Saturday 24 March 2012

PRU-13 HANGAT DI WARUNG KOPI



Oleh : SHAIMON S JUMADI

BAHANG pilihanraya umum ke 13 (PRU-13) semakin hampir dan telah dirasai oleh semua pihak, terutama sekali ahli-ahli politik, sama ada parti-parti menyokong kerajaan mahupun parti-parti pembangkang.

Tidak dinafikan dalam beberapa hari ini, para pemimpim parti menyokong kerajaan BN/UMNO mulai kerap datang ke Sabah; khususnya Sandakan untuk memberikan pelbagai tips dan ceramah-ceramah politik yang berkaitan dengan sokongan rakyat.

Selain itu juga, kedai-kedai kopi, termasuk restoran mamak kini saban hari penuh dari pagi hingga ke petang dikunjungi oleh ahli-ahli politik, sama ada daripada BN/UMNO dan juga pembangkang PKR dan Star; namun ahli-ahli parti DAP dan PAS langsung tidak kelihatan.

Dalam 'Road Show' Sabahkini.Net ke beberapa daerah, antaranya Tawau, Semporna dan Lahad Datu; tiada lain cerita, melainkan isu PRU-13.

Topik perbualan mereka menjurus kepada isu penubuhan Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI) dan Pengundi Hantu.

Sebaliknya pula ahli-ahli UMNO lebih tertumpu kepada cerita siapa bakal jadi calon dan siapa yang akan digugurkan; lengkap dengan dalil, malah rancak melobi Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah yang juga Pengerusi BN Sabah agardipilih sebagai calon.

Menurut sumber-sumber yang diterima, beberapa orang ADUN daripada UMNO yang ada sekarang ini bakal digugurkan dan tidak diberi peluang untuk bertanding semula pada PRU 13 nanti dan tempat mereka akan digantikan oleh muka-muka baru.

Pendapat sesetengah penyokong UMNO mereka setuju dengan sistem ini bagi mereka yang sudah menjadi ADUN selama dua atau tiga penggal haruslah digugurkan untuk memberikan laluan kepada pemimpin pelapis yang mungkin lebih berkaliber daripada yang sedang berkhidmat sekarang.

Ekoran daripada perletakan keahlian UMNO Datuk Seri Kadir Sheikh Fadzir, sedikit sebanyak mengejutkan para penyokong UMNO kerana tidak menyangka Pemimpin Veteran UMNO ini sanggup meninggalkan UMNO.

Mungkin menjadi tandatanya kenapa dan mengapa ketika pilihanraya berada di ambang pintu, pemimpin veteran UMNO keluar parti ini?

Mungkinkah fenomena ini juga akan diikuti oleh lain ahli-ahli UMNO yang kecewa tidak dicalonkan semula bertanding pada PRU 13 nanti, tidak mustahil perkara ini di luar jangkaan.

Senario ini kelihatan lebih jelas kerana satu kumpulan ahli-ahli UMNO Batu Sapi yang diketuai oleh Abdul Rahman Bon telah mengadakan perjumpaan dengan para penyokong di kediamannya di Kampung Istimewa baru-baru ini untuk menolak (menghasut) kepimpinan Ketua Bahagian UMNO Batu Sapi, Datuk Haji Samsudin Yahya; tetapi tiada sambutan langsung kerana rakyat dan pengundi di Batu Sapi dan Sekong masih mahukan Samsudin menerajui Sekong.

Walaupun kajian rambang yang dilakukan beberapa pihak mendapati BN berada di persimpangan jalan atau 50 : 50, namun kehadiran 1.2 juta PATI tidak begitu membimbangkan mereka untuk memastikan BN terus memperbaharui Fixed Depositnya.

No comments:

Post a Comment