri urusan politik.

Mereka sepatutnya mengkaji dan meneliti prestasi dan mutu pendidikan di Tawau. Sekolah yang bermasalah dari segi prestasinya dan komitmen para guru yang tidak berada pada tahap yang memuaskan dari segi pengajaran dan pembelajarannya perlulah dikaji dan diselidiki.

Terlalu banyak persoalan pendidikan yang perlu diteroka dan diteliti oleh PPD Tawau. Kesangsian masyarakat terhadap pengurusan PPD mutakhir ini akan tercalar jika sekiranya PPD Tawau terus menjadi alat Umno/BN. Perkara ini diharap akan mendapat penjelasan daripada Pengarah Pelajaran Negeri Sabah.

Salam Hormat,

MOHAMAD HUSAIN

Yang Dipertua PAS Kawasan Tawau.

20 comments:

  1. Perhaps there are some rationale explanation to this article other than that is being proposed.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya..sebaiknya penjelasan mengenai pekara ini diberikan.

      Delete
  2. Perhaps the PPD of Tawau are concerned with the political affiliations of these teachers may dent their performance in their day to day task as the educator of our future generations.

    ReplyDelete
  3. Apart from that, it is common knowledge that the opposition have the tendency to 'exaggerate' certain matters to out of proportion.

    ReplyDelete
  4. They (PPD Tawau) feared that these radical elements will infiltrate within the school compound and thus will be spread among the students.

    ReplyDelete
  5. This in turn will cause the study process of the student be disrupted.

    ReplyDelete
  6. In essence, a public servant should exclude themselves from any political affiliation as this will only serves as to distract their attention from performing their duties as government or civil servants.

    ReplyDelete
  7. Surat ini dijelaskan sebagai satu kesilapan dan sudah pun ditarik balik surat tersebut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. jika sudah dijelaskan, maknanya semua persoalan sudah terjawab.

      Delete
    2. Cuma pembangkang yang cuba memperbesarkan perkara ini sebab mahu jadikan poin untuk menyalahkan kerajaan.

      Delete
  8. Harap perkara yang sama tidak akan diulangi pada masa depan, rakyat berhak tidak menjawab pertanyaan seperti ini.

    ReplyDelete
  9. tak kira dia penyokong parti mana sekalipun, layanan kena sama rata.

    ReplyDelete
  10. Undi adalah rahsian..Itulah yang kita perlu ingat. Maka itu hak mereka untuk memilih yang terbaik untuk diri mereka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya..biarlah setiap individu tentukan pilihan mereka sendiri.

      Delete
  11. Harap masalah sebegini tidak akan berlaku lagi.

    ReplyDelete
  12. Jangan mudah terpedaya. zaman sekarang apa pun boleh dijadikan seperti betul, rakyat perlu menilai sebaik mungkin info2 seperti ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya..rakyat harus bijak menilai sesuatu pekara atau isu yang dimainkan.

      Delete
  13. biar rakyat buat pilihan mereka. rakyat pasti dapat menilai dengan sebaiknya siapa yang mampu memimpin mereka.

    ReplyDelete
  14. header surat itu jelas menyatakan Pejabat Pelajaran Daerah Tawau.. bukannya kementerian pendidikan.. jadi penyebaran surat ini bukan arahan kementerian sebaliknya idea PPD Tawau..

    ReplyDelete
  15. kementerian berkenaan telah menafikan penglibatan mereka dalam perkara ini dan PPD Tawau juga telah menarik balik surat tersebut.. bermakna isu ini telahpun selesai..

    ReplyDelete