Wednesday 21 March 2012

RAKYAT ASING SERTAI DEMO PENGERANG



Oleh : S PATHMAWATHY

ANGGOTA Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman hari ini mendakwa perhimpunan membantah pembinaan kilang petrokimia Petronas di tempatnya disertai rakyat negara asing.

Bekas Menteri Pelancongan itu berkata, setelah membawa laporan di Internet berhubung peristiwa itu, belia turun menyaksikan tetapi mendapati tiada rakyat tempatan terlibat.

Dalam perbahasan titah Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat. Azalina berkata, perkara itu dapat dikesan melalui kereta yang menggunakan nombor pendaftaran negara asing.

Tanpa mahu menamakan negara itu, anggota parlimen BN itu berkata ia daripada negara jiran.

Pengerang, kawasan yang lesu di Johor, kelmarin dikejutkan dengan kehadiran 200 orang mengadakan bantahan terhadap rancangan membina kilang petrokimia bagi projek pembangunan hab industri minyak dan gas penapis gas di pekan itu.

Mereka bimbang bahawa loji penapisan berharga RM20 bilion itu akan mencemarkan alam sekitar.

No comments:

Post a Comment