Saturday 10 March 2012

RAKYAT SABAH MENDERITA DALAM KEBISUAN



Saudara Pengarang,

RAKYAT Sabah menyambut baik pembatalan Skim SBPA yang dilancarkan secara tergesa-gesa, namun agak lega dengan penambahbaikan Skim SSM untuk kepentingan 1.4 juta kakitangan awam termasuk di Sabah dan Sarawak.

Namun kos hidup yang tinggi di Sabah menyebabkan majoriti kakitangan awam dan swasta masih tergolong dalam 'Hidup Susah' disebabkan kekurangan prasarana terutama pengangkutan awam dan jalan raya yang mundur sehingga mobiliti mereka terbatas oleh kekurangan dana untuk menaiktaraf hidup mereka sendiri.

Pemberian BR1M agak membantu penduduk Sabah yang miskin namun 60% daripada BR1M telah diserap oleh kenaikan harga barang, ekoran Dasar Kabotaj sehingga tidak nampak tanda mata daripada pemberian kerajaan tersebut kerana kuasa beli mereka hanya 40%.

Rakyat Sabah yang terkesima dengan kenaikan mendadak harga barang di Sabah benar-benar 'Menderita Dalam Kebisuan' (Suffering In Silence) dan akan menjadi punca mereka meneruskan angan-angan atau memilik Kerajaan Baru yang diyakini boleh melepaskan mereka daripada penjara kemiskinan yang tidak bertempoh.

Salam Hormat,

DATUK PATRICK SINDU

Aktivis Masyarakat dan Hak Asasi Manusia

No comments:

Post a Comment